HOME Amat diperlukan untuk bergerak ketika melancong. Cara penggunaan bas.
Amat diperlukan untuk bergerak ketika melancong. Cara penggunaan bas.

Amat diperlukan untuk bergerak ketika melancong. Cara penggunaan bas.

Last updated: 28 Oktober 2019

Terdapat beberapa jenis bas iaitu bas laluan biasa, bas ekspres dan bas limousin. Artikel ini akan menerangkan cara menggunakannya dan bayaran bagi setiap jenis bas.
Etika penggunaan bas yang betul juga akan diterangkan.

Cara utama menaiki bas laluan biasa

Cara utama menaiki bas laluan biasa

Cara menaikinya berbeza mengikut laluan, tetapi terdapat dua cara utama seperti berikut.

(1) Naik mengikut pintu hadapan dan turun mengikut pintu belakang. Kadar bayaran adalah sama tidak mengira jarak perjalanan dan pembayaran dibuat semasa menaiki bas.

(2) Naik mengikut pintu belakang dan turun mengikut pintu hadapan.
Ketika menaiki bas, ambil tiket bernombor dari mesin yang terletak berdekatan pintu. Oleh kerana kadar bayaran berubah mengikut destinasi, rujuk nombor pada tiket dan nombor yang terpapar pada skrin di dalam bas dan bayar mengikut kadar yang telah ditetapkan. Masukkan tiket dan jumlah tambang ke dalam kotak tambang yang terletak berdekatan dengan tempat duduk pemandu semasa hendak turun.

Bas Toei

Bas Toei

Bas Toei boleh digunakan di 23 daerah di Tokyo dan di daerah Tama. Di 23 daerah di Tokyo, naik bas mengikut pintu hadapan dan masukkan bayaran yang telah ditetapkan ke dalam kotak tambang.
Untuk daerah lain, cara penggunaan adalah dengan menaiki bas mengikut pintu belakang dan membuat pembayaran kemudian iaitu sebelum turun dari bas.

Lain-lain bas laluan biasa

Lain-lain bas laluan biasa

Bas Odakyu beroperasi di bahagian barat daya Tokyo dan sebahagian daripada Kanagawa-ken.

Bas Keio beroperasi di kawasan sekitar Keio Line iaitu di sebahahagian besar kawasan barat Tokyo.

Bas Keisei beroperasi di kawasan sekitar Keisei Line iaitu di bahagian barat Tokyo hingga barat laut Chiba.

Bas Keikyu beroperasi di kawasan dari selatan Shinagawa hingga Kanagawa-ken.

Bas Seibu beroperasi di kawasan dari bahagian barat laut Tokyo hingga ke barat daya Saitama-ken.

Bas Tokyu beroperasi di berhampiran Tokyu Line dalam bahagian selatan Tokyo sehingga ke Kanagawa-ken.

Bas Tobu beroperasi di bahagian timur laut Tokyo, selatan dan barat Saitama-ken, barat laut Chiba-ken dan daerah Nikko.

Cara penggunaan bas ekspres dan bas limousin

Cara penggunaan bas ekspres dan bas limousin

Anda perlu membeli tiket terlebih dahulu sebelum menaiki bas ekspres dan bas limousin. Tiket yang dijual bagi setiap bas yang ingin dinaiki boleh ditempah melalui laman sesawang atas talian atau menerusi panggilan telefon. Selain daripada kad kredit, terdapat juga perkhidmatan yang membolehkan pembayaran dibuat di kedai serbaneka.

Kesimpulan

Cara menggunakan bas, cara membayar tambang bas dan cara menempah tiket berbeza mengikut jenis bas. Ketahui perkara asas dan sesuaikan mengikut keadaan.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari