Iklim dan 4 musim di Jepun

Iklim dan 4 musim di Jepun

Update:

Terdapat 4 iklim di Jepun dan kesemua musim mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.

Ciri topografi dan iklim di Jepun

Walaupun negara Jepun adalah sempit, ianya berbentuk kecil dan memanjang. Di bahagian utara, wilayah "Hokkaido" beriklim subartik (musim sejuk yang berlarutan dan amat dingin, serta musim panas yang singkat dan nyaman), di bahagian selatan wilayah "Okinawa" adalah beriklim subtropika (panas sewaktu musim dingin dan suhu yang tinggi sepanjang musim panas) manakala di wilayah yang lain adalah beriklim sederhana. Di kawasan tengah Pulau Honshuu pula terdapat jajaran gunung dari utara ke selatan. Bahagian timur yang menghadap Lautan Pasifik akan menerima hujan yang banyak pada musim panas manakala bahagian selatan yang menghadap Laut Jepun akan menerima salji yang banyak pada musim sejuk.

Ciri musim bunga

Seperti juga musim luruh, bulan 3 hingga bulan 5 merupakan musim yang paling ideal sepanjang tahun. Selain mengingatkan tentang kehidupan, "Hanami Sakura" juga dapat dilihat ketika musim ini yang mana ianya merupakan tradisi bermusim di Jepun. Pada musim ini juga dapat merasai hari yang panas, tetapi disebabkan corak tekanan udara yang hampir sama dengan musim sejuk, suhu jugak dapat turun dan menjadi sejuk secara mendadak keesokan harinya.

Ciri musim panas

Musim panas pada bulan 6 hingga 8 merupakan musim yang panas dan lembab dan mempunyai kadar kelembapan yang tinggi. Suhu purata musim panas di Jepun mungkin dirasakan tidak terlalu panas namun disebabkan kadar kelembapan yang tinggi, suhu yang dirasai oleh badan akan terasa lebih panas dan lembap.

Musim hujan

Di Jepun, "Tsuyu" iaitu musim hujan akan berterusan bermula pada penghujung bulan 5 hingga pertengahan bulan 7. Setiap tahun pada musim hujanketika "tsuyu" ini, pola tekanan udara di Jepun akan menerima paras tekanan yang hampir sama daripada "Okhotsk High" dan "Pacific High" yang disebabkan oleh pergerakan cuaca yang tidak berubah. Suhu dan kadar kering dan lembap yang meningkat akan menyebabkan hujan turun dengan banyak dan waktu ketika ini adalah tidak sesuai untuk para pelancong. Cuaca yang pegun akan mula bergerak dari selatan ke utara. Kawasan selatan Jepun akan lebih cepat menerima musim hujan. Kawasan kepulauan Jepun akan dilanda "tsuyu" kira-kira 1 bulan sebelum ianya bergerak ke arah utara. Tetapi di wilayah Hokkaido tidak akan mengalami "tsuyu". Apabila tamat "tsuyu", musim panas yang sebenar akan bermula.

Ciri musim luruh

Seperti musim bunga, musim luruh pada bulan 7 hingga 9 merupakan iklim paling ideal. Perbezaan antara panas dan sejuk menjadi besar sama seperti musim bunga dan hari-hari yang bercuaca baik akan berterusan. Musim daun luruh (dedaun bertukar warna menjadi merah, kuning, coklat dan sebagainya dan kemudian akan luruh) juga akan tiba dan kawasan tumpuan untuk melihat daun luruh akan dipenuhi oleh para pengunjung pada hujung minggu.

Musim taufan

Taufan biasanya tiba sekitar bulan 8 hingga 9. Jika berada di kawasan laluan taufan, aktiviti luar mungkin tidak dapat dilakukan antara 1 hingga 2 hari disebabkan angin dan hujan yang kuat. Perkhidmatan pengangkutan awam juga mungkin akan tergendala.

Ciri musim sejuk

Cuaca sejuk ekstrem akan tiba pada musim sejuk dari bulan 12 hingga 2. Terutamanya kawasan Tokai dan Hokuriku yang menghadap Laut Jepun akan menerima salji setebal beberapa meter. Kawasan yang menghadap Lautan Pasifik tidak menerima salji namun hari cerah bercuaca sejuk akan berterusan.

Akhir kata

Marilah melancong dengan selesa setelah mengetahui tentang 4 musim di Jepun iaitu kelembapan yang tinggi sewaktu musim panas atau musim hujan, taufan dan juga salji di musim sejuk,

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini