Sistem unit di Jepun yang perlu diketahui untuk kemudahan pengunjung

Sistem unit di Jepun yang perlu diketahui untuk kemudahan pengunjung

Update:

Artikel ini akan memperkenalkan tentang sistem unit yang biasa digunakan di Jepun yang perlu diketahui untuk kemudahan pengunjung.

Kilometer

Kilometer

Unit kilometer selalunya digunakan dalam peta di dalam buku panduan. 1 kilometer bersamaan 1,094 ela, ataupun 3,281 kaki. Unit kilometer ini banyak digunakan di dalam kehidupan seharian di Jepun.

Paparan kelajuan, "kilometer sejam"

Paparan kelajuan, "kilometer sejam"

Jepun mengamalkan paparan kelajuan "kilometer sejam". 1 batu bersamaan lebih kurang 1.6 kilometer, oleh itu jika paparan menunjukkan had kelajuan 50 kilometer sejam bermakna hanya kelajuan lebih kurang 31 batu sejam sahaja yang dibenarkan. Kelajuan maksimum di jalan raya persekutuan di Jepun adalah 60 kilometer sejam, manakala di lebuh raya pula adalah 100 kilometer sejam.

Unit wang, "Yen"

Unit wang, "Yen"

Unit wang yang digunakan di Jepun adalah "Yen". Wang syiling terdiri daripada 1 Yen, 5 Yen, 10 Yen, 50 Yen, 100 Yen, 500 Yen. Duit 5 Yen serta 50 Yen mempunyai lubang di tengahnya. Manakala wang kertas pula terdiri daripada 1,000 Yen, 5,000 Yen, serta 10,000 Yen.

Unit sukatan beras, "go"

Unit sukatan beras, "go"

Unit ini merupakan unit yang unik dalam masakan Jepun. Unit "go" digunakan bagi menyukat beras untuk ditanak. 1 go bersamaan dengan 180 mililiter. Cawan sukatan khasnya juga dijual dan biasa digunakan ketika menyukat.

Unit kiraan sushi, "kang"

Unit kiraan sushi, "kang"

"Kang" adalah unit yang digunakan untuk mengira bilangan sushi. Tetapi kedai sushi jenis 'kaitenzushi' (sushi yang diletakkan atas landasan bergerak) biasanya meletakkan dua sushi di setiap piring, jadi unit "piring" selalunya digunakan di sini.

Unit sukatan sake (arak beras Jepun), "sho"

Unit sukatan sake (arak beras Jepun), "sho"

Sake disukat dengan menggunakan unit "sho". 1 sho bersamaan dengan 1,800 mililiter. Unit lain seperti 1 to (=18 liter), serta 1 koku (=180 liter) jarang digunakan melainkan di tempat membru serta pengeluaran sake.

Unit keluasan, "jyo"

Unit keluasan, "jyo"

Unit ini merupakan unit mewakili luas yang unik dari Jepun. Ianya berasaskan kepada saiz "tatami", iaitu simbol bilik ala Jepun dan dikira dengan menggunakan unit "jyo". 1 jyo bersamaan lebih kurang 1.6 meter persegi. Manakala unit "tsubo" digunakan untuk mengukur keluasan tanah. 1 tsubo bersamaan dengan 3.31 meter persegi.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini