HOME Papan tanda jalan raya dan cara memandu di lebuh raya
Papan tanda jalan raya dan cara memandu di lebuh raya

Papan tanda jalan raya dan cara memandu di lebuh raya

Last updated: 31 Ogos 2020

Pengenalan tentang papan tanda jalan raya dan peringatan semasa memandu di lebuh raya. Jika anda mempunyai lesen memandu, sila memandu sambil memberi perhatian kepada papan tanda jalan raya.

Cara memasuki lebuh raya

Cara memasuki lebuh raya

Apabila memasuki lebuh raya, pastikan anda memasuki laluan arah “naik” atau “turun” yang betul. Tol berada di laluan masuk lebuh raya. Kebanyakan kereta di Jepun menggunakan sistem pembayaran tol automatik yang dipanggil “ETC”. Sekiranya kenderaan anda dilengkapi sistem ETC dan telah dimasukkan kad ETC, sila masuk laluan yang tertulis “ETC”. Palang akan terbuka secara automatik dan teruskan pemanduan. Bagi lorong yang bukan “ETC” tapi tertulis “一般 (biasa)” pada laluan tersebut, anda perlu mengambil tiket dari mesin automatic dan dari pegawai yang menjaga tol jika ada. Pastikan tiket ini sentiasa berada bersama anda, kerana ia diperlukannya semasa keluar dari lebuh raya.

Papan tanda jalan raya di lorong laluan masuk

Papan tanda jalan raya di lorong laluan masuk

“7,13,16” di sebelah kiri menunjukkan jarak perjalanan dari laluan masuk ke destinasi masing-masing. “40” di sebelah kanan pula bermaksud halaju 40km sejam yang perlu dipatuhi bermula dari laluan masuk. Papan tanda di sebelah kanannya pula menunjukkan nama laluan masuk lebuh raya. “620,1230” di bahagian paling kanan ialah kadar bayaran tol yang dikenakan. Ianya bermaksud kadar bayaran tol untuk kereta biasa ialah 620yen.

Dari laluan masuk hingga ke utama lebuh raya

Dari laluan masuk hingga ke utama lebuh raya

Di lebuh raya, kebanyakkan kenderaan seperti kereta dan lori akan dipandu lebih laju berbanding ketika berada di jalan biasa. Oleh itu, sila tingkatkan kelajuan kenderaan anda hingga mencapai kelajuan yang bersesuaian agar anda dapat memasuki lorong utama di lebuh raya dengan lancar. Adalah merbahaya jika memberhentikan kereta di lebuh raya. Had laju bagi kenderaan biasa ialah 100km sejam, manakala had laju bagi kereta yang enjin berkapasiti kecil ialah 80km sejam. Sila patuhi had laju yang ditetapkan bagi mengelakkan diri anda daripada disaman kerana memandu melebihi had laju.

Maksud setiap lorong

Maksud setiap lorong

Untuk jalan yang mempunyai beberapa lorong seperti 2 atau 3 lorong, lorong yang paling kanan merupakan “lorong memotong”. Namun, peraturan ini mungkin tidak terpakai bagi lebuh raya yang mempunyai lorong bersimpang-siur seperti di bandar-bandar besar. Walaupun sesetengah lorong tidak mempunyai sebarang tanda, secara umumnya, lorong sebelah kanan digunakan untuk memotong. Jangan memotong dari lorong sebelah kiri.

Kawasan rehat di lebuh raya

Kawasan rehat di lebuh raya

Sila berehat di “kawasan rehat” sekiranya berasa letih untuk meneruskan pemanduan. Semasa kembali ke lorong utama lebuh raya dari “kawasan rehat”, perhatikan papan tanda untuk kembali ke lorong utama lebuh raya supaya tidak tersalah masuk ke lorong yang berlawanan arah.

Keluar dari lebuh raya

Keluar dari lebuh raya

Ketika sampai di persimpangan destinasi anda, keluar dari lebuh raya melalui tol. Tol di sini juga terbahagi kepada dua lorong iaitu "lorong ETC" dan "lorong tunai".

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari