Fahami topografi negara Jepun

Fahami topografi negara Jepun

Update:

Jepun, sebuah negara pulau yang terletak di bahagian hujung timur benua Asia. Dikelilingi oleh laut dan dikenali sebagai negara yang mempunyai keindahan alam yang cantik. Tetapi tidak ramai yang tahu tentang fakta geografi dan cuaca di Jepun. Saya akan memperkenalkan mengenai topografi negara Jepun.

Jepun merupakan negara yang terletak di hujung timur benua Asia

Jepun berada di bahagian hujung timur Eurasia, dan terdiri daripada kepulauan Jepun (Hokkaido, Honshu, Shikoku, Kyushu) dan gugusan pulau Izu, Ogasawara (juga dikenali sebagai Bonin) dan Nansei yang bersambung dengan kepanjangan sekitar 3300km dari utara ke selatan dan memisahkan Laut Jepun. Jepun cenderung dilihat sebagai negara di mana pulau-pulau kecil terkumpul, tetapi kepulauan Honsyu mempunyai keluasan sekitar 23 ribu kilometer persegi dan merupakan pulau ketujuh terbesar di dunia. Selain itu, lebih kurang 70% negara Jepun dikelilingi dengan gunung, mendahului dunia dengan kawasan hutan yang terbanyak. Oleh sebab itu kawasan lembangan di antara gunung dan daratan kawasan lautan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Di kawasan itu juga terdapat pantai yang mendamaikan dan dapat menikmati pelbagai pemandangan.

Jepun adalah negara kesepuluh di dunia dalam jumlah penduduk teramai

Jumlah penduduk di Jepun adalah lebih kurang 125 juta (pada tahun 2014). Jepun adalah negara ke sepuluh di dunia yang mempunyai jumlah penduduk teramai. Terdapat banyak bandar di bahagian tepi Lautan Pasifik beriklim sederhana seperti Tokyo, Osaka dan Nagoya di mana separuh daripada jumlah penduduk di Jepun tertumpu di tiga bandar besar ini. Sementara itu, persimpangan jalan raya di Shibuya, Tokyo yang menjadi lambang bandar metropolitan di Jepun adalah lokasi pelancongan yang popular.

Perbezaan iklim di Jepun sangat ketara mengikut kawasan

Musim panas di Jepun adalah panas yang lembap dan suasana salji turun sering digambarkan ketika musim sejuk di Jepun, tetapi disebabkan Jepun adalah negara yang berbentuk panjang dan sempit dari selatan ke utara, terdapat perbezaan yang sangat ketara mengikut kawasan seperti Hokkaido yang bercuaca sejuk dan Okinawa pula beriklim tropika. Walaupun terletak di dalam kepulauan Honshu yang sama, iklim di bahagian tepi Lautan Pasifik sangat berbeza dengan di bahagian tepi Laut Jepun. Oleh yang demikian, ia kaya dengan pelbagai budaya dan tempat yang mempunyai keunikan tersendiri dari segi landskap, acara dan juga makanan yang anda boleh nikmati.

Cuaca yang mudah berubah-ubah ketika musim bunga

Cuaca yang mudah berubah-ubah di bawah pengaruh angin monsun berterusan ketika musim bunga, bermula dari bulan Mac hingga bulan April terdapat tiupan angin yang kuat. Kemudian, musim bunga iaitu musim bunga sakura berkembang dengan banyak. Apabila tiba waktu tersebut, orang Jepun yang menyukai bunga sakura ini akan membuat aktiviti "hanami" dengan menikmati sake (arak) dan makanan di bawah pepohon sakura. Setelah itu, dari hujung bulan Mei hingga hujung bulan Julai pula adalah musim "tsuyu" iaitu hujan yang berterusan dan kelembapan menjadi tinggi.

Kehangatan seperti dibakar yang dirasai berterusan ketika musim panas

Setelah selesai musim tsuyu tersebut, maka bermulalah musim panas. Musim panas di Jepun mempunyai suhu yang tinggi dan oleh kerana kelembapan juga tinggi, suhu yang dirasai oleh badan akan terasa lebih panas. Tetapi ketika musim panas sahaja kita dapat merasai pelbagai aktiviti seperti bunga api, pesta dan berenang di laut, dan pada waktu itu semua tempat pelancongan penuh sesak dengan orang. Sehingga sekitar bulan Oktober, Jepun mudah terdedah dengan angin taufan, pada waktu yang teruk akan menyebabkan bencana alam seperti limpahan air sungai dan angin kencang, dan anda perlu berhati-hati kerana hal ini boleh menyebabkan perjalanan kapal terbang dan kapal dibatalkan.

Musim luruh merupakan musim yang sesuai untuk keluar berjalan-jalan

Ciri-ciri cuaca ketika musim luruh adalah sama sepeti musim bunga yang mudah berubah-ubah. Ada juga kemungkinan hujan lebat akibat ribut taufan turun berterusan, namun kehangatan musim panas mula berlalu dan langit membiru cerah yang luas membentang menjadikan ia musim yang sesuai untuk keluar berjalan-jalan. Di Jepun, terdapat perkataan "selera makan musim luruh", "sukan musim luruh", "seni musim luruh", makanan pada musim luruh adalah sedap, dan orang ramai menjadi aktif dan bertenaga untuk menikmati aktiviti sukan dan melancong. Oleh kerana musim ini kawasan pergunungan hutan bertukar warna menjadi merah dan kuning, kawasan pelancongan yang popular dengan daun luruh akan dipenuhi dengan para pengunjung.

Salji yang tebal ketika musim sejuk

Musim sejuk di Jepun kebiasaannya sangat sejuk dan kering. Apabila tiba musim sejuk, kelihatan ramai orang Jepun memakai topeng muka, dan ia digunakan sebagai langkah pencegahan daripada jangkitan virus yang mudah berjangkit dalam keadaan kering. Selain itu, di bahagian tepi Laut Jepun, Tohoku dan Hokkaido terdapat timbunan salji setinggi 2 hingga 3 meter setiap tahun, dan merupakan kawasan salji yang paling lebat di dunia.

Jepun merupakan negara yang terdapat banyak onsen (kolam air panas)

Jepun yang banyak dengan gunung, mempunyai pelbagai jenis jalan mendaki yang sesuai untuk golongan yang baru belajar hingga professional. Oleh yang demikian, kembara mendaki gunung merupakan aktiviti lasak yang sangat popular dikalangan orang Jepun. Di bahagian tengah kepulauan Honshu terdapat "Alps Jepun" iaitu jajaran gunung setinggi 3,000 meter dan melalui proses penurunan salji yang berkualiti, ia terkenal sebagai tempat para ski dari seluruh dunia berkumpul. Tambahan lagi, di mana-mana sahaja terdapat pancaran onsen terhasil akibat daripada gunung berapi yang terdapat di setiap kawasan di Jepun. Sementara itu, terdapat lebih kurang 3,000 kawasan onsen di Jepun dan sebanyak 28,000 punca mata air semulajadi, dan budaya memasuki onsen telah bertapak sejak dari dahulu lagi.

Tempat di mana aliran arus laut bertembung

Jepun yang dikelilingi oleh laut terdapat pelbagai jenis hasil laut yang boleh ditangkap. Oleh kerana terdapat kawasan pertembungan arus panas dan sejuk di bahagian Laut Jepun mahupun di bahagian Laut Pasifik, ia menyebabkan pelbagai jenis ikan berkumpul daripada ikan kecil sehingga kepada ikan besar seperti ikan tuna. Tambahan pula, daratan bergunung yang banyak menyebabkan terdapat banyak sungai, dan industri perikanan sungai atau tasik juga menjadi makmur dan meriah. Jika anda datang ke Jepun, sushi adalah satu kemestian, dan cuba mencabar diri anda dengan makanan berasaskan pelbagai jenis ikan juga mungkin bagus.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini