Adab-adab yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan kereta api atau pengangkutan awam yang lain

Adab-adab yang perlu diberi perhatian ketika menggunakan kereta api atau pengangkutan awam yang lain

Update:

Mari pelajari adab-adab ketika menaiki kereta api, pengangkutan yang pasti diperlukan dalam perjalanan semasa melancong.

Ketika hendak menaiki kereta api

Menaiki kereta api setelah semua penumpang turun adalah adab asas yang perlu dipatuhi. Ketika menunggu penumpang turun, kosongkan kawasan di tengah pintu. Di dalam kereta api, bahagian di dalam selalunya mempunyai banyak tempat kosong berbanding kawasan berdekatan pintu.

Setelah menaiki kereta api

Disarankan supaya penumpang mengosongkan kerusi khas untuk warga emas serta ibu mengandung di Zon Keutamaan yang terletak di kedua-dua hujung gerabak. Di samping itu, terdapat juga gerabak khas, iaitu "Gerabak Wanita", yang disediakan untuk kegunaan penumpang wanita sahaja ketika waktu sibuk pada hari kerja biasa bagi mengelakkan daripada kes pencabulan.

Di dalam kereta api

Di dalam kereta api

Perbualan dengan telefon bimbit serta bunyi muzik yang kuat akan menyusahkan penumpang yang lain. Jika hendak duduk pastikan hanya menggunakan ruangan tempat duduk bagi seorang sahaja,dan jangan lunjurkan kaki ke hadapan. Jangan duduk di atas lantai kerana akan menghalang penumpang lain lalu lalang. Adalah penting bagi setiap penumpang untuk menyedari bahawa kereta api adalah kemudahan awam dan bukannya untuk kegunaan persendirian.

Makan dan minum di dalam kereta api

Makan dan minum di dalam kereta api

Terdapat juga kereta api yang membenarkan penumpang untuk makan dan minum di dalamnya, tetapi pada asasnya adalah lebih baik tidak melakukan sedemikian. Membuka makanan seperti makanan segera yang berbau kuat serta minum minuman seperti alkohol di dalam kerata api tidak digalakkan. Jika penumpang ingin membuang sampah, pastikan buang ia di tong sampah yang telah disediakan di stesen kereta api.

Kanak-kanak juga perlu mematuhi adab

Kanak-kanak juga perlu mematuhi adab

Kereta tolak bayi sebaik-baiknya diletakkan di kawasan tepi gerabak. Ketika bersama kanak-kanak, penumpang diminta menasihati mereka supaya tidak menjerit dan berlari-lari. Selain itu, elakkan juga mereka daripada mengambil ruang tempat duduk yang berlebihan, ataupun berdiri di atas kerusi tanpa menanggalkan kasut.

Ketika turun dari kereta api

Penumpang diminta supaya turun dengan tertib dan tidak menolak kerana akan membahayakan penumpang lain. Tolong berbaris dan jangan memotong barisan ketika menggunakan tangga ataupun eskalator di stesen kereta api.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini