Hak orang asing

Hak orang asing

Update:

Ini merupakan penjelasan tentang hak orang asing semasa berada di Jepun.

Hak ketika keluar dan masuk ke Jepun

Menurut perintah antarabangsa, kerajaan Jepun boleh menolak orang asing yang mencurigakan daripada memasuki negaranya. Orang asing yang tidak memiliki kewarganegaraan Jepun boleh keluar dari negara secara bebas, namun untuk masuk atau masuk semula ke Jepun dan menetap di Jepun dikawal dengan tegas. Selain itu, ada kalanya orang yang melarikan diri ke Jepun oleh sebab masalah politik tidak dibenarkan untuk masuk ke negara.

Hak penglibatan ehwal politik

Hak penglibatan ehwal politik ialah seperti, hak untuk mengundi atau mencalonkan diri semasa pilihan raya. Hak-hak sedekmikian tidak diberikan kepada rakyat asing. Walaupun rakyat asing tidak dapat melibatkan diri dalam hal ehwal politik kerajaan Jepun, kadang kala, rakyat asing juga dibenarkan untuk mengundi semasa pilihan raya Datuk Bandar tempatan, oleh kerana ia berkaitan rapat dengan kehidupan seharian tempatan. Aktiviti politik yang sederhana juga dibenarkan.

Hak untuk menjadi kakitangan kerajaan

Rakyat asing boleh menjadi kakitangan kerajaan, namun tidak dibenarkan untuk bekerja di posisi pengurusan. Ini juga seperti tadi, terdapat konsep di mana rakyat Jepun sahaja yang boleh terlibat dalam hal ehwal politik, oleh yang demikian penglibatan rakyat asing seperti memegang posisi pemerintah di daerah atau negara telah dihadkan.

Hak asas untuk kehidupan bermasyarakat

"Hak sosial" adalah hak asas yang dijamin oleh kerajaan Jepun untuk kehidupan bermasyarakat. Hak untuk menerima pendidikan, pekerjaan dan keselamatan sosial. Hak-hak sedemikian juga diberi kepada rakyat Jepun. Walaupun negara patut menjamin hak rakyatnya sahaja, namun sekiranya kerajaan Jepun tidak memberi jaminan ini kepada rakyat asing ia mungkin boleh menyebabkan kehidupan mereka terancam.

Masalah mengenai hak asas manusia yang berlaku setiap hari

Terdapat pelbagai masalah timbul di Jepun oleh kerana perbezaan bahasa, agama, budaya dan sebagainya. Sila hubungi agensi kerajaan atau bandar tempatan sekiranya anda terasa bahawa anda menerima diskriminasi yang tidak adil oleh kerana perbezaan kerakyatan. Pasti terdapat organisasi awam yang khas untuk masalah hak asas manusia yang akan membantu anda dengan mesra.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini