Kad bank luar negara

Kad bank luar negara

Update:

Memperkenalkan ATM (automated teller machine ataupun mesin juruwang automatik) yang boleh digunakan untuk kad bank luar negara.

ATM Seven Bank

ATM Seven Bank

ATM Seven Bank beroperasi di kedai serbaneka 7-Eleven dan menerima kebanyakan jenis kad dalam pelbagai bahasa. Antara kad yang boleh digunakan ialah VISA, Master Card, American Express, JCB, China UnionPay (Union Pay), DISCOVER dan Diners Club. Beroperasi sepanjang tahun 365 hari, had pengeluaran untuk kad bank luar negara untuk sekali pengaluaran ialah sebanyak 100,000 JPY manakala bagi kad China UnionPay ialah sebanyak 200,000 JPY.

ATM Japan Post Bank

ATM Japan Post Bank

Sama seperti Seven Bank, ATM Japan Post Bank yang boleh didapati bukan sahaja di dalam pejabat pos, malah di kebanyakan tempat di seluruh Jepun juga menerima kebanyakan kad bank luar negara. ATM Japan Post Bank yang terletak di dalam kewasan bank kebiasaannya terhad kepada waktu operasi manakala mesin yang terletak di kedai serbaneka beroperasi sepanjang tahun 365 hari. Kad bank luar negara boleh digunakan di ATM yang mempunyai pelekat bertulis "Need Cash?". Had bagi setiap kali pengeluaran wang adalah sebanyak 100,000 JPY. Kad yang boleh digunakan termasuklah VISA, VISA ELECTRON, PLUS, MasterCard, Maestro, Cirrus, American Express, Diners Club, JCB, China UnionPay (Union Pay) dan DISCOVERS. Namun begitu, sesetengah kad Maestro yang mempunyai cip IC tidak boleh digunakan.

ATM AEON Bank

ATM AEON Bank

Sebahagian ATM AEON Bank yang beroperasi di kompleks membeli-belah terbesar AEON juga menerima kad bank luar negara. Walaupun bilangannya tidak sebanyak ATM Seven Bank dan Japan Post Bank, ATM AEON boleh didapati di pasaraya di bawah kumpulan AEON ataupun di kedai serbaneka MINISTOP. Kad yang boleh digunakan ialah China UnionPay (Union Pay), VISA, PLUS, MasterCard, Maestro dan Cirrus.

Lain-lain ATM

Lain-lain ATM

ATM Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ menerima kad JCB, China UnionPay (Union Pay) dan DISCOVER. Manakala ATM Citibank pula menerima kad VISA, PLUS, MasterCard, Maestro dan Cirrus.

Cara penggunaan asas ATM

Cara penggunaan asas ATM

Berikut adalah cara penggunaan asas ketika menggunakan ATM di Jepun.
Sebagai contoh: "untuk pengeluaran tunai"
1. Masukkan kad anda ke dalam ATM
2. Pilih bahasa
3. Tekan butan "pengeluaran"
4. Pilih akaun bank untuk pengeluaran tunai
5. Masukkan jumlah wang (penggunaan syiling untuk ATM di luar kawasan bank adalah tidak dibenarkan)
6. Periksa semula jumlah wang
7. Masukkan nombor pin, kemudian tekan butang "ENTER"
8. Ambil wang tunai, kad dan resit anda

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini