Sejarah dan kesemulajadian Shinto

Sejarah dan kesemulajadian Shinto

Update: 23 Februari 2017

Shinto selalu digambarkan dengan adanya gerbang merah yang dipanggil “torii”di hadapan kuilnya, merupakan idea bernas yang dipengaruhi oleh sejarah, masyarakat, tradisi, adat, cerita dan legenda di Jepun. Sukar untuk memahami apa itu Shinto. Statusnya sebagai agama juga diragui kerana tiada kitab mengenainya dan juga sempadan antara tuhan dan bukan tuhan agak sukar difahami.

Asal Usul Agama Shinto

Secara amnya setiap agama mempunyai kitab sendiri dan ajaran yang berkembang darinya, tetapi Shinto tidak mempunyai kitab. Catatan terawal dalam sejarah Jepun iaitu“kojiki”ada meceritakan tentang kewujudan tuhan, iaitu pada ada awal kurun ke 8. Namun, sejarah Shinto dikatakan telah bermula beberapa kurun lebih awal lagi.

Kami : Dewa-dewa Dalam Ajaran Agama Shinto

Sistem kepercayaan Shinto berpandukan kepada pemandangan shamanistik, iaitu pemandangan semula jadi yang dipenuhi dengan dewa, roh-roh yang bernyawa mengikut kepercayaan Shinto. Terdapat perbezaan
dengan kebanyakan agama di barat, dimana mereka berpendapat bahawa dewa tidak merujuk kepada dewa yang maha tunggal. Malah, terdapat terdapat berjuta dewa, satu dewa pada setiap pokok, batu, sungai atau angin. Dewa bukan tuhan, mereka adalah manifestasi iaitu kewujudan daripada alam semula jadi, dan oleh itu, adalah lebih tepat untuk memanggil mereka sebagai “roh-roh”. Seterusnya, memuliakan dan menyembah dewa bermaksud memuliakan dan menyembah alam semula jadi itu sendiri. Inilah sebabnya terdapat ketidakpuasan dan keindahan dalam ketidaksempurnaan - contohnya batu yang retak, daun hijau yang terdapat sedikit warna coklat – juga adalah bahagian-bahagian yang penting dalam kepercayaan Shinto.

Melihat Jepun dari kacamata Shinto

Hampir setiap agama mempunyai kepercayaan teras di sekitar penciptaan di dunia, begitu juga kepercayaan Shinto yang tidak berbeza daripada itu. Dalam kes ini, “dunia” iaitu Jepun, sebagai penduduk purba yang tinggal di pulau – pulau di Jepun hampir tidak tahu apa yang terletak di lautan. Menurut dokumen sejarah, kewujudan pulau – pulau di Jepun, begitu juga kewujudan dewa dewa yang penting, boleh dikaitkan dengan adik beradik yang suci Izanami-no-Mikoto, Dia yang menyeru, dan Izanagi-no-Mikoto, Dia lah yang Pelawa.

Penghasilan tuhan dan negara

Pada mulanya, menurut mitos, bumi seperti yang kita tahu ia mempunyai jisim cecair. Adik beradik yang suci telah diberikan tugas untuk mewujudkan sesuatu yang kukuh untuk jisim tersebut oleh dewa mereka. Untuk membantu mereka dalam melakukan tugas itu, mereka telah diberi Ame – no – nuhoko, tombok berhias untuk memerintah negeri itu. Berdiri di Jambatan Terapung Syurga, juga dirujuk sebagai Jambatan Pelangi, dimana mereka berjaya melahirkan perairan Bumi dengan tombak ini, dan kerana mereka berjaya mengangkat pisau dari laut, titisan air garam jatuh mengalir daripasa pisau itu. Dengan mengalirnya titisan air garam tersebut ke permukaan bumi, maka terhasil sebuah tanah – pertemuan pertama oleh Jepun. Akhirnya, Izanami dan Izanagi berkahwin, dan kebanyakan anak – anak mereka menjadi pulau – pulau utama Jepun, serta menjadi pulau – pulau kecil di sekitar itu. Sebahagian daripada anak – anak mereka juga menjadi angin, gunung, atau air.

Tuhan besar Amaterasu dan keluarga diRaja Jepun

Amaterasu-┼Źmikami, atau Amaterasu, adalah dewi utama dalam kepercayaan Shinto merupakan penguasa matahari dan langit. Beliau juga bertanggungjawab untuk memisahkan siang dan malam apabila abangnya Dewa Bulan Tsukuyomi, dibunuh oleh Dewa Makanan Uke Mochi. Inilah dikatakan asalnya siang dan malam.
Yang paling penting, Amaterasu-omikami dikatakan mempunyai kaitan dengan keluarga diRaja Jepun. Maharaja pertama Jepun, Maharaja Jimmu yang telah menaiki Takhta Chrysanthemum pada 660 sebelum masihi. Menurut Kojiki, Maharaja Jimmu adalah cucu cicit kepada Amaterasu.

Penyembahan Shinto Moden

Bukan sahaja Keluarga Imperial hari ini masih dikaitkan dengan Amaterasu, tetapi juga banyak upacara kuno pembersihan dan penyembahan alam masih boleh dilihat dalam masyarakat Jepun hari ini. Ramai orang melawat tempat-tempat suci Shinto untuk meminta rahmat Dewa, seperti sebelum ujian penting di sekolah, temu duga kerja, sebelum kelahiran anak, atau dengan harapan untuk mendapatkan kenaikan gaji. Satu lagi cara untuk menyatakan rasa hormat dan mempunyai hubungan dengan Dewa pada adalah persembahan makanan, yang dipanggil Shinsen. Makanan seperti ‘demi’, ‘mochi’, atau ‘onigiri’ sering digunakan sebagai persembahan. Sementara nasi, khususnya memainkan peranan yang utama dalam upacara ini, sebutir beras sering digunakan untuk mewakili ‘Tamashii’ atau jiwa manusia, apa sahaja yang boleh dimakan dibenarkan, walaupun minuman seperti sebotol air.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini