HOME Peraturan jalan raya bagi basikal
Peraturan jalan raya bagi basikal

Peraturan jalan raya bagi basikal

Last updated: 27 April 2017

Menunggang basikal yang disewa sambil melancong sudah pasti mempunyai keseronokan berbeza berbanding berjalan kaki. Pengenalan tentang peraturan jalan raya untuk menaiki basikal di Jepun akan diberikan.

Secara asasnya, basikal perlu dibawa di sebelah kiri jalan

Secara asasnya, basikal perlu dibawa di sebelah kiri jalan

Peraturan jalan raya di Jepun untuk penunggang basikal adalah sama seperti mereka yang memandu kereta. Oleh yang demikian, secara asasnya, penunggang basikal mestilah menunggang basikal mereka di sebelah kiri jalan sekiranya papan tanda yang memaparkan gambar orang dan basikal tidak kelihatan di jalan raya. Sudah pasti jangan lupa untuk mengutamakan pejalan kaki.

Sila ingat papan tanda 1 "Dilarang masuk"

Sila ingat papan tanda 1 "Dilarang masuk"

Papan tanda di jalan raya tidak terhad kepada kereta dan motosikal sahaja, tetapi digunakan untuk basikal juga. Papan tanda dilarang masuk dipaparkan melalui bentuk tulisan dan terdapat juga dalam bentuk simbol 1 garisan putih mendatar dengan berlatarbelakangkan warna merah, yang bermaksud terdapat had masuk.

SIla ingat papan tanda 2 "Jalan sehala"

SIla ingat papan tanda 2 "Jalan sehala"

Papan tanda jalan raya yang mempunyai simbol anak panah putih berlatarbelakangkan warna biru bermaksud jalan sehala iaitu hanya boleh melalui jalan tersebut mengikut arah anak panah sahaja. Bagi laluan yang mengecualikan basikal daripada jalan sehala, terdapat perkataan "自転車を除く" (Jitensya wo Nozoku yang bermaksud basikal dikecualikan) di bawah simbol papan tanda tersebut. Sila patuhi arahan apabila terdapat simbol ini walaupun di jalan yang sempit.

SIla ingat papan tanda 3 "Perlahan-lahan"

SIla ingat papan tanda 3 "Perlahan-lahan"

Perlahan-lahan bermaksud menunggang dengan kelajuan yang boleh berhenti dengan serta-merta apabila diperlukan. Untuk basikal, kelajuannya adalah dalam lingkungan 4 km/j hingga 5 km/j. Apabila menunggang basikal di kawasan pejalan kaki, sila tunggang secara perlahan-lahan walaupun papan tanda tidak dipaparkan.

SIla ingat papan tanda 4 "Berhenti seketika"

SIla ingat papan tanda 4 "Berhenti seketika"

Bagi papan tanda berhenti seketika, terdapat perkataan "Tomare" ditulis. Maksud berhenti seketika untuk penunggang basikal adalah menghentikan basikal dan memastikan kaki menyentuh permukaan jalan. Tempat lain yang memerlukan untuk berhenti seketika adalah di lampu isyarat merah dan di hadapan lintasan kereta api.

Dilarang menunggang dengan 2 orang!

Dilarang menunggang dengan 2 orang!

Menunggang basikal secara beringinan ataupun berpasangan adalah bertentangan dengan undang-undang. Mungkin terdapat sedikit pebezaan mengikut setiap kawasan, namun terdapat juga kelonggaran untuk menunggang basikal bersama seorang kanak-kanak sekiranya tempat duduk khas untuk kanak-kanak tersebut dipasang.

Kemalangan yang sering berlaku "sambil menunggang"

Kemalangan yang sering berlaku "sambil menunggang"

Menunggang sambil mendengar 'earphone' atau 'headphone', melihat peta, menggunakan telefon pintar atau telefon bimbit, semuanya merupakan perkara yang melanggar undang-undang. Disamping itu, menggunakan payung semasa hari hujan sambil menunggang juga dilarang kerana boleh mengakibatkan kemalangan.

Akhir sekali

Pada tahun 2015, undang-undang jalan raya dikaji semula dan undang-undang berkaitan penunggang basikal dipinda. Sila bawa basikal dengan berhati-hati kerana undang-undangnya telah menjadi lebih tegas dan ketat.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari