HOME Adab makan di Jepun
Adab makan di Jepun

Adab makan di Jepun

Date published: 10 Oktober 2018

Jepun, negara yang sangat kaya dengan peradaban, dan menjadi satu perkara yang tidak dapat diterima jika adab waktu makan adalah buruk. Saya akan memperkenalkan adab asas ketika makan di Jepun.

Semasa menjamu makanan

Semasa menjamu makanan

Adab makan yang betul ketika menikmati washoku (makanan Jepun) adalah dengan memegang chawan (mangkuk minum teh) atau mangkuk nasi. Elakkan makan dengan meletakkan mangkuk di atas meja kerana ianya menyebabkan postur badan tidak elok. Jangan meletakkan siku ke atas meja sambil makan kerana dianggap tidak beradab walaupun hanya berniat untuk bersantai.

Adab menggunakan penyepit

Adab menggunakan penyepit

Jika dari kecil sudah dipupuk untuk memegang penyepit dengan cara yang betul, selepas itu pastinya boleh memegang penyepit dengan cantik dan memberi imej yang baik kepada seseorang. Ayuhlah mencuba walaupun mungkin agar sukar bagi anda yang tidak biasa menggunakannya. Di samping itu, terdapat banyak adab berkaitan dengan penggunaan penyepit di Jepun. Sebagai contoh , menusuk makanan dengan penyepit, keliru untuk mengambil yang mana satu ketika sedang memegang penyepit, dan memegang penyepit menggunakan mulut adalah antara perbuatan yang buruk.

Meletakkan peralatan makanan dengan mengeluarkan bunyi adalah bertentangan dengan adab. Tidak boleh juga memukul bekas makanan dengan penyepit dan membuat bising semasa meletakkan bekas makanan.

Berhati-hati dengan kekuatan suara.

Berhati-hati dengan kekuatan suara.

Bergantung juga kepada tempat makan, elakkan dari mengeluarkan suara yang kuat sehingga menggangu pelanggan lain. Oleh kerana restoran adalah tempat awam dan terdapat juga pelanggan lain selain daripada kita, maka bersama-samalah kita prihatin terhadap persekitaran.

Makan soba (mi Jepun nipis yang diperbuat dari tepung) dengan menghirup adalah OK!

Makan soba (mi Jepun nipis yang diperbuat dari tepung) dengan menghirup adalah OK!

Walaupun makan dengan mengeluarkan bunyi adalah bertentangan dengan adab bagi sesetengah negara atau kawasan, tetapi di Jepun ianya OK dimakan dengan menghirup sehingga mengeluarkan bunyi sekiranya makanan tersebut adalah jenis mi. Terutamanya bagi mi "soba" adalah amat digalakkan untuk menghirupnya kerana dikatakan jika makan dengan menghirupnya, bau gandum akan memenuhi ruang mulut anda.

"Itadakimasu" dan "Gochisousama"

"Itadakimasu" dan "Gochisousama"

Menjadi satu budaya untuk mengucapkan salam sebagai tanda terima kasih ke atas makanan sebelum dan selepas kita makan. Disebabkan makanan tersebut adalah hidup dan kita menerimanya maka disebut dengan perkataan "Itadakimasu" (saya terima). Selepas makan secara asasnya kita akan menyebut "Gochisousama" (sudah selesai) dengan penuh kesyukuran. Bergantung kepada keadaan samaada ingin meluahkan dengan mengeluarkan suara atau tidak. Sudah memadai menyebutnya dalam hati jika anda berada ditempat yang sunyi atau keseorangan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari