Budaya Pop

Budaya Pop

Update: 3 April 2017

Pengenalan tentang budaya pop Jepun yang mempunyai ramai peminat dari seluruh dunia.

Asal usul

Asal usul

Budaya pop di Jepun berasal dari perkembangan pesat anime pada tahun 1990-an. Seiring dengan peningkatan mutu cerita serta perkembangan teknologi, ia semakin diterima oleh orang ramai, dan boleh dikatakan kini ianya telah menjadi suatu budaya moden yang mewakili Jepun.

Manga

Manga

Terdapat ramai peminat yang amat meminati manga, bukan sahaja manga yang terkenal pada masa sekarang, tetapi juga manga yang terkenal sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Komik manga yang mengandungi pelbagai siri cerita boleh dibeli di konbini (kedai serbaneka) dan sebagainya. Manga yang terkenal, kebiasaannya diadaptasikan menjadi wayang atau siri drama TV, dan kini boleh menghiburkan orang ramai dalam pelbagai bentuk.

Anime

Anime

Anime Jepun amat terkenal dan diminati diseluruh dunia. Kualiti cerita yang mendalam serta lukisan yang bermutu dapat memuaskan hati peminat termasuk golongan dewasa. Saluran TV khas anime di luar negara juga sangat disukai ramai.

Permainan video

Permainan video

Ketinggian teknologi kini telah dapat menghasilkan permainan video yang bermutu tinggi. Terdapat pelbagai jenis permainan video yang terdapat di pasaran sekarang yang juga menyediakan permainan video yang sesuai bagi seisi keluarga hinggalah aplikasi permainan video untuk telefon pintar yang menarik minat hampir setiap golongan terhadap permainan tersebut. “Role playing game” merupakan permainan video yang membawa pemainnya seakan-akan mengembara ke seluruh dunia. Permainan video berbentuk muzik yang beroperasi mengikut alunan muzik serta memelihara binatang dengan penuh kasih sayang adalah merupakan antara permainan video simulasi yang kini menarik perhatian ramai peminat dari seluruh dunia.

Novel ringan

Salah satu elemen novel yang unik ialah cara penceritaan berbentuk khayalan. Muka depan dan gambar ala-ala anime yang diilustrasikan menarik ramai pembaca yang suka membaca sambil menghayati lukisan didalamnya. Karya yang terkenal kebiasaannya diadaptasikan menjadi anime atau karya lain seperti permainan video.

Budaya artis Idol

Budaya artis Idol

Artis yang bergelar Idol amatlah disukai ramai di Jepun tanpa batasan zaman. Antara ciri-ciri artis sebegini di Jepun adalah tarian mereka yang comel serta pakaian yang cantik dan bergaya. Selain lagu-lagu yang dinyanyikan mereka berkualiti tinggi, pertunjukan serta persembahan mereka di luar negara dan sebagainya menyebabkan golongan ini mendapat perhatian dari seluruh dunia.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini