HOME Adab semasa membeli-belah
Adab semasa membeli-belah

Adab semasa membeli-belah

Last updated: 27 April 2017

Perkara yang perlu diberi perhatian semasa membeli-belah di Jepun akan diterangkan.

Adab semasa mencuba pakaian

Adab semasa mencuba pakaian

Sila dapatkan pekerja yang berkenaan semasa mencuba pakaian. Beritahu jumlah pakaian yang ingin dicuba sebelum menuju ke bilik persalinan. Bilik persalinan yang masih ditutup dengan kain langsir menandakan terdapat pelanggan lain yang sedang menggunakan bilik tersebut, jadi sila tunggu di luar tanpa masuk melulu. Selain itu, sila berhati-hati semasa mencuba baju sejuk untuk mengelakkan kotoran gincu dan solekan muka pada baju tersebut. Terdapat juga kedai yang memberikan pelindung muka untuk tujuan ini.

Dilarang makan atau minum semasa membeli-belah

Dilarang makan atau minum semasa membeli-belah

Dilarang makan atau minum sambil berjalan semasa melihat-lihat barangan di dalam kedai selain daripada kedai makan. Ini adalah kerana perbuatan ini boleh mengakibatkan kekotoran kepada barangan tersebut.

Semasa di dalam pasar raya

Semasa di dalam pasar raya

Jangan menyentuh bahan mentah dengan kerap. Selain itu, sila kembalikan bahan yang telah diambil ke tempat asalnya semula sekiranya tidak diperlukan. Perbuatan menekan bahan-bahan tersebut dengan kuat juga dikira tidak beradab.

Mencuba sampel makanan

Mencuba sampel makanan

Terdapat juga sesetengah kedai cenderamata yang membenarkan kita mencuba rasa makanan mereka. Secara asasnya, seorang pelanggan boleh mencuba sekali sahaja. Sekiranya kita tidak berniat untuk membeli, elakkan mencuba makanan tanpa bertimbang rasa.

Adab semasa menunggu giliran di kaunter pembayaran

Adab semasa menunggu giliran di kaunter pembayaran

Sila berbaris di hujung belakang barisan sekiranya ada dan dilarang memotong barisan. Selain itu, dilarang membuka dan makan barangan yang ingin dibeli sebelum selesai pembayaran.

Dilarang juga mengambil gambar

Dilarang juga mengambil gambar

Terdapat juga kedai yang melarang para pengunjung mengambil gambar di dalam kedai. Sekiranya anda mahu mengambil gambar menggunakan kamera atau telefon bimbit, sila pastikan perkara ini dengan pekerja kedai tersebut terlebih dahulu.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari