Inilah orang Jepun!

Inilah orang Jepun!

Update: 15 November 2016

Bagaimanakah sebenarnya orang Jepun? Di sini, saya akan memberikan gambaran tentang orang Jepun dan memperkenalkan cara untuk berinteraksi dengan mereka.

Orang Jepun yang rajin berusaha

Orang Jepun yang rajin berusaha

Orang Jepun amat kuat bekerja. Ia adalah perkara biasa di mana bapa yang mempunyai anak yang masih membesar akan keluar bekerja sebelum anaknya bangun tidur dan hanya akan pulang ke rumah selepas anaknya nyenyak tidur. Ada yang mengatakan mereka terlalu mementingkan kerja tetapi ini juga merupakan suatu kebenaran di mana hasil usaha keras inilah yang menyokong pertumbuhan pesat negara Jepun selepas perang dunia.

Mematuhi masa

Mematuhi masa

Terdapat peribahasa Jepun iaitu "5 minit sebelum bertindak." Peribahasa ini bermaksud menyelesaikan sebarang persediaan 5 minit sebelum waktu sebenarnya supaya dapat bertindak dengan segera selepas waktu sebenar tiba. Ramai orang Jepun amat tegas dengan masa, oleh itu sekiranya kita mempunyai temu janji dengan mereka, silalah patuhi masa.

Mementingkan "Semangat Berkumpulan" daripada "Individu"

Mementingkan "Semangat Berkumpulan" daripada "Individu"

Bagi orang Jepun, mereka cenderung untuk meletakkan diri mereka dalam sebuah kumpulan berbanding perseorangan. Mereka mudah berasa bimbang apabila keputusan yang diambil berlainan dengan orang lain dan sering berfikir cara untuk mendekatkan diri dengan kumpulan di sekitar. Inilah keistimewaan orang Jepun di mana mereka bertindak dengan mementingkan orang di sekeliling mereka tanpa ingin mengganggu sebarang aturan ataupun keharmonian.

"Otaku" (panggilan untuk mereka yang meminati sesuatu perkara secara berlebihan) dan orang Jepun

"Otaku" (panggilan untuk mereka yang meminati sesuatu perkara secara berlebihan) dan orang Jepun

Kebelakangan ini, kebudayaan Jepun yang tidak boleh diketepikan adalah "Budaya otaku." Kita boleh lihat bahawa orang Jepun kaya dengan humor dan kreativiti melalui perkara unik seperti cosplay.

Identiti di sebalik "senyuman misteri" adalah ...

Identiti di sebalik "senyuman misteri" adalah ...

Ramai orang Jepun yang tidak mahir berbahasa Inggeris. Mereka belajar bahasa Inggeris tetapi untuk tidak biasa berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Sekiranya kita menegur mereka di dalam bahasa Inggeris, mereka hanya akan tersenyum simpul. Mungkin ia adalah perkara yang pelik kepada warga asing tetapi senyuman itu melambangkan rasa bimbang dan malu mereka kepada kita.

Mulakan perbualan dengan senyuman

Mulakan perbualan dengan senyuman

Sentiasa murahkan senyuman semasa melancong di Jepun. Jika ingin bertanya arah jalan, gunakan buku panduan pelancong dan berkomunikasi dengan menggunakan jari juga sudah mencukupi. Jika mempunyai kertas dan pen juga, sudah pasti segala maklumat menjadi lebih lancar. Akhir sekali, jangan lupa untuk mengucapkan "terima kasih."

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini