Gerak isyarat masyarakat Jepun.

Gerak isyarat masyarakat Jepun.

Update: 27 September 2016

Setiap negara mempunyai bahasa tubuh ataupun gerak isyarat yang berbeza, begitu juga Jepun. Ojigi (menundukkan tubuh), cara percakapan yang berlapis-lapis dalam penyampaian , serta reaksi bunyi yang diberikan sewaktu berkomunikasi akan diterangkan melalui gambar.

Ojigi dalam kehidupan seharian.

Pertama sekali, masyarakat Jepun sering mengamalkan Ojigi dalam kehidupan seharian. Ojigi juga merupakan sapaan apabila berhadapan dengan orang lain. Sekiranya tidak melakukan Ojigi, kita mungkin akan dianggap "tidak beradab". Orang yang sering merendah diri dianggap sebagai seorang yang beradab.

Cara melakukan Ojigi

Condongkan badan lebih kurang 45 darjah. Bagi lelaki, tangan diletakkan lurus di sisi manakala bagi wanita kedua-dua tangan diletakkan di hadapan tubuh secara bertindih.

Menunjuk kepada diri sendiri

Masyarakat luar sering menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang aneh. Apabila menyebut tentang diri sendiri, di luar negara, biasanya tapak tangan diletakkan di dada tetapi di Jepun, penggunaan jari untuk menunjuk ke arah diri sendiri digunakan secara meluas. Kebiasaannya kawasan yang ditunjuk ialah di kawasan berhampiran hidung.

Memanggil menggunakan isyarat tangan

Memanggil menggunakan isyarat tangan juga agak berbeza. Tapak tangan diarahkan ke arah pasangan, keluarkan tangan sedikit ke hadapan lalu menggerakkan tangan ke atas dan ke bawah. Di luar negara, arah tapak adalah bertentangan di mana tapak tangan menghadap ke arah diri sendiri dan menggerakkan tangan ke hadapan dan ke belakang. Gerakan sebegini juga digunakan di Jepun tetapi jarang digunakan sewaktu memanggil orang.

Menggerak-gerakkan tangan di hadapan muka

Menggerak-gerakkan tangan di hadapan muka merupakan isyarat "tidak". Isyarat ini bermaksud "bukan saya" atau "bukan" jika digunakan dalam keadaan di mana kita dicuragai, dan bermaksud "tidak boleh" sekiranya digunakan dalam keadaan ingin mengesahkan boleh atau tidak boleh. Ia juga bermaksud "tidak perlu" jika dilakukan semasa ditawarkan sesuatu servis.

Penggunaan "aidzuchi"

Di Jepun, sewaktu mendengar orang lain bercakap, bagi memberi isyarat bahawa kita sedang mendengar, kita hendaklah melakukan "aidzuchi"- anggukan. Perkara yang mungkin mengejutkan ialah kekerapan penggunaannya. Sewaktu bercakap dengan mereka yang tidak begitu fasih berbahasa Jepun juga ianya digunakan bagi menandakan bahawa mereka faham apa yang sedang diperkatakan.

Gerakan mengira

Sewaktu mengira nombor, orang Jepun selalunya membengkokkan jari. Bermula dari ibu jari, jari telunjuk, jari tengah, jari manis, jari kelingking, dan diakhiri dengan jari-jari yang membentuk penumbuk.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini