Amat berguna! Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing

Amat berguna! Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing

Update:

Terdapat tiket pengangkutan yang menjanjikan tawaran yang baik untuk para pelancong dari luar negara. Ia amatlah disyorkan untuk mereka yang ingin melawati pelbagai tempat menarik dalam tempoh penginapan yang terhad.

Di manakah tiket pengangkutan untuk pelancong asing boleh didapati?

Di manakah tiket pengangkutan untuk pelancong asing boleh didapati?

Anda perlulah berhati-hati kerana tempat jualan tiket pengangkutan untuk pelancong asing berbeza mengikut syarikat kereta api. Sekiranya sudah mempunyai tempat tertentu yang ingin dilawati, dapatkan maklumat berkaitan syarikat kereta api tersebut. Disebabkan terdapat juga tiket kereta api yang tidak boleh didapati di mana-mana sahaja stesen kereta api, anda perlu pergi ke kaunter khas yang menjual tiket kepada para pelancong asing.

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada East Japan Railway(JR-East)

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada East Japan Railway(JR-East)

"JAPAN RAIL PASS" daripada East Japan Railway (JR) amat berguna sekiranya ingin bergerak ke seluruh Jepun dengan menggunakan kereta api dan bas. Pas ini boleh digunakan untuk menaiki pengangkutan kumpulan JR seperti Shinkansen, kereta api ekspres terhad, kereta api ekspres, kereta api ekspres transit, kereta api tempatan, bas JR bagi setiap laluan tempatan, dan Feri Miyajima JR-West. Tidak dapat digunakan di sesetengah kereta api. "JAPAN RAIL PASS" tidak boleh dibeli di Jepun. Anda perlu membeli resit pertukaran terlebih dahulu di pejabat ejen sebelum pergi ke Jepun, dan menukarkan resit tersebut kepada pas di kaunter pertukaran yang terletak di stesen-stesen utama JR. Terdapat 2 jenis pas iaitu gerabak khas dan gerabak biasa untuk tempoh penggunaan sama ada 7 hari, 14 hari atau 21 hari.

Selain itu, terdapat tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing yang terhad untuk sesetengah kawasan. Misalnya, "N'EX TOKYO Round Trip Ticket" ialah tiket diskaun bagi perjalanan pergi balik ke lapangan terbang Narita dan "JR TOKYO Wide Pass" iaitu tiket dengan tempat duduk khusus yang membolehkan anda bebas untuk naik dan turun di kawasan-kawasan terkenal seperti Gunung Fuji dan Echigoyuzawa dalam tempoh 3 hari.

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Tokyo Metro, Keikyu Railway dan Tokyo Metropolitan Bureau of Transportation

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Tokyo Metro, Keikyu Railway dan Tokyo Metropolitan Bureau of Transportation

Keikyu Railway yang menghubungkan Lapangan Terbang Haneda dengan bandar Tokyo menawarkan "WELCOME´╝üTokyo Subway Ticket". Tiket ini merupakan set 2 tiket iaitu tiket perjalanan Keikyu Line dari stesen "Haneda Airport International Terminal" ke "Sengakuji" dan tiket tanpa had untuk kesemua laluan kereta api di bawah tanah Toei dan Tokyo Metro selama 1 hingga 3 hari. Anda boleh memilih tiket sehala atau pergi balik untuk Keikyu Line dengan harga tiket dewasa dari 1,200 JPY hingga 2,200 JPY. Tiket ini boleh dibeli di Tourist Information Center (Keikyu TIC) yang terletak di tingkat 2 stesen "Haneda Airport International Terminal".

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Keisei Electric Railway

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Keisei Electric Railway

Keisei Electric Railway yang menguruskan perkhidmatan kereta api tanpa henti di Lapangan Terbang Narita menawarkan "Keisei Skyliner & Tokyo Subway Ticket." Anda boleh menggunakan 9 laluan Skyliner & Tokyo Metro dan 4 laluan Toei Subway tanpa had selama 1 hingga 3 hari. Dengan tiket ini, anda boleh melawat hampir seluruh Tokyo. Anda juga boleh memilih perjalanan sehala atau dua hala serta tempoh penggunaan tiket sama ada 1, 2 atau 3 hari untuk kereta api jenis Skyliner. Harga tiket dewasa adalah dari 2,800 JPY hingga 5,400 JPY. Tiket ini boleh dibeli di kaunter jualan tiket Keisei Line yang boleh didapati di stesen kereta api "Lapangan Terbang Narita" dan "Terminal 2 Lapangan Terbang Narita". Satu tiket hanya terhad kepada seorang pengguna sahaja. Tiket ini boleh didapati di ejen pelancongan tempatan di Korea, Taiwan dan Hong Kong, dan di dalam sesetengah kapal terbang LCC Jepun.
Sekiranya anda membeli tiket sebelum tiba di Jepun, anda perlu menukarkan baucar tersebut dengan tiket perjalanan di Lapangan Terbang Narita.

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Seibu Railway

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Seibu Railway

Tiket "SEIBU RAIL PASS" daripada Seibu Railway khusus untuk pelancong asing dan boleh dibeli dengan harga 700 JPY untuk perjalanan pergi balik dari stesen kereta api Seibu Shinjuku Line "Seibu Shinjuku" atau stesen "Takadanobaba" ke stesen "Honkawagoe" di Saitama. Tiket ini amatlah disyorkan untuk mereka yang ingin menjejakkan kaki ke Saitama kerana harga sebenar tiket ini adalah lebih kurang 2,000 JPY. Tiket ini boleh dibeli di stesen "Seibu Shinjuku" dan stesen "Takadanobaba." Untuk pelancong dari Taiwan pula, terdapat pakej "Creative Travel Agency" yang turut memasukkan tiket ini bersama pakej pelancongan.

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Tobu Railway

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Tobu Railway

Tobu Railway menawarkan 4 jenis tiket khusus untuk pelancong asing. Tiket ini boleh digunakan untuk perjalanan ke Nikko atau Kawagoe dari pusat bandar Tokyo.

-Perjalanan arah Nikko
Terdapat 3 jenis tiket iaitu "2 DAY NIKKO PASS" yang membolehkan pelancong menikmati keindahan Nikko sebagai tapak warisan dunia selama 2 hari, "KINUGAWA THEME PARK PASS" yang turut dikepilkan bersama dengan tiket masuk ke "Edo Wonderland" atau "Tobu World Square" atau kedua-duanya, dan "ALL NIKKO PASS" yang boleh digunakan selama 4 hari untuk menikmati keindahan Kinugawa sepenuhnya. Mana-mana tiket tersebut perlulah ditukar di "Perkhidmatan Pelancongan Tobu, Stesen Tobu Asakusa" selepas tempahan dibuat.

-Perjalanan arah Kawagoe
"KAWAGOE DISCOUNT PASS" bukan sahaja menawarkan potongan harga tiket kereta api dari Ikebukuro ke Kawagoe malah turut memberikan potongan harga di 5 buah kedai yang telah ditetapkan. Tiket ini hanya boleh dibeli di "Stesen Ikebukuro" laluan Tojo dan di " Tobu Top Tours cawangan Stesen Ikebukuro".

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Bas Limousin

Tiket pengangkutan khas untuk pelancong asing daripada Bas Limousin

Bas Limousin menawarkan tiket diskaun khas pelancong asing untuk pengangkutan bas dari lapangan terbang. Tiket "Welcome to Tokyo Airport Limousine Bus Return Voucher" boleh dibeli dengan harga 4,500 JPY untuk perjalanan pergi balik. Perjalanan bermula dari Lapangan Terbang Narita dan penumpang boleh turun di mana-mana perhentian bas di Tokyo. Tiket ini boleh dibeli di "kaunter tiket Bas Limousin di balai ketibaan Lapangan Terbang Narita" atau di mana-mana syarikat pelancongan luar negara yang mempunyai kontrak.

Peringatan

Peringatan

Harga tiket juga bergantung kepada tarikh luput tiket tersebut. Setiap syarikat juga mempunyai tempat jualan dan cara tempahan yang berbeza-beza. Sila berhati-hati kerana kebanyakan tiket hanya boleh dibeli di tempat-tempat tertentu sahaja. Segala maklumat boleh didapati di laman web, namun jika terdapat sebarang keraguan, sila berkunjung ke kaunter yang disediakan. Selain itu, kebanyakan urusan pembelian tiket juga memerlukan pengenalan diri seperti pasport, oleh itu jangan lupa untuk membawa pasport bersama anda.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini