Saya ingin menggunakan teksi yang mudah ini lagi!

Saya ingin menggunakan teksi yang mudah ini lagi!

Update: 15 November 2016

Walaupun pergerakan dengan menggunakan kereta api dan bas adalah lebih murah dan pantas, namun bagitu, peta laluan di bandar adalah rumit malah jumlah perjalanan untuk ke kawasan luar bandar dengan menggunakan pengangkutan awam juga adalah sedikit. Untuk keadaan yang sedemikian, penggunaan teksi sebagai pengangkutan ke destinasi adalah lebih menyenangkan.

Apakah cara-cara mengenal pasti teksi yang tiada penumpang?

Apakah cara-cara mengenal pasti teksi yang tiada penumpang?

Di bandar, teksi yang sedang dinaiki penumpang kebiasaannya tidak akan berhenti walaupun anda mengangkat tangan untuk menahannya. Untuk mengenal pasti teksi yang tiada penumpang adalah dengan cara memerhatikan isyarat lampu merah yang menyala di bahagian cermin hadapan tempat duduk penumpang pada siang hari dan isyarat lampu yang menyala di bahagian atas teksi selain isyarat yang terletak di bahagian cermin hadapan kereta pada malam hari. Untuk memudahkan pemandu teksi menyedari kehadiran penumpang, seelok-eloknya adalah dengan cara melambaikan tangan dengan lebih awal.

Cara-cara mendapatkan teksi

Cara-cara mendapatkan teksi

Secara umumnya, cara-cara untuk mendapatkan teksi boleh dibahagikan kepada dua cara. Sama ada dengan cara mendapatkan teksi di tempat menunggu teksi ataupun dengan cara mengangkat tangan menahan teksi yang terdapat di jalanan. Kebiasaannya tempat menunggu teksi terletak di bulatan berhadapan stesen kereta api, gedung serbaneka, berdekatan pintu masuk membeli-belah, dan sebagainya.

Cara-cara menaiki teksi

Cara-cara menaiki teksi

Kebanyakan teksi di Jepun mempunyai pintu yang boleh dibuka secara automatik di bahagian tempat duduk belakang. Apabila anda memberikan isyarat untuk manaiki teksi, pemandu teksi akan membukakan pintu secara automatik. Pastikan anda berhati-hati supaya tidak terlanggar dengan pintu yang dibuka. Sekiranya anda ingin duduk di bahagian tempat duduk penumpang hadapan, anda dikehendaki untuk membuka pintu sendiri. Sekiranya anda membawa bagasi yang besar dan sebagainya, minta pemandu untuk membuka bonet dan memasukkan bagasi terlebih dahulu. Teksi jenis biasa hanya membenarkan jumlah penumpang sehingga 4 orang sahaja iaitu seorang di tempat duduk hadapan dan 3 orang di tempat duduk belakang.

Cara-cara menyatakan destinasi

Cara-cara menyatakan destinasi

Perkara pertama yang harus anda lakukan apabila menaiki teksi ialah menyatakan destinasi yang ingin dituju. Kebanyakan pemandu teksi Jepun tidak boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Untuk mengelakkan sebarang kesulitan, adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai buku panduan ataupun peta lokasi yang mempunyai tulisan rumi. Kadang-kala pemandu akan bertanyakan soalan seperti, "laluan manakah yang ingin diikuti?". Sekiranya tiada sebarang laluan khusus, anda bolehlah menjawab, "terpulanglah kepada pemandu".

Apakah perkara yang perlu diberi perhatian ketika berada di dalam teksi?

Apakah perkara yang perlu diberi perhatian ketika berada di dalam teksi?

Kebanyakan teksi di Jepun pada masa kini adalah kawasan larangan merokok. Elakkan diri daripada merokok di dalam teksi. Selain itu, untuk kemudahan penumpang lain, elakkan diri daripada makan atau minum di dalam teksi. Seeloknya anda meminta kebenaran pemandu teksi terlebih dahulu untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini. Pastikan anda berhati-hati ketika mengendalikan minuman untuk mengelakkan tempat duduk menjadi kotor.

Bagaimanakah cara-cara untuk membayar tambang teksi?

Bagaimanakah cara-cara untuk membayar tambang teksi?

Bayar tambang setelah tiba di destinasi yang dituju. Jumlah yang perlu dibayar ada dipamerkan di bahagian sebelah tempat duduk pemandu. Untuk perjalanan pada waktu malam, kebiasaannya cas perkhidmatan waktu malam akan dikenakan. Walaupun kebanyakan teksi ada menyediakan perkhidmatan pembayaran dalam bentuk kad kredit, namun begitu terdapat sesetengah teksi yang tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. Oleh itu, sekiranya anda berhajat untuk membuat pembayaran dengan kad kredit, pastikan anda telah membuat pengesahan terlebih dahulu sebelum menaiki teksi. Selain itu, memandangkan di sini tiada budaya memberi tip, anda tidak perlu membuat pembayaran secara berlebihan.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini