Prosedur kastam

Prosedur kastam

Update: 25 Oktober 2016

Apakah yang perlu diisytiharkan pada kastam dan panduan untuk membuat pengishytiharan kastam.

Prosedur kastam ketika "memasuki" Jepun

Semua pengunjung yang memasuki Jepun perlu mengemukakan "Borang Pengisytiharan Bagasi yang diiringi ・tidak diiringi". Borang ini boleh diperolehi di dalam kapal pesawat dan kapal laut, dan di tempat pemeriksaan kastam. Seseorang yang memasuki Jepun dengan wang tunai yang melebihi 1,000,000 JPY dikehendaki mengemukakan "Borang Pengisytiharan membawa keluar ・masuk wang tunai". Borang pengisytiharan ini boleh diperolehi di tempat pemeriksaan Kastam. Pengecualian duti bagi seorang pengunjung telah ditetapkan secara terperinci iaitu 3 botol Alkohol (1 botol bersamaan dengan 760 mililiter), tembakau tidak melebihi 400 batang, 2 oz minyak wangi, hadiah dan cenderahati bernilai tidak melebihi 200,000 JPY dan sebagainya. Sila pastikan anda telah membuat semakan awal jika memerlukan pengisytiharan Kastam.

Barangan yang dihadkan ・dilarang untuk dibawa memasuki Jepun.

Barangan yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara Jepun adalah seperti jenis-jenis dadah, senjata, majalah ・DVD lucah, jenama tiruan yang melanggar hak harta intelek, sebahagian tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dijadikan bahan mentah bagi sesuatu produk, dan sebagainya. Barangan kawalan adalah seperti tumbuh-tumbahan dan haiwan yang memerlukan pemeriksaan; serta senapang, pedang, ubat-ubatan dan produk kecantikkan dan sebagainya (kuantiti barangan dikawal). Kegagalan memenuhi keperluan di atas akan disabitkan dengan kesalahan berat mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Membawa keluar produk luar negara ketika "keluar dari Jepun"

Secara amnya terdapat 3 borang permohonan yang perlu diisi ketika ingin keluar dari Jepun. Pertama, pastikan semua produk luar negara yang dipakai termasuk barang asal diisytiharkan dalam "Borang membawa keluar produk luar negara". Nama barangan dan kuantiti bagi barangan seperti jam tangan, bagasi, rantai leher dan sebagainya perlulah diisi dan dikemukakan. Ketiadaan borang pengishytiharan ini boleh menyebabkan barangan yang dibeli di luar negara tidak dapat dikenal pasti dan mungkin dikenakan cukai.

Membawa keluar wang tunai yang melebihi 1,000,000 JPY ketika "keluar dari Jepun"

Keduanya adalah "Borang Pengisytiharan membawa keluar ・masuk wang tunai". Pengisytiharan Kastam perlu dilakukan untuk membawa keluar wang tunai dan sebagainya yang melebihi 1,000,000 JPY ketika keluar dari Jepun. Wang tunai, cek, emas tulen yang melebihi 90% dan sebagainya adalah termasuk dalam syarat pengisytiharan. Oleh kerana prosedur yang berbeza akan dikenakan bergantung kepada kuantiti barangan, sila rujuk kepada pegawai kastam yang bertugas.

Barangan bebas cukai ketika "keluar dari Jepun"

Secara amnya, barangan peribadi seperti barangan asas (barangan elektronik, pakaian, kasut dan sebagainya), barangan lupus (ubat-ubatan, barangan kecantikan, makanan dan sebagainya) adalah barangan bebas cukai. Syarat bagi barangan yang dibawa keluar dari Jepun adalah barangan yang tidak dibuka dalam tempoh 6 bulan dari tarikh masuk untuk barangan asas, dan 30 hari dari tarikh pembelian untuk barangan lupus. Harga tertakluk bagi barangan asas ialah pembelian pada kedai yang sama yang berjumlah melebihi10,001 JPY dalam hari yang sama, manakala pembelian pada kedai yang sama berjumlah 5,001 JPY ke atas hingga 500,000 JPY bagi barangan lupus. Untuk membawa barangan bebas cukai tersebut, anda dikehendaki mengemukakan "Borang bukti pengeksportan barangan". Di sini perlulah diambil perhatian bahawa jika tidak mendapat pengesahan dari kastam, maka cukai yang setimpal dengan harga barangan akan dikenakan kemudian di kedai tempat pembelian tersebut.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini