Cara berinteraksi dengan orang Jepun

Cara berinteraksi dengan orang Jepun

Update: 31 Ogos 2016

Anda dijamin akan dapat berinteraksi dengan orang Jepun setelah mengetahui jenis dan tingkah laku orang Jepun.

Orang Jepun adalah pemalu!?

Kebanyakan orang Jepun adalah pemalu dan dikatakan tidak berapa aktif untuk berkomunikasi dengan orang yang tidak dikenali. Malah, terdapat sesetengah orang di kalangan orang Jepun sendiri yang tidak gemar apabila ditanyakan arah jalan ataupun didekati secara aktif. Terdapat banyak juga orang Jepun yang tidak mempamerkan perasaan mereka seperti perasaan marah, gembira, ataupun sedih. Sifat ini adalah merupakan sifat unik yang ada pada orang Jepun.

Orang Jepun tidak bercakap dengan jelas?!

Orang Jepun dikatakan merupakan golongan yang teragak-agak untuk bercakap mengenai pemikiran dan perasaan mereka. Terutamanya terdapat banyak golongan yang tidak pandai untuk membangkang pendapat ataupun menolak permintaan seseorang. Ianya adalah bertujuan untuk mengelakkan hati orang lain daripada terguris, bersikap bertimbang rasa terhadap orang lain, serta tidak terlalu menonjolkan perasaan sendiri. Sifat ini adalah merupakan sifat baik yang berasal daripada budaya unik Jepun itu sendiri.

Orang Jepun tidak boleh berbahasa Inggeris?!

Kebanyakan orang Jepun tidak pandai berbahasa Inggeris. Pengunjung seelok-eloknya menggunakan perkataan-perkataan yang mudah serta bercakap dengan perlahan. Tetapi walaupun mereka tidak pandai bercakap atau mendengar Bahasa Inggeris, di kalangannya terdapat golongan yang pandai membaca dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Jika anda gagal berkomunikasi secara lisan, apa kata anda cuba pula dengan cara menulis.

Apa yang penting adalah hubungan hati ke hati

Walaupun kebanyakan orang Jepun pemalu dan sukar untuk bertegur sapa, jika kejujuran anda ingin berkomunikasi dapat disampaikan, mungkin mereka pula akan membuka pintu hati kepada anda.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini