HOME Ikebukuro Lokasi menyaksikan bunga bulan Jun "Hydrangea" dan "Iris"
HOME Asakusa Lokasi menyaksikan bunga bulan Jun "Hydrangea" dan "Iris"
HOME Itabashi / Nerima Lokasi menyaksikan bunga bulan Jun "Hydrangea" dan "Iris"
Lokasi menyaksikan bunga bulan Jun "Hydrangea" dan "Iris"

Lokasi menyaksikan bunga bulan Jun "Hydrangea" dan "Iris"

Update:

Hydrangea dan Iris merupakan bunga-bungaan yang mewarnai permulaan musim panas di Jepun. Bunga hydrangea yang mula berkembang akan berubah warna sedikit demi sedikit dari putih, hijau muda dan seterusnya ungu. Bunga Iris pula banyak ditanam sejak zaman Edo, malah turut menjadi motif dalam "ukiyo-e" (lukisan yang berkembang pada zaman Edo untuk menunjukkan pemandangan, keadaan alam dan kehidupan sehari-hari dalam masyarakat). Warna bunga Iris termasuklah putih, ungu, biru, kuning dan sebagainya. Kedua-dua bunga ini kelihatan cantik terutamanya apabila dibasahi hujan.

Taman Asukayama

Taman Asukayama

Walaupun taman ini terkenal dengan keindahan bunga Sakura sejak dahulu lagi, namun pada bulan Jun kawasan ini dihiasi oleh bunga Hydrangea yang mekar berkembang. Terdapat kira-kira 1,300 pohon Hydrangae yang ditanam di sepanjang laluan kecil "Asuka-no-komichi" yang terletak di bahagian timur Taman Asukayama, bersebelahan laluan kereta api dari Stesen JR Oji. Bunga-bunga boleh dilihat dari jarak yang dekat kerana ditanam bersebelahan lereng laluan pejalan kaki. Selain itu, di dalam Taman Asukayama juga terdapat muzium yang memperkenalkan alam semula jadi, sejarah dan budaya di Kita-ku, Tokyo, malah terdapat juga muzium berkaitan dengan “kertas” di sini.

Toshimaen

Toshimaen

Merupakan antara taman tema terbesar di dalam bandar yang menjadi kebanggaan dan dipenuhi pengunjung pada musim panas untuk menikmati kemudahan kolam renang. Dari penghujung bulan Mei sehinggalah akhir bulan Jun, di bahagian utara taman ini terdapat 10,000 pohon bunga Hydrangea yang berkembang mekar dengan kira-kira 150 spesies termasuklah "Mountain Hydrangea", "Amacha", "Blue Sky", "June Bright" dan sebagainya. Pada setiap hari Sabtu dan Ahad dalam bulan Jun, dari pukul 5:00 petang sehingga 7:30 malam, akan diadakan “Malam Hydrangea” iaitu lampu-lampu dipancarkan menerangi malam di taman Hydrangea. ※tutup pada hari hujan.

  • Toshimaen
    • Address 3-25-1, Kouyama, Nerima-ku, Tokyo, 176-8531
      View Map
    • Nearest Station Toshimaen Station (Toei Oedo Line / Seibu Toshima Line)
      2 minutes on foot
    • Phone Number 03-3990-8800

"Hakusan Jinja" (Kuil Hakusan)

"Hakusan Jinja" (Kuil Hakusan)
写真:文京区観光協会

Di Wilayah Bunkyo, terdapat kira-kira 3,000 pohon Hydrangea ditanam di Kuil Hakusan dan di Taman Hakusan yang terletak bersebelahan dengannya, menjadikan kawasan ini sebagai tarikan pada Festival Hydrangea Kuil Hakusan yang diadakan dari awal bulan hingga pertengahan bulan Jun. Selain daripada gerai yang menjual bunga Hydrangea di dalam pasu serta pelbagai gerai makanan ringan, turut diadakan juga konsert mini pada hari Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh tersebut. Kuil Hakusan juga terkenal dengan kepercayaan untuk menghilangkan sakit gigi turut mengadakan acara memberus gigi pada 12 haribulan Jun (Ahad) dan 19 haribulan (Ahad).
Gambar:Bunkyo-ku Kankoukyokai

  • Hakusan-Jinja Shrine
    白山神社
    • Address 5-31-26,Hakusan,Bunkyo-ku, Tokyo,112-0001

Koishikawa Korakuen

Koishikawa Korakuen

Taman Jepun yang direka pada zaman Edo (tahun 1603 – 1868) oleh salah seorang penguasa feudal utama Jepun, Tokugawa Yorifusa dan disiapkan oleh anak lelakinya, Tokugawa Mitsukuni. Pada masa kini, taman ini diuruskan oleh pihak Tokyo Metropolitan. Taman ini mempunyai keluasan kira-kira 70,000 meter persegi dengan pohon-pohon bunga empat musim. Dari penghujung bulan Mei hingga pertengahan bulan Jun, kawasan ini sangat sesuai untuk menikmati keindahan kira-kira 700 pohon bunga Iris. Sepanjang waktu itu, laluan pejalan kaki disediakan bagi membolehkan pengunjung melihat bunga dari jarak yang dekat. Bersebelahan dengan taman ini terletak stadium berbumbung pertama di Jepun iaitu Tokyo Dome.

Koiwa Shobuen

Koiwa Shobuen

Taman bunga Iris yang terletak di pinggir Sungai Edo, wilayah Edogawa. Dari pertengahan bulan Mei hingga bulan Jun, terdapat kira-kira 50,000 pohon Iris yang mekar berbunga, menjadikan taman ini sebagai salah satu kawasan tarikan di Tokyo. Pohon bunga Iris di sini pada asalnya disumbangkan oleh penduduk tempatan dan dijaga dengan rapi di dalam taman berkonsepkan "kaiyu-shiki-teien" di Edogawa bagi membolehkan pengunjung menghayati keindahan bunga-bungaan dengan santai. "Kaiyu-shiki-teien" merupakan salah satu bentuk taman Jepun yang membolehkan pengunjung bersiar-siar di dalamnya sambil menghayati keindahan persekitaran. Di taman ini, pengunjung berpeluang mengelilingi taman mengikut laluan yang disediakan sambil bersantai menikmati pemandangan bunga Iris.

  • Koiwa Shoubuen
    小岩菖蒲園
    • Address 4-chome destination,Kitakoiwa,Edogawa-ku,Tokyo,133-0051
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini