Mari ambil tahu! Benda yang perlu dibawa dan tidak boleh dibawa bersama-sama semasa berjalan-jalan di Jepun.

Mari ambil tahu! Benda yang perlu dibawa dan tidak boleh dibawa bersama-sama semasa berjalan-jalan di Jepun.

Update: 23 Februari 2017

Apakah benda yang perlu dibawa bersama-sama semasa berjalan-jalan di Jepun? Berikut akan diterangkan tentang benda-benda yang perlu dibawa dan dilarang dibawa berjalan-jalan ketika di Jepun.

Wajib bawa pasport

Wajib bawa pasport

Bagi pelancong asing yang berkunjung ke Jepun, membawa pasport bersama-sama adalah termaktub dalam undang-undang Jepun. Sekiranya anda enggan atau tidak dapat menunjukkan pasport apabila diminta oleh pihak polis semasa bersiar-siar di bandar, anda boleh dikenakan denda sehingga 100,000yen. Namun, ia terkecuali bagi mereka yang mempunyai kad sebagai pemaustatin di Jepun. Dalam keadaan tersebut, mereka perlu membawa kad pemaustatin mereka ke mana-mana sahaja.

Benda lain yang sepatutnya dibawa bersama

Benda lain yang sepatutnya dibawa bersama

Berikut, adalah benda-benda yang akan memudahkan anda jika dibawa bersama ketika bersiar-siar di Jepun. Untuk pengetahuan anda, suhu musim panas di Jepun adalah tinggi. Oleh itu, menyediakan minuman dalam botol plastik boleh menghalang daripada gejala dehidrasi daripada berlaku. Manakala, keadaan musim sejuk di Jepun adalah tersangat sejuk dan kadang-kadang bersalji. Namun begitu, keadaan dalam bilik adalah sedikit panas, memakai topi dan sarung tangan boleh membantu bagi menyesuaikan suhu badan kita. Peralatan hujan seperti payung adalah diperlukan pada musim hujan.

Dilarang sama sekali membawa pistol dan dadah

Dilarang sama sekali membawa pistol dan dadah

Memiliki pistol persendirian adalah dilarang sama sekali mengikut undang-undang Jepun. Dadah seperti marijuana dan pil perangsang juga diharamkan di sini. Anda akan ditahan serta-merta oleh pihak polis sekiranya didapati membawa atau memiliki barang-barang ini.

Membawa pisau lipat juga adalah dilarang

Membawa pisau lipat juga adalah dilarang

Mungkin terdapat orang yang membawa pisau lipat sebagai langkah pertahanan diri di negara masing-masing. Tetapi, di Jepun, ia bertentangan dengan undang-undang kawalan senjata api. Mengikut undang-undang ini, membawa bersama senjata tajam yang panjangnya melebihi 6 inci adalah dilarang. Membawa pisau tanpa sebab yang kukuh boleh menyebabkan anda disabitkan kesalahan ringan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini