Kepelbagaian fesyen Jepun dan sejarahnya.

Kepelbagaian fesyen Jepun dan sejarahnya.

Update: 16 November 2016

Apabila disebut tentang Jepun, anda mungkin terfikir tentang "Kimono", "Hakama" dan "Yoroikabuto". Ataupun, anda mungkin juga terbayangkan "Shinjuku Girl" yang memakai pakaian berwarna-warni. Di sini kami akan memperkenalkan kepelbagaian budaya fesyen Jepun ini.

Sejarah pakaian kebangsaan tradisional Jepun

Sejarah pakaian kebangsaan tradisional Jepun

Masyarakat Jepun pada zaman purba menggunakan pakaian yang mudah didapati, seperti daripada kulit haiwan yang diperoleh hasil daripada buruan. Selepas itu, dengan pembangunan tamadun dan perhubungan dengan negara-negara lain, masyarakat Jepun mula memakai pakaian yang diproses dengan kain. Pada Zaman Pertengahan, mereka mula memakai "Kimono" yang merupakan fesyen unik Jepun. Kemudian mula wujudnya pakaian indah yang digelar "jūnihitoe" iaitu kimono istiadat dua belas-lapis yang khusus untuk golongan bangsawan. Kain dalam pelbagai warna dilapis-lapiskan untuk menggambarkan musim dan pemandangan. Dalam kalangan rakyat biasa pula, "Kosode" iaitu baju yang diperbuat menggunakan rami dipakai secara meluas.

Kimono zaman kini

Kimono zaman kini

Pakaian berubah seiring dengan perkembangan teknologi dan peredaran zaman. Pada zaman perang pula, pakaian yang memudahkan pergerakan banyak dipakai. Tanpa mengira jantina mahupun status sosial, "Kosode" telah menjadi pakaian utama masyarakat Jepun. Apabila budaya di Eropah Barat mula memasuki Jepun, warna fabrik juga berubah dengan ketara, sehingga "Kosode" yang berwarna-warni dan mengandungi corak mula menjadi popular. Pada masa itu, kain kukuh yang panjang dan lebar untuk membalut tubuh yang menyerupai "kimono" masa kini telah mula dihasilkan.

Remaja 10-an yang mementingkan gaya fesyen

Remaja 10-an yang mementingkan gaya fesyen

Selain daripada remaja yang bergaya sakan dengan pakaian "Pop Culture Jepun" yang menyerlah, fesyen wanita turut mempunyai kepelbagaian jenis mengikut citarasa individu masing-masing. Disebabkan jurang perbezaan bentuk tubuh di antara lelaki dan perempuan yang sedikit atau hampir tiada, ada juga yang mengamalkan fesyen "Genderless" iaitu fesyen tidak mengira jantina.

Golongan 20-an yang bekerjaya

Golongan 20-an yang bekerjaya

Ramai wanita 20-an yang menggemari barangan berjenama. Dalam pelbagai jenis fesyen, masih ada yang menggemari barangan comel dalam berfesyen. Bagi lelaki, seluar pendek paras lutut dan seluar panjang yang kecil amat popular pada musim panas. Fesyen berlapis juga boleh dikatakan antara ciri-ciri utama fesyen lelaki Jepun.

Golongan 30-an yang mengalami perubahan dari segi pakaian dan gaya hidup

Golongan 30-an yang mengalami perubahan dari segi pakaian dan gaya hidup

Selaras dengan perubahan gaya hidup golongan 30-an, fesyen mereka lebih santai dan tenang. Bagi wanita, berbanding pakaian yang menyerlahkan bentuk tubuh, mereka lebih menggemari fesyen yang menutupi tubuh tetapi bergaya. Bagi lelaki pula, di luar waktu bekerja, jaket, kemeja yang mempamerkan kekemasan diri amat popular. Pakaian yang menyerlahkan bentuk tubuh juga dapat didapati tetapi pakaian yang dapat memberikan impresi yang positif serta kemas ialah ciri-ciri utamanya.

Golongan 40-an yang berada di persimpangan kehidupan

Golongan 40-an yang berada di persimpangan kehidupan

Ramai golongan 40-an yang mempunyai dilemma dalam berpakaian. Golongan pada usia ini perlu memikirkan jenis pakaian dan juga bentuk tubuh. Golongan ini kebanyakannya tidak begitu memikirkan soal fesyen, bahkan semakin ramai yang memakai baju yang lebih besar daripada saiz sebenar. Bagi mereka yang sensitif tentang fesyen, mereka akan menggabungkan produk-produk berjenama dan popular dalam menggayakan diri. Bagi kedua-dua lelaki dan wanita, penjagaan dari penuaan juga semakin popular, oleh itu terdapat juga mereka yang memakai fesyen yang lebih muda daripada usia sebenar.

Generasi "bubble" 50-an (golongan yang pernah melalui zaman kegemilangan ekonomi Jepun)

Generasi "bubble" 50-an (golongan yang pernah melalui zaman kegemilangan ekonomi Jepun)

Golongan pada usia ini mula memasuki fasa kehidupan dan kewangan yang kukuh. Mereka merupakan golongan yang pernah melalui zaman kegemilangan ekonomi Jepun dan biasanya sangat mengambil berat soal fesyen. Pakaian fesyen mewah hasil pengaruh dari Barat, pakaian yang diperbuat daripada bahan organik serta fesyen yang mempamerkan identiti sendiri sangat disukai. Tetapi, terdapat juga kaum lelaki yang hilang minat terhadap fesyen dan hanya memakai pakaian yang dipilih oleh pasangan mereka.

Fesyen bagi golongan 60-an dan ke atas

Fesyen bagi golongan 60-an dan ke atas

Antara nilai-nilai masyarakat Jepun yang sering diperkatakan ialah "rendah hati". Nilai ini dapat dilihat dengan jelas dalam fesyen yang diamalkan oleh mereka golongan senior ini. Fesyen golongan ini biasanya tidak mencolok mata, dengan warna kelabu, beige, coklat dan warna-warna sederhana seumpamanya banyak digunakan. Tetapi, golongan senior yang menyukai fesyen juga bertambah. Kini, tidak begitu ramai mereka yang masih memakai pakaian tradisional Jepun iaitu "Kimono" walaupun masih terdapat segelintir golongan senior yang memakai "Kimono" dalam kehidupan seharian.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini