Anime Jepun

Anime Jepun

Update:

Memperkenalkan anime Jepun yang mempunyai reputasi tinggi di luar negara.

Disasarkan untuk semua generasi

Disasarkan untuk semua generasi

Anime merupakan salah satu cabang budaya di Jepun. Anime yang pada asalnya dianggap sebagai tontonan kanak-kanak semata-mata kini semakin diminati oleh segenap peringkat umur tidak kira golongan kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Permulaannya

Permulaannya

Anime tertua dikatakan merupakan sebuah filem animasi pendek yang telah dihasilkan pada tahun 1917. Siaran televisyen telah bermula pada tahun 1953 dan anime "Astro Boy” yang disiarkan pada tahun 1963 telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Gambaran dan konfigurasi latar belakang yang sangat teliti

Gambaran dan konfigurasi latar belakang yang sangat teliti

Jika dibanding dengan animasi luar, anime Jepun dikatakan lebih mudah difahami oleh setiap golongan termasuk warga asing disebabkan oleh seting latar belakang dan gambaran yang sangat teliti dan menyeluruh. Bukan sahaja gambaran ilustrasi, malah gaya penceritaannya juga menarik perhatian. Selain itu, penetapan masa siaran bagi anime televisyen untuk kanak-kanak banyak ditumpukan pada waktu pagi dan petang manakala bagi anime untuk orang dewasa pula banyak disiarkan pada waktu tengah malam.

Karakter yang mudah melahirkan perasaan empati

Karakter yang mudah melahirkan perasaan empati

Karakter anime dikatakan mudah melahirkan perasaan empati disebabkan seting yang teliti dan juga jalan cerita yang mendalam. Selain itu, bilangan peminat yang gemar memakai kostum menyerupai karakter anime (juga dikenali sebagai "Cosplay") semakin meningkat. Aktiviti Cosplay dan sebagainya turut dianjurkan dan ini bukan sahaja terkenal di kalangan masyarakat Jepun malah turut diminati oleh peminat dari luar negara.

Genre yang banyak

Genre yang banyak

Terdapat pelbagai genre yang diketengahkan dalam anime Jepun. Bukan sahaja genre hero, malah terdapat banyak genre lain seperti percintaan, alam persekolahan, cereka sains, sejarah dan sebagainya.

Lagu tema yang popular

Lagu tema yang popular

Lagu tema anime dinyanyikan oleh penyanyi pop di Jepun. Sehinga kini, terdapat banyak peminat yang pada asalnya tidak meminati anime tetapi telah menjadi peminat setelah mendengar lagu tema anime.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini