Sistem pengecualian cukai di Jepun

Sistem pengecualian cukai di Jepun

Update:

Ini merupakan penjelasan tentang sistem pengecualian cukai (tax-free) di Jepun.

Duti kastam dan cukai barang dan perkhidmatan

Terdapat dua jenis pengecualian cukai iaitu "duty-free" yang mengecualikan duti kastam, dan "tax-free" yang mengecualikan cukai barang dan perkhidmatan (cukai nilai tambahan). Ketika anda melihat tanda "tax-free", kedai itu merupakan "tax-free shop" yang mengecualikan cukai barang dan perkhidmatan. Sehingga kini, iaitu Disember 2015, terdapat hanya dua kedai bebas cukai ("duty free shop") di Jepun iaitu "T Galleria" yang terletak di Okinawa dan "Ginza Mitsukoshi Departmental" yang terletak di Tokyo Ginza, dengan pegecualian terhadap kedai bebas cukai di lapangan terbang.

Syarat yang perlu dipenuhi

Syarat-syarat untuk pngecualian cukai barang dan perkhidmatan ialah yang berikut: "Membeli di kedai yang dibenarkan pngecualian cukai barang dan perkhidmatan" "Barangan seperti barangan elektronik, jam, pakaian dan perbagai barangan kecil yang bukan barangan lupus harus dibawa keluar dari negara Jepun dalam tempoh 6 bulan dari tarikh ketibaan ke Jepun" "Barangan boleh lupus seperti produk kosmetik, ubat-ubatan, makanan dan minuman harus dibawa keluar tanpa dibuka bungkusannya dalam masa 30 hari dari tarikh pembelian"

Golongan yang layak untuk menerima pengecualian cukai

Pelancong luar negara dapat menggunakan sistem pengecualian cukai, kecuali berada di Jepun untuk tempoh yang lama. Mereka yang telah melebihi tempoh 6 bulan dari tarikh ketibaan ke Jepun, dan yang bekerja di Jepun serta yang berwarganegara Jepun tidak layak menggunakan bebas cukai ini.

Barangan bebas cukai dan harganya

Jika barangan am, jumlah pembelian di setiap satu kedai yang dibenarkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan, haruslah lebih daripada 10,001 yen dalam tempoh satu hari. Barangan am ialah barangan elektronik, perhiasan, jam, pakaian dan sebagainya yang bukan barangan lupus. Barangan lupus seperti makanan, minuman, ubat-ubatan dan kosmetik pula, harus berjumlah lebih daripada 5,001 yen dan kurang daripada 500,000 yen dalam tempoh satu hari di setiap satu kedai yang dibenarkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan. Kedua-dua harga tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan, dan juda barangan am dan barangan lupus dijumlahkan berasingan.

Perhatian selepas membeli

Barangan am dan barangan lupus yang telah diproses untuk pengecualian cukai barang dan perkhidmatan tidak boleh diberikan kepada orang lain, dan harus dibawa keluar dari Jepun bersama pembelinya. "Barangan bebas cukai yang telah dibeli" dan "Record for Purchase of consumption Tax-exempt for export" yang dilekatkan kepada passport perlu dikemukakan kepada pihak kastam ketika ingin meninggalkan Jepun. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menyimpan barangan tersebut di dalam suitcase atau sebagainya, anda harus membawa beg tersebut kepada pihak kastam untuk pemeriksaan sebelum menyerahkannya kepada syarikat penerbangan. Sekiranya anda tidak dibenarkan membawa atau memiliki barangan bebas cukai tersebut, anda harus membayar harga punuh pengecualian cukai. Jika anda hantar barangan secara berasingan dengan anda, anda harus mendaftarkannya kepada pihak kastam terlebih dahulu.

Cara menerima pengembalian

Terdapat dua cara untuk menerima pengembalian cukai barang dan perkhidmatan. Pertama, mengemukakan passport dan membayar harga yang tidak termasuk cukai barang dan perkhidmatan ketika anda membeli. Kedua, apabila membuat pembelian, anda bayar cukai barang dan perkhidmatan dahulu, lalu menerima pengembaliannya di tempat lain di dalam kedai tersebut. Kedua-dua cara ini tidak menyusahkan kerana dapat diselesaikan di dalam satu bagunan. Apa yang anda harus lakukan di lapangan terbang ialah bahawa anda menyerahkan "Record for Purchase of consumption Tax-exempt for export" (rekod pembelian barangan bebas cukai untuk diekspot) yang dikumpulkan di dalam passport kepada pihak kastam.

Di kemudahan komersial

Sesetengah kemudahan komersial yang mempunyai beberapa kedai yang berlainan di dalamanya menawarkan pengecualian cukai barang dan perkhidmatan kepada jumlah harga pembelian di kedai yang berlainan di dalam kemudahan tersebut, sekiranya memenuhi syarat. Dalam kes ini, anda boleh menerima pengembalian di kaunter pendaftaran pengecualian cukai di dalam bangunan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kemudahan komersial yang tidak menjumlahkan harga pembalian di kedai yang berlainan di dalam bangunan tersebut.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini