Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.

Berbaloi jika digunakan dengan bijak! Pelbagai jenis tiket untuk perjalanan 1 hari.

Update:

Tiket perjalanan 1 hari yang dikeluarkan oleh setiap syarikat kereta api, jika digunakan dengan baik akan dapat menjimatkan kos perjalanan. Jadi marilah membuat pilihan yang bijak dan manfaatkan kegunaannya dengan sebaik mungkin!

Apakah itu tiket perjalanan 1 hari?

Apakah itu tiket perjalanan 1 hari?

Tiket perjalanan 1 hari adalah tiket yang dikeluarkan oleh syarikat kereta api atau bas bagi membolehkan pengguna menggunakan kemudahan pengangkutan mengikut laluan yang telah ditetapkan tanpa had dalam tempoh sehari.

Cara membeli dan menggunakan tiket perjalanan 1 hari

Cara membeli dan menggunakan tiket perjalanan 1 hari

Tiket perjalanan 1 hari boleh dibeli di mesin jualan tiket automatik ataupun di kaunter jualan, bergantung kepada syarikat yang mengeluarkannya. Pada asasnya, tiket ini membolehkan pengguna menaiki kenderaan awam syarikat tesebut tanpa had dalam tempoh 1 hari. Setelah membeli tiket ini, pengguna boleh masuk ke platform sama ada dengan memasukkan tiket ke dalam pintu tiket automatik ataupun dengan menunjukkan tiket tersebut kepada kakitangan stesen yang bertugas di pintu tiket. Tiket yang disertakan dengan tawaran istimewa membolehkan pengguna mendapatkan tawaran istimewa selama 1 hari di kedai-kedai terpilih.

Berikut ialah pengenalan kepada tiket perjalanan 1 hari yang utama.

Tiket perjalanan 1 hari oleh East Japan Railway (JR) (di dalam kawasan Tokyo)

Tiket perjalanan 1 hari oleh East Japan Railway (JR) (di dalam kawasan Tokyo)

JR amat sesuai digunakan untuk perjalanan yang meliputi kawasan yang luas dan bertumpu di bandar Tokyo. Terdapat pelbagai jenis tiket perjalanan 1 hari ada disediakan.

・ Tokunai Pass (Pas Kawasan Tokyo Metropolitan)
Tokunai Pass membolehkan pengguna bebas menaiki kereta api tempatan JR (termasuk ekspres) gerabak biasa bagi perjalanan di dalam 23 daerah Tokyo.

・ Tokyo Furii Kippu (Tiket Pelancongan Tokyo)
Tokyo Furii Kippu membolehkan pengguna bebas menaiki kereta api tempatan JR (termasuk ekspres) gerabak biasa untuk perjalanan di dalam 23 daerah Tokyo termasuk Tokyo Metro bagi semua laluan, Toei Subway bagi semua laluan, Nippori-Toneri Liner, Toden (Toei Streetcar), dan Tobus (Toei Bus) tanpa had.

・ Kyujitsu Odekake Pass (Pas Perjalanan Hari Cuti)
Boleh digunakan pada hujung minggu, cuti umum, serta pada 29 April hingga 5 Mei, 20 Julai hingga 31 Ogos, dan 29 Disember hingga 3 Januari. Kereta api ekspres dan shinkansen (kereta api laju Jepun) juga boleh digunakan dengan bayaran tambahan.

Tiket-tiket boleh dibeli di mesin jualan tiket khas ataupun di Pejabat Tiket JR (Midori-no-Madoguchi) yang terdapat di setiap stesen JR.

Tiket perjalanan 1 hari oleh Tokyo Metro

Tiket perjalanan 1 hari oleh Tokyo Metro

Memandangkan perkhidmatan Tokyo Metro meliputi keseluruhan 23 daerah Tokyo, terdapat banyak tiket perjalanan 1 hari yang disediakan bagi memudahkan aktiviti pelancongan di dalam bandar.

・ Tiket 24 jam Tokyo Metro
Tiket ini membolehkan pengguna bebas menaiki kereta api Tokyo Metro bagi semua laluan dalam tempoh masa 24 jam dari masa tiket mula digunakan. Sebagai contoh, sekiranya tiket mula dimasukkan ke dalam pintu tiket automatik pada jam 15:00, tiket tesebut boleh digunakan sehingga jam 15:00 hari berikutnya.

・Tiket Tokyo Subway(24 jam hingga 72 jam)
Tiket ini membolehkan pengguna bebas menaiki kereta api Tokyo Metro bagi semua laluan dan Toei Subway bagi semua laluan dalam tempoh masa 24 jam hingga 72 jam dari masa tiket mula digunakan.

・ Tokyo Furii Kippu (Tiket Pelancongan Tokyo)
Tiket ini membolehkan pengguna bebas menaiki kereta api Tokyo Metro bagi semua laluan, Toei Subway bagi semua laluan, Toden (Toei Streetcar), Tobus (Toei Bus) (tidak termasuk bas lewat malam dan bas dengan tempat duduk khas), dan Nippori-Toneri Liner, termasuk kereta api JR bagi laluan di dalam Tokyo dalam tempoh sehari.

Tiket-tiket boleh dibeli di mesin jualan tiket automatik di setiap stesen Tokyo Metro.

Tiket perjalanan 1 hari oleh Biro Pengangkutan Tokyo Metropolitan

Tiket perjalanan 1 hari oleh Biro Pengangkutan Tokyo Metropolitan

Biro Pengangkutan Tokyo Metropolitan menguruskan operasi kereta api Toei Subway dan Toden (Toei Streetcar). Toei Subway menawarkan tiket perjalanan 1 hari yang boleh digunakan di kawasan-kawasan utama di Tokyo seperti Asakusa, Shinjuku, Shibuya dan sebagainya. Toden pula menawarkan tiket perjalanan 1 hari yang boleh digunakan untuk melancong ke bandar-bandar lama di Tokyo.

・Toei Marugoto Kippu (Tiket 1 Hari Toei)
Membolehkan pengguna manaiki kereta api Toei Subway, Toden Arakawa Line , Tobus, dan Nippori-Toneri Liner tanpa had selama 1 hari.

・Tiket 1 Hari Toden
Membolehkan menaiki kereta api Toden Arakawa Line tanpa had selama 1 hari. Terdapat beberapa keistimewaan turut disertakan.

・Tiket IC 1 Hari Toden
Kawasan penggunaan adalah sama dengan Tiket 1 Hari Toden tetapi dibeli dengan menggunakan kad IC seperti PASMO dan Suica. Walaupun tiada keistimewaan turut disertakan, oleh kerana ianya menggunakan kad IC, pengguna tidak perlu bersusah payah mengeluarkan tiket setiap kali ingin menggunakannya.

Tiket perjalanan 1 hari untuk Toei Subway boleh dibeli di mesin jualan tiket automatik yang terdapat di setiap stesen ataupun di dalam Toden atau Tobus.Tiket IC 1 Hari Toden pula boleh dibeli di dalam kereta api Toden atau di kaunter jualan.

Tiket perjalanan 1 hari oleh Tokyu Corporation

Tiket perjalanan 1 hari oleh Tokyu Corporation

Tokyu Corporation menyediakan tiket perjalanan 1 hari yang berbeza-beza mengikut kawasan yang ingin dilawati.

・ Tokyu One Day Open Ticket (Tiket Perjalanan 1 Hari Tokyu)
Boleh digunakan tanpa had di kesemua laluan Tokyu.

・ Triangle Ticket (Tiket Segitiga)
Tiket perjalanan 1 hari tanpa had di kawasan ""Triangle Area"" iaitu tiga tempat terkenal; Shibuya, Jiyugaoka dan Futako-Tamagawa.

・ Tokyu Enoshima/ Kamakura Free Pass (Tiket Tokyu ke Enoshima dan Kamakura)
Tiket diskaun ini merupakan set "perjalanan pergi balik dari mana-mana stesen Tokyu laluan Den-en-toshi ke stesen Chuorinkan", "perjalanan pergi balik kereta api Odakyu laluan Enoshima dari stesen Chuorinkan ke stesen Fujisawa + bebas naik dan turun di mana-mana stesen dari stesen Fujisawa hingga stesen Katase-Enoshima selama 1 hari" dan "bebas naik dan turun di mana-mana stesen laluan Enoshima". Diskaun istimewa untuk kemudahan tertentu turut disertakan.

Tiket-tiket boleh dibeli di kebanyakan mesin jualan tiket automatik yang terletak di setiap stesen kereta api Tokyu. Namun, ada sesetengah stesen serta stesen laluan Setagaya yang tidak menjual tiket ini.

Tiket Perjalanan 1 Hari oleh Keikyu Corporation

Tiket Perjalanan 1 Hari oleh Keikyu Corporation

Tiket perjalanan 1 hari oleh Keikyu Corporation boleh dibahagikan kepada kegunaan pengangkutan dari lapangan terbang dan kegunaan untuk pelancongan.

・ Tokyo 1-Day Ticket (Tiket 1 Hari Tokyo)
Tiket diskaun ini merupakan set perjalanan selama 1 hari untuk laluan pergi balik dari stesen laluan Keikyu hingga Shinagawa (bebas naik dan turun di antara Shinagawa hingga Sengakuji), kesemua laluan Toei Subway, Nippori-Toneri Liner dan Tobus (kecuali sesetengah kawasan).

・ Keikyu Haneda/Subway Common Pass (Pas Umum Keikyu Haneda/ Subway)
Tiket diskaun ini merupakan set perjalananan sehala dari stesen "Haneda Airport Domestic Terminal" atau "Haneda Airport International Terminal" ke stesen "Sengakuji" serta perjalanan tanpa had untuk kesemua laluan Toei Subway dan Tokyo Metro.

Tiket perjalanan 1 hari dari Lapangan Terbang Haneda ada dijual di mesin jualan tiket automatik yang terdapat di stesen kereta api Keikyu di Lapangan Terbang Haneda. Lain-lain tiket boleh dibeli di mesin jualan tiket automatik yang terletak di setiap stesen kereta api Keikyu.

Tiket perjalanan 1 hari oleh Tobu Railway

Tiket perjalanan 1 hari oleh Tobu Railway

Tobu Railway menjual tiket diskaun perjalanan yang terdiri daripada tempat pelancongan yang perlu dikunjungi di Tokyo.

・ TOKYO SKYTREE (R) Shuhen Sansaku Free Ticket (Tiket Pelancongan di Kawasan Sekitar TOKYO SKYTREE)
Tiket perjalanan 1 hari yang boleh digunakan untuk melawat kawasan di sekitar TOKYO SKYTREE dan Asakusa.

・ Asakusa Shitamachi Free Ticket (Tiket Pelancongan Bandar Lama Asakusa)
Tiket perjalanan 1 hari untuk menaiki bas ""Megurin"" mengelilingi kawasan lama yang dipanggil ""Shitamachi"" di Tokyo. Bebas naik dan turun di sepanjang perjalanan dari Kita-Senju ke Asakusa, dari Hikifune ke Kameido, dan dari Hikifune ke Oshiage.

Tempat membeli tiket berbeza mengikut jenis tiket malahan ada juga tiket yang hanya boleh dibeli di kaunter Tobu Top Tours sahaja. Tempoh sahlaku tiket ialah 1 hari.

Tiket perjalanan 1 hari oleh Odakyu Electric Railway

Tiket perjalanan 1 hari oleh Odakyu Electric Railway

Odakyu Electric Railway menjual tiket perjalanan 1 hari untuk berkunjung ke kawasan pelancongan yang terkenal di sekitar Kanagawa.

・ Odakyu/Setagaya-sen Sansaku Kippu (Tiket Pelancongan Laluan Odakyu dan Setagaya)
Penggunaan kereta api laluan Odakyu dan laluan Setagaya tanpa had. Pengunjung berpeluang menikmati suasana di pinggiran bandar.

・ Hakone-Kyukaido/ Ichi-go-sen Kippu (Tiket Pelancongan ke Hakone melalui jalan lama dan laluan nombor 1)
Terdiri daripada tiket diskaun pergi dan balik Odakyu serta membolehkan penggunaan Hakone Tozan Railway dan Hakone Tozan Bus tanpa had.

Tiket-tiket boleh dibeli di mesin jualan tiket automatik di setiap stesen ataupun di semua Odakyu Sightseeing Service Center (Pusat Servis Pelancongan Odakyu). Bergantung kepada jenis tiket, ada tiket yang hanya boleh dibeli di kaunter jualan di stesen tertentu sahaja.

Tiket perjalanan 1 hari oleh Seibu Railway

Tiket perjalanan 1 hari oleh Seibu Railway

Seibu Railway menjual tiket perjalanan 1 hari bagi memudahkan pelancong berkunjung ke tempat-tempat yang terkenal di Saitama.

・Koedo-Kawagoe Free Coupons (Kupon Pelancongan ke Koedo-Kawagoe)
Pakej ini terdiri daripada tiket pergi dan balik dari mana-mana stesen kereta api Seibu ke stesen ""Hon-Kawagoe"" serta bebas menaiki Koedo Loop Bus (Bas Persiaran Koedo).

・Kawagoe Access Ticket (Tiket Masuk ke Kawagoe)
Set ini merangkumi tiket pergi dan balik dari stesen "Seibu-Shinjuku" dan stesen ""Takadanobaba"" ke stesen "Hon-Kawagoe" serta tiket ekspres terhad pergi dan balik. Pengunjung berpeluang menaiki kereta api ekspres terhad Koedo-go yang menyediakan tempat duduk tetap serta mempunyai kerusi yang dapat direbahkan.

・Chichibu 2 Day Pass (Tiket Pelancongan ke Chichibu)
Tiket ini merangkumi perjalanan pergi balik dari stesen laluan Seibu ke stesen "Seibu Chichibu", serta bebas naik dan turun di sepanjang perjalanan dari stesen "Ashigakubo " ke "Seibu Chichibu" dan penggunaan tanpa had Chichibu Railway (dari Nogami, Nagatoro hingga Mitsumineguchi) dalam tempoh 2 hari.

Tiket-tiket boleh dibeli di mesin jualan tiket automatik yang terdapat di semua stesen kereta api Seibu, manakala Kawagoe Access Ticket hanya boleh dibeli di stesen "Seibu-Shinjuku" dan stesen "Takadanobaba" sahaja.

Tiket perjalanan 1 hari oleh Keisei Electric Railway

Tiket perjalanan 1 hari oleh Keisei Electric Railway

Tiket perjalanan 1 hari oleh Keisei Electric Railway amat berguna bagi pengunjung yang ingin melawat ke bandar-bandar lama di Tokyo.

・Shitamachi-biyori Kippu (Tiket Pelancongan ke Bandar-bandar Lama)
Pengguna bebas untuk naik dan turun di mana-mana stesen kereta api Keisei yang terletak di kawasan Tokyo. Tiket ini juga boleh dibeli bersama set tiket pergi dan balik dari mana-mana stesen di Chiba pada harga yang ditetapkan. Tiket ini boleh dibeli di mesin jualan tiket automatik di setiap stesen laluan Keisei.

Tiket perjalanan 1 hari di Tokyo Bay Area

Tiket perjalanan 1 hari juga boleh didapati di stesen kereta api yang menghubungkan Tokyo Bay Area dengan Odaiba.

・Tiket perjalanan 1 hari "Yurikamome"
Boleh dibeli di mesin jualan tiket automatik yang terdapat di setiap stesen Yurikamome.

・Tiket perjalanan 1 hari "Rinkai Line"
Boleh dibeli di kaunter atau di sesetengah mesin jualan tiket automatik yang terdapat di setiap stesen Rinkai Line.

Akhir sekali

Terdapat banyak pilihan tiket perjalanan 1 hari sehingga tidak tahu untuk memilih yang mana satu. Terdapat juga pelbagai tiket lain yang tidak dinyatakan di sini. Anda bolehlah merujuk kepada laman sesawang untuk maklumat lanjut.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini