Sangat berguna jika diketahui! Cara menggunakan kedai dobi layan diri semasa melancong.

Sangat berguna jika diketahui! Cara menggunakan kedai dobi layan diri semasa melancong.

Update: 18 November 2016

Mari menggunakan kedai dobi layan diri yang sangat berguna dan berpatutan jika berada di Jepun untuk tempoh yang lama.

Bayaran yang dikenakan dan duit yang boleh digunakan di kedai dobi layan diri.

Bayaran yang dikenakan dan duit yang boleh digunakan di kedai dobi layan diri.

Walaupun di dalam bandar, kedai dobi layan diri mudah untuk dicari. Bayaran yang dikenakan berbeza mengikut tempat dan mesin. Jika untuk seorang, memerlukan lebih kurang 1,000 JPY , daripada membasuh sehingga selesai pengeringan. Sediakan duit syiling ketika ingin menggunakannya. Kebiasaannya, duit syiling yang diperlukan adalah 100 JPY, tetapi terdapat juga mesin yang boleh menggunakan duit syiling 500 JPY. Terdapat juga tempat yang menyediakan mesin penukaran duit

Cara menggunakan mesin basuh

Cara menggunakan mesin basuh

1. Pilih saiz mesin basuh bersesuaian dengan jumlah pakaian.
2. Pakaian dimasukkan tidak melebihi penanda aras sekitar 70% hingga 80% daripada bahagian bawah mesin basuh.
3. Tutup penutup mesin tanpa memasukkan sabun dan pelembut kerana kebanyakan mesin basuh akan memasukkan sabun basuh dan pelembut secara automatik.
4. Masukkan duit syiling 100 yen mengikut kadar bayaran yang dipamerkan.
5. Tunggu sehingga selesai seperti tempoh waktu yang dipamerkan pada mesin basuh.

Jaring untuk kegunaan membasuh yang sangat berguna

Jaring untuk kegunaan membasuh yang sangat berguna

Jaring untuk kegunaan mesin basuh sangat berguna jika ada. Pakaian lain yang dibasuh bersama-sama dengan pakaian yang terdapat aksesori seperti zip boleh rosak. Oleh yang demikian, pakaian tersebut perlu diletakkan ke dalam jaring. Ia boleh digunakan untuk membasuh pakaian jenis sensitif dengan lebih berhati-hati.

Cara memilih mesin pengering

Cara memilih mesin pengering

1. Pilih saiz mesin pengering. Jika anda memilih saiz yang besar, pakaian akan mengering dengan meluas dan menyebabkan kedutan kurang terhasil. Anggaran jumlah adalah kira-kira 30% daripada mesin pengering.
2. Pertama sekali masukkan duit syiling 100 JPY untuk 30 minit, tetapi ia berbeza mengikut mesin.
3. Sambil memeriksa keadaan mesin pengering, tambahkan duit syiling.

Peraturan di kedai dobi layan diri

Peraturan di kedai dobi layan diri

Sila bertimbang rasa terhadap pengguna lain yang turut menggunakan perkhidmatan dobi layan diri. Kadangkala walaupun proses membasuh dan pengeringan sudah selesai, terdapat juga yang membiarkan pakaian di dalam mesin. Untuk keadaan sedemikian, pengguna seterusnya boleh mengambil dan memasukkan pakaian tersebut ke dalam bakul yang disediakan di kedai dobi.

Kedai dobi kasut

Kedai dobi kasut

Mesin basuh dan mesin pengering khas untuk kegunaan kasut juga disediakan di kedai dobi layan diri. Anda tidak perlu lagi risau tentang kekotoran pada kasut anda dan boleh melancong dengan gembira

Cara meluangkan masa di kedai dobi layan diri

Cara meluangkan masa di kedai dobi layan diri

Di dalam kedai dobi, ada disediakan meja dan kerusi. Sambil membaca majalah dan komik, sila tunggu sehingga basuhan selesai. Ramai yang menanti sambil menghabiskan masa dengan membeli minuman di mesin jualan automatik dan menikmati bacaan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini