Budaya moden

Budaya moden

Update: 29 Mac 2017

Jepun amat terkenal di luar negara dengan budaya modennya. Berikut akan diperkenalkan trend budaya moden Jepun yang mempunyai ramai peminat diseluruh dunia.

Cosplay

Cosplay

Cosplay merupakan satu hobi yang mengenakan pakaian mengikut watak animasi atau permainan video serta meniru lagak gaya watak tersebut. Terdapat pelbagai cara untuk menikmati hobi ini, sebagai contoh peminat cosplay akan berkumpul mengikut komuniti masing-masing dan menjalankan sesi bergambar serta boleh juga dilihat jurugambar mengambil gambar-gambar watak-watak cosplay ini di acara-acara animasi dan permainan video. Terdapat ramai peminat cosplay di luar negara seperti di Eropah dan Amerika.

Maid Kafe

Maid Kafe

Maid Café adalah kafe yang mempunyai pelayan perempuan yang memakai kostum pembantu rumah. Pekerja kedai di maid cafe akan memakai pelbagai jenis kostum pembantu rumah dan kebanyakan kafe menawarkan perkhidmatan mereka yang tersendiri seperti melukis bentuk hati di makanan yang dipesan pelanggan serta bergambar bersama-sama mereka. Di Tokyo terdapat banyak Maid Café terutamanya di Akihabara.

Kyaraben

Kyaraben

Kyaraben merupakan singkatan perkataan untuk bahasa Inggeris "character bentou". Ia merupakan bento (bekal makanan) yang nasi, sayur-sayuran serta bahan-bahan lain dibentukkan mengikut watak animasi kartun. Kini, kyaraben semakin diterima oleh orang ramai sebagai stail baru, di mana ia dapat dilihat dengan terhasilnya buku resipi kyaraben yang sudah mula dijual di pasaran.

Kafe kucing

Kafe kucing

Kafe kucing merupakan kafe yang mempunyai kucing yang dipelihara dan dibiarkan bergerak bebas di dalamnya. Para pelanggan boleh menikmati makanan dan minuman sambil bermain-main dengan kucing-kucing tersebut. Kafe kucing yang pertama dikatakan dibuka di dunia adalah di Taiwan pada tahun 1998. Selepas itu, pada tahun 2004, kafe kucing yang pertama di Jepun diberitakan telah dibuka di Osaka. Pada tahun 2014. Kafe Kuching telah dibuka di New York, Amerika, dan telah menerima sambutan hebat di negara-negara lain. Di Jepun selain kuhing, terdapat juga kafe yang membenarkan pengunjung bermain-main dengan arnab, burung dan lain-lain.

Karaoke

Karaoke

Karaoke merujuk kepada aktiviti menyanyi mengikut alunan melodi serta lagu, atau merujuk kepada peralatan tersebut. Peralatan karaoke tercipta di Jepun pada tahun 1970-an. Pada ketika itu, ia diletakkan di tempat-tempat seperti bar, tetapi ia menjadi sangat terkenal ke seluruh negara Jepun apabila Karaoke Box (pusat-pusat karaoke kecil di Jepun) telah dibina. Kini, ia bukan sahaja dikenali di Jepun, malah ia dikenali di seluruh dunia sebagai "KARAOKE". Sejak kebelakangan ini, kemudahan karaoke unik menjadi terkenal seperti bilik yang membolehkan cosplay, karakter serta seniman bergabung sebilik dan sebagainya.

Idola Chika

Idola Chika

Ia merujuk kepada artis yang bergiat aktif dalam pelbagai acara pertunjukan secara langsung, walaupun ianya kurang pendedahan dalam media seperti televisyen. Idola Chika yang unik semakin mendapat perhatian orang ramai selari dengan perkembangan teknologi laman web video dan terdapat juga dari kalangan mereka yang menjadi artis popular pada hari ini.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini