Memandu kereta di Jepun

Memandu kereta di Jepun

Update: 29 Mac 2017

Bagi anda yang ingin mengelilingi Jepun dengan melawat kawasan-kawasan luar bandar yang kaya dengan keindahan alam semulajadi, bergerak dengan menggunakan kereta adalah amat disyorkan.

Dokumen yang diperlukan untuk memandu kereta di Jepun

Dokumen yang diperlukan untuk memandu kereta di Jepun

Mana-mana daripada lesen memandu berikut adalah diperlukan untuk memandu kereta di Jepun.
・Lesen memandu Jepun
・Lesen memandu antarabangsa. Dikeluarkan berdasar kepada Konvensyen Geneva mengenai lalu lintas jalan raya. Lesen memandu antarabangsa yang berdasarkan selain daripada Konvensyen Geneva (Konvensyen Vienna 1968) tidak diterima.
・Lesen yang dikeluarkan di luar negara. Ianya hendaklah disertakan dengan terjemahan dalam Bahasa Jepun (Terkini terhad kepada negara Switzerland, Slovenia, Jerman, Perancis, Belgium, Monaco serta Taiwan ).
Namun begitu, perlu diingatkan bahawa tempoh sah memandu adalah dalam tempoh yang ditetapkan sahaja.

Peraturan lalu lintas di Jepun

Peraturan lalu lintas di Jepun

Laluan pejalan kaki adalah di sebelah kanan jalan, manakala kenderaan seperti kereta, motosikal dan basikal adalah di sebelah kiri jalan. Motosikal lebih diutamakan berbanding kenderaan bermotor seperti kereta, manakala pejalan kaki lebih diutamakan berbanding motosikal.

Memandu tanpa lesen atau memandu dalam keadaan mabuk adalah satu kesalahan

Memandu tanpa lesen atau memandu dalam keadaan mabuk adalah satu kesalahan

Mereka yang tidak mempunyai lesen memandu atau dalam keadaan mabuk adalah dilarang sama sekali untuk memandu kereta. Sekiranya anda dalam keadaan mabuk, anda digesa supaya menggunakan perkhidmatan pemandu yang disediakan. Selain itu, pemandu dan semua penumpang diwajibkan memakai tali pinggang keledar manakala kanak-kanak berusia 6 tahun ke bawah pula diwajibkan menggunakan kerusi kereta kanak-kanak.

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah satu kesalahan

Penggunaan telefon bimbit semasa memandu adalah satu kesalahan

Dilarang menggunakan telefon bimbit semasa memandu. Bercakap melalui telefon, melihat skrin telefon dan memegang telefon di tangan juga boleh mengakibatkan anda didenda. Jika anda ingin menggunakan telefon bimbit, sila pastikan keselamatan sekeliling dan berhentikan kereta terlebih dahulu sebelum menggunakan telefon bimbit.

Hon

Hon

Di Jepun, hon hanya boleh dibunyikan ketika dalam keadaan bahaya. Hon tidak boleh dibunyikan sebarangan.

Jarak yang sesuai antara kenderaan

Jarak yang sesuai antara kenderaan

Pastikan jarak yang selamat antara kenderaan semasa memandu atau dalam kesesakan trafik. Sekiranya berlaku ebarang perlanggaran, mpak kemalangan dapat dikurangkan dengan mengekalkan jarak selamat kenderaan anda.

Lampu kecemasan

Lampu kecemasan

Lampu kecemasan hendaklah digunakan semasa kenderaan rosak atau semasa berlaku kecemasan. Lampu ini juga digunakan untuk memberi isyarat “terima kasih” kepada kenderaan yang memberi laluan semasa menukar lorong, iaitu dengan cara membiarkan lampu berkelip sekali atau dua kali. Ia juga digunakan sebagai isyarat untuk menurunkan kelajuan jika terdapat kesesakan jalan raya di hadapan.

Parkir kenderaan jenis berpalang

Parkir kenderaan jenis berpalang

Parkir kenderaan jenis berpalang akan menaikkan palangnya semasa tiket parkir diambil dari mesin tiket dan pengguna boleh masuk ke dalam kawasan parkir tersebut setelah palang dinaikkan. Terdapat juga potongan harga parkir untuk pengunjung yang menggunakan perkhidmatan di kedai-kedai tertentu. Untuk keluar, masukkan tiket yang telah diambil di pintu masuk ke dalam mesin pembayaran parkir yang terletak di pintu keluar. Buat pembayaran di mesin tersebut dan palang akan naik ke atas bagi membolehkan pengguna keluar dari kawasan parkir. Anda diingatkan supaya menyimpan tiket tersebut sebaiknya kerana jika tiket hilang, anda tidak boleh keluar dari parkir tersebut.

Parkir kenderaan jenis penahan

Parkir kenderaan jenis penahan

Semasa kenderaan diparkir, masa akan dikira bermula semasa penahan diangkat. Semasa keluar, kadar bayaran parkir akan dikira oleh mesin. Cara untuk menggunakan mesin tersebut adalah dengan memasukkan nombor parkir kenderaan anda, selepas itu membuat pengesahan dan seterusnya membuat pembayaran. Pastikan penahan telah turun sepenuhnya sebelum menggerakkan kenderaan anda.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini