Tentang terminal-terminal kapal yang utama

Tentang terminal-terminal kapal yang utama

Update: 21 Februari 2017

Terminal penumpang menjadi pintu masuk utama bagi kapal pelancongan yang membawa penumpang dari luar negara ke Jepun dan juga kapal dagang yang menghubungkan sekitar ibu negara dan setiap kawasan di Jepun. Di sini kami akan memperkenalkan terminal kapal yang berada di sekitar Tokyo.

Terminal kapal Harumi

Terminal kapal Harumi

Terminal ini dibina pada tahun 1991 sebagai tanda memperingati ulang tahun ke-50 pembukaan pelabuhan Tokyo. Kapal-kapal mewah dari dalam dan luar negara Jepun berlabuh di situ, menjadikannya salah satu pintu masuk utama ke Tokyo. Terminal ini mempunyai 6 tingkat, tingkat ke-2 adalah ruangan imigresen dan istirehat manakala tingkat ke-3 adalah dek pemerhatian. Ketika ini, hanya kemudahan mesin layan diri untuk minuman dan makanan ringan sahaja disediakan di bangunan tersebut, jika ada keperluan lain, anda disyorkan untuk membeli-belah di luar terminal. Akses ke Ginza atau Tsukiji amatlah mudah kerana ia hanya mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan teksi.

Terminal kapal Takeshiba

Terminal kapal Takeshiba

Terminal ini digunakan sebagai tempat berlabuh dan berlepas bagi kapal yang menuju ke Izu atau Kepulauan Ogasawara. Dilengkapi dengan kemudahan seperti hotel, dewan perkahwinan, pejabat, restoran yang menyediakan makanan Jepun, Barat dan Cina, kafe, kedai runcit, kedai serbaneka, klinik, klinik gigi, bank ATM, pejabat pos, taman dan sebagainya.

Terminal kapal Aoumi

Terminal kapal Aoumi

Dibuka pada April 1966. Kebiasaannya terminal ini tidak dibuka, tetapi akan dibukakan khas bagi penggunaan dengan tempahan awal. Terminal ini terletak berhampiran Odaeba, iaitu salah satu tempat pelancongan yang terkenal dikalangan pelancong luar yang berkunjung ke Jepun. Sekitarnya juga terdapat muzium sains perkapalan, kolam air panas Ooedo dan Miraikan (muzium sains dan inovasi kebangsaan Jepun).

  • Aomi passenger ship terminal
    青海客船ターミナル
    • Address 2-8-11 Aomi, Koto-ku, Tokyo, 135-0064

Terminal feri pelabuhan Tokyo

Terminal feri pelabuhan Tokyo

Terminal ini memainkan peranan sebagai pusat laluan feri kereta untuk berlabuh dan berlepas yang menghubungkan kawasan metropolitan Tokyo dengan pelabuhan Mojiko di Kyushu dan pelabuhan Tokushima di Shikoku. Terminal ini juga terletak berhampiran Odaeba. Bangunan ini mempunyai 4 tingkat iaitu tempat masuk di tingkat 1, lobi tiket di tingkat 2 dan lobi tempat pertemuan di tingkat 3.

  • Tokyo port Ferry Terminal
    東京港フェリーターミナル
    • Address 4 Chome-8 Ariake Kōtō-ku, Tōkyō-to 135-0063 Japan

Terminal kapal antarabangsa Osanbashi di pelabuhan Yokohama

Terminal kapal antarabangsa Osanbashi di pelabuhan Yokohama

Terletak di Yokohama di mana sekitarnya adalah bandar metropolitan seperti Tokyo dan lain-lain. Terminal ini mampu memuatkan kapal pelayaran mewah antarabangsa yang besar dan menjadi pelabuhan bagi kapal pelayaran mewah berlepas. Dek pemerhatian berbumbung di tingkat 2 dilengkapi dengan restoran dan kafe. Dengan hanya berjalan kaki anda akan sampai ke tempat pelancongan yang terkenal seperti Taman Yamashita, Yokohama China Town dan lain-lain.

  • Osanbashi
    • Address 1-1-4, Kaigandori, Naka-ku, Yokohama-shi, Kanagawa, 231-0002
      View Map
    • Nearest Station Nihon-Odori Station (Minatomirai Line)
      7 minutes on foot
    • Phone Number 045-211-2304
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini