HOME [MOVIE] Amat diperlukan untuk bergerak! Mari kita menguasai cara menaiki kereta api di Jepun.
[MOVIE] Amat diperlukan untuk bergerak! Mari kita menguasai cara menaiki kereta api di Jepun.

[MOVIE] Amat diperlukan untuk bergerak! Mari kita menguasai cara menaiki kereta api di Jepun.

Last updated: 15 Februari 2021

Di Tokyo, selain daripada JR "Yamanote Line" yang merupakan sistem kereta api yang utama, "Tokyo Metro" dan "Toei Subway" telah menjadi jaringan kereta api bawah tanah yang sangat luas. Apakah cara-cara yang betul untuk menaiki kereta api?

Cara membeli tiket

Cara membeli tiket

Tiket kereta api dibeli dengan menggunakan mesin jualan tiket. Berdasarkan jadual yang terdapat di bahagian atas mesin tersebut, sila semak arah dan nilai sebelum membuat pilihan. Kebanyakan mesin pada masa kini adalah berbentuk panel sentuh dan terdapat juga panduan suara dalam bahasa Inggeris. Anda boleh bertanya kepada pekerja stesen yang berada di kaunter jika mempunyai sebarang masalah. Bergantung pada jenis tiket, anda perlu ke kaunter sekiranya ingin membeli tiket seperti tiket Shinkansen. Selain itu, kad kredit biasanya tidak boleh digunakan di kebanyakan mesin jualan tiket.

Cara melepasi tempat laluan tiket

Cara melepasi tempat laluan tiket

Selepas membeli tiket, sila pergi ke platform melalui pintu laluan tiket. Tiket anda ditelan selepas dimasukkan dan akan keluar semula di bahagian bertentangan. Pastikan anda tidak menghilangkan tiket tersebut kerana ia diperlukan ketika ingin keluar dari stesen kereta api. Penggera akan bunyi dan pintu laluan tiket akan ditutup sekiranya tiket tidak dapat dibaca. Jika anda mengalami keadaan sedemikian, sila tunjukkan tiket anda pada pekerja stesen yang berada di kaunter.

Kad IC

Kad IC itu adalah kad prabayar yang boleh digunakan ketika menaiki pengangkutan awam di seluruh Jepun seperti kereta api, kereta api bawah tanah dan bas. Kad boleh digunakan selepas memasukkan duit ke dalamnya dan bayaran adalah secara debit.

Cara penggunaan kad IC

Cara penggunaan kad IC

Ketika melepasi laluan tiket automatik dengan menggunakan kad IC, kad tidak perlu dimasukkan ke dalam lubang tiket sebaliknya sentuh bahagian kad yang boleh dibaca di atas mesin laluan tiket automatik. Anda tidak dapat keluar sekiranya jumlah wang yang terkandung di dalam kad itu tidak mencukupi. Sila tambah nilai di mesin pengiraan automatik atau pergi ke kaunter berhampiran. Duit yang terkandung di dalam kad boleh ditunaikan dengan mempamerkan kad identiti anda. Proses ini akan dikenakan cas.

Cara menaiki kereta api di atas jalan raya

Cara menaiki kereta api di atas jalan raya

Sementara itu,di Tokyo juga terdapat "Toden Arakawa Line" iaitu kereta api yang bergerak di atas jalan raya. Toden tidak memerlukan tiket sebaliknya anda perlu membayar secara tunai dengan memasukkan duit ke dalam bekas ketika menaikinya. Sediakan duit secukupnya atau anda boleh menggunakan kad IC. Selain itu, pintu masuk dan keluar toden adalah berbeza. Pintu yang berdekatan dengan pemandu adalah pintu masuk dan pintu di bahagian belakang adalah pintu keluar. Ketika ingin turun daripada toden, sila tekan loceng apabila sudah semakin hampir dengan tempat berhenti. Ia akan ke tempat berhenti seterusnya sekiranya anda tidak menekan loceng.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari