HOME Adat resam dan adab-adab di Jepun
Adat resam dan adab-adab di Jepun

Adat resam dan adab-adab di Jepun

Last updated: 29 Mac 2017

Artikel ini akan memperkenalkan adat resam dan adab-adab yang perlu diketahui ketika berada di Jepun

Jangan menuding jari kepada orang lain, dan jangan merenung mata orang lain

Jangan menuding jari kepada orang lain, dan jangan merenung mata orang lain

Perbuatan menuding jari kepada orang lain adalah perbuatan yang tidak beradab. Kebanyakan orang Jepun tidak biasa dengan perbuatan merenung mata dengan jangka masa yang lama ketika berbual.

Tidak berpakaian menjolok mata

Tidak berpakaian menjolok mata

Masyarakat Jepun sangat mementingkan prinsip menjaga aturan dan keharmonian bersama yang dipanggil "wa no kokoro", berbanding kebebasan individu. Oleh itu berpakaian menjolok mata dan berbeza dengan orang sekeliling adalah tidak disukai oleh kebanyakan orang Jepun.

Merokok di jalanan adalah perbuatan tidak beradab

Merokok di jalanan adalah perbuatan tidak beradab

Merokok dan membuang sampah di atas jalan adalah perbuatan yang dilarang di kebanyakan wilayah mengikut ordinan yang ditetapkan. Kebelakangan ini telah banyak tempat-tempat awam dan restoran yang melarang sepenuhnya daripada merokok, dan ada juga yang mengasingkan tempat untuk merokok.

Sampah perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum dibuang

Sampah perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum dibuang

Di Jepun, anda dilarang daripada membuang sampah merata-rata. Jika tiada tong sampah berdekatan, simpan sampah anda untuk dibawa pulang. Ketika membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan, pastikan anda mengasingkan sampah mengikut kategori seperti “sampah yang boleh dibakar”, “sampah yang tidak boleh dibakar”, “botol PET”, dan “tin”.

Tidak menyusahkan orang lain dari aspek kebersihan

Tidak menyusahkan orang lain dari aspek kebersihan

Masyarakat Jepun menerima pendidikan tentang amalan menjaga kebersihan sejak tadika lagi dan di peringkat sekolah juga ada diperuntukan masa untuk membersihkan kelas. Perbuatan tidak menyusahkan orang lain adalah suatu nilai murni yang telah diterapkan sejak kecil, begitu juga dengan sikap menggunakan kemudahan awam secara bersama. Hentikan sama sekali perbuatan seperti meludah atau membuang gula-gula getah di atas jalan raya serta perbuatan berjalan secara sebelah-menyebelah yang boleh mengundang ketidak-selesaan orang lain.

Tidak membuat bising di tempat awam

Tidak membuat bising di tempat awam

Dilarang daripada membuat bising di tempat-tempat awam seperti di dalam kereta api, bas, lif dan juga tempat-tempat awam yang lain. Elakkan juga daripada meninggikan suara ketika bercakap melalui telefon bimbit.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari