Bencana alam

Bencana alam

Update: 7 November 2016

Artikel ini menjelaskan langkah yang perlu diambil sekiranya ditimpa bencana alam seperti angin taufan di antara musim panas dan luruh, ribut salji di antara musim sejuk dan bunga, dan sebagainya semasa melancong,

Angin taufan

Angin taufan yang melanda Jepun berlaku pada sekitar musim panas sehingga musim luruh. Oleh kerana ia berputar sambil bergerak dari barat daya menghala ke timur laut, terdapat keadaan di mana ia akan merentasi seluruh kepulauan Jepun. Hampir setiap tahun, Okinawa mengalami tahap kemusnahan yang besar.

Periksa ramalan angin taufan

Apabila melawat Jepun pada musim berlakunya angin taufan di antara musim panas dan luruh, terdapat kemungkinan pendaratan dan pelepasan kapal terbang menjadi lewat atau dibatalkan jika angin taufan melanda tepat di kawasan berkenaan.

Tindakan yang perlu diambil ketika kedatangan angin taufan

Apabila angin taufan melanda ketika berada di Jepun, pastikan sentiasa mengenalpasti situasi terkini semasa di hotel penginapan. Pastikan anda memeriksa sekerap yang mungkin info tentang angin taufan di televisyen atau internet. Tambahan, anda dinasihatkan supaya tidak menghampiri saluran air, pantai, sungai dan sebagainya. Bahaya banjir boleh terjadi dari hujan lebat.

Ribut salji

Berwaspada dengan ribut salji apabila mengorak langkah ke Hokkaido, Tohoku, kawasan Hokuriku dan sebagainya pada musim sejuk sehingga musim bunga.

Tindakan yang perlu diambil ketika dilanda ribut salji

Pastikan anda tidak tergelincir dengan menyarung kasut yang sukar menggelincir. Adalah elok untuk menyediakan sarung tangan untuk kes di luar jangkaan seperti terjatuh. Pastikan anda tidak membawa barangan yang berat, dan elak daripada menggunakan payung kerana ia menjadi beban kepada sebelah tangan.

Tindakan yang perlu diambil ketika hujan lebat

Terdapat saat di mana tempat tertentu diserang dengan hujan lebat yang teruk pada waktu pertukaran musim. Anda perlu berjaga-jaga dengan amaran dan pesanan nasihat yang dikeluarkan oleh Japan Meteorlogical Agency (Jabatan Meteorologi Jepun).

Tindakan yang perlu diambil ketika banjir atau tanah runtuh

Bencana yang perlu diberi perhatian semasa hujan turun dengan lebat adalah banjir dan tanah runtuh. Anda juga perlu berhati-hati dengan sungai yang tiba-tiba menjadi laju alirannya disebabkan kecerunan yang curam.

Bencana gempa bumi

Bencana gempa bumi boleh berlaku tanpa mengira waktu, dan memerlukan anda untuk sentiasa berada dalam keadaan berjaga-jaga. Hampir setiap hari berlaku gempa bumi kecil yang tidak mendatangkan kerosakan.

Tindakan yang perlu diambil semasa berlaku gempa bumi

Jika kedengaran Amaran Awal Gempa Bumi yang diumumkan sebelum berlakunya gempa bumi, anda diperlukan untuk menyelamatkan diri sepantas yang mungkin ke tempat yang selamat. Maklumat mengenai gempa bumi dalam bahasa Inggeris boleh didapati dengan menggunakan aplikasi pemberitahuan info "Safety Tips" khas untuk pelancong warga asing.

Tindakan yang perlu diambil ketika tsunami (siri ombak besar)

Apabila memasuki kawasan berhampiran dengan laut, berhati-hati dengan tsunami. Dapatkan maklumat mengenai tsunami daripada berita, dan carilah kawasan tanah tinggi apabila terdapat bahaya.

Tindakanyang perlu diambil ketika letusan gunung berapi

Terdapat banyak gunung berapi aktif di Jepun, dan perlu berhati-hati dengan letusan gunung berapi juga. Periksa terlebih dahulu maklumat mengenai letusan gunung berapi sebelum mendaki gunung. Disyorkan agar dapat memeriksa dan membawa bersama hazard map (peta kawasan bahaya) yang menunjukkan kawasan bahaya letusan gunung berapi.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini