Ketahui etika ketika menginap di Ryokan

Ketahui etika ketika menginap di Ryokan

Update: 23 Februari 2017

Ryokan bermaksud Hotel Tradisional Jepun. Disini, anda akan diperkenalkan dengan etika-etika dan tatasusila ketika menginap di hotel mahupun di Ryokan, anda akan diperkenalkan dengan etika-etika dan tatasusila ketika menginap di hotel mahupun ryokan.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menginap di hotel

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menginap di hotel

Sebelum berbuat sesuatu perkara, sila fikiran akan kesannya terhadap orang disekeliling. Perbuatan seperti berbuat bising di dalam bilik penginapan mahupun lobi ataupun memainkan muzik dengar volume yang tinggi akan menggangu orang disekeliling.. Jangan potong barisan sekiranya ada orang di hadapan anda ketika menunggu di lobi. Jangan sekali-kali keluar berjalan-jalan dengan hanya berbaju dalam atau pun gaun bersama selipar bilik ke lobi, restoren atau luar dari bilik penginapan kerana ianya hanya untuk dipakai di dalam bilik.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menginap di ryokan

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika menginap di ryokan

Kebanyakan bilik penginapan di ryokan disebut sebagai washitsu – bilik penginapan bercirikan budaya Jepun. Kasut seharusnya ditanggalkan sebelum memasuki bilik sekiranya ryokan tersebut tidak mengenakan peraturan untuk menanggalkan kasut di pintu masuk. Juga adalah dilarang sama sekali untuk bersandar atau meletakkan barang di Toko no Ma atau pun ruang kecil dimana lukisan atau perhiasan dihias. Terdapat juga servis dimana staf akan datang untuk membentangkan tilam futon pada waktu malam. Oleh kerana itu, digalakkan supaya anda menyusun barangan anda dalam keadaan teratur supaya tidak menggangu kerja staf.

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika melawat kolam air panas atau pun tempat mandi awam

Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ketika melawat kolam air panas atau pun tempat mandi awam

Semasa di dalam kawasan bilik mandi, adalah dilarang sama sekali untuk memberus gigi atau pun membawa masuk tuala dan sabun ke dalam kolam air panas. Jangan sesekali terus masuk ke dalam kolam air panas, sebaliknya bersihkan dahulu kotoran di atas badan sebelum masuk ke dalam kolam.

Jangan membawa balik barangan selain dari kepunyaan sendiri

Jangan membawa balik barangan selain dari kepunyaan sendiri

Selain dari barangan ameniti dan towel khas untuk masuk ke kawasan mandian, adalah dilarang sama sekali untuk membawa pulang barangan seperti tuala mandian, jam, pot elektrik dan sebagainya.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini