Indeks harga

Indeks harga

Update:

Sebelum melancong ke Jepun, mari kita cuba memahami anggaran perbelanjaan yang diperlukan seperti purata harga makan tengah hari, makan malam dan sebagainya.

Purata harga makan tengah hari

Purata harga makan tengah hari di kawasan metropolitan seperti Shinjuku, Shibuya, Ginza dan sebagainya adalah sekitar 1,000 JPY. Di sini juga terdapat kedai yang menyediakan set makan tengah hari "One Coin Lunch" yang sangat murah dengan harga 500 JPY sahaja. Untuk makanan jenis mi seperti ramen dan soba pula kebiasaanya dijual dengan harga sekitar 400 JPY hingga 800 JPY.

Purata harga makan malam

Sekiranya ingin mengambil minuman beralkohol, jumlah harga berubah mengikut jumlah yang diminum. Anggaran perbelanjaan yang sesuai adalah sekitar 5,000 JPY. Memandangkan terdapat sesetengah kedai yang menyediakan set minum tanpa had dengan kadar bayaran tetap, penggemar minuman beralkohol adalah digalakkan untuk mengambil set tersebut. Malah, ada juga kedai yang mengamalkan sistem kadar harga murah mengikut waktu.

Rokok

Harga rokok meningkat tahun demi tahun. Purata harga sekotak rokok adalah sekitar 450 JPY.

Indeks harga di Tokyo

Tokyo merupakan pusat ekonomi negara dan merupakan kawasan yang mempunyai indeks harga tertinggi di Jepun. Semua indeks harga tidak kira sama ada tambang teksi, tambang kereta api, sewa rumah, barangan keperluan harian dan sebagainya kebiasaannya adalah sangat tinggi jika hendak dibandingkan dengan kawasan-kawasan lain. Sebaliknya, Okinawa pula dikatakan mempunyai indeks harga yang rendah berbanding kawasan-kawasan lain.

Barangan keperluan harian

Di Jepun, terdapat banyak barangan keperluan harian yang berkualiti tinggi dijual dengan harga yang berpatutan. Lampin, tisu tandas dan sebagainya juga mendapat sambutan yang menggalakkan di kalangan warga asing. Malah, seringkali berlaku keadaan di mana pelancong asing membeli barangan di farmasi atau pasaraya yang terletak di bandar dalam kuantiti yang banyak sehingga ada yang kehabisan stok.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini