HOME Ginza Makanan dan kebudayaan! Menikmati "Jepun" dengan mudah! Festival di Tokyo pada bulan Jun
HOME Akihabara Makanan dan kebudayaan! Menikmati "Jepun" dengan mudah! Festival di Tokyo pada bulan Jun
HOME Harajuku Makanan dan kebudayaan! Menikmati "Jepun" dengan mudah! Festival di Tokyo pada bulan Jun
Makanan dan kebudayaan! Menikmati "Jepun" dengan mudah! Festival di Tokyo pada bulan Jun

Makanan dan kebudayaan! Menikmati "Jepun" dengan mudah! Festival di Tokyo pada bulan Jun

Update:

Walaupun Tokyo merupakan sebuah kota metropolitan yang dipenuhi dengan bangunan-bangunan pencakar langit, namun terdapat banyak perayaan yang diadakan bagi membolehkan pengunjung merasai kepelbagaian musim di sini. Perayaan-perayaan ini bukan sahaja membolehkan para pengunjung menikmati kesenian dan kebudayaan tradisional Jepun malah sebagai platform untuk menyampaikan mesej berguna ke seluruh dunia.

"Festival Nihon Wine MATSURI"

"Festival Nihon Wine MATSURI"

< 3 Jun (Jumaat) hingga 5 Jun (Ahad) >
Acara ini diadakan sejak tahun 2015 untuk memperkenalkan lebih lanjut tentang wain Jepun. Pada tahun ini, terdapat kira-kira 250 jenis wain dan 10,000 ribu botol wain dari 51 buah kilang pembuatan wain yang terletak di 18 buah tempat dari utara Jepun iaitu Hokkaido sehinggalah ke selatan Jepun iaitu Okinawa yang dipamerkan di sini. Para pengunjung berpeluang merasai setiap jenis wain dari setiap tempat di bawah langit biru. Terdapat juga sudut pameran memperkenalkan wain Jepun dan gerai-gerai menjual wain.

  • Toyosu Park
    豊洲公園
    • Address 2-1, Toyosu , Koto-ku, Tokyo, 135-0061

"Oedo Antique Market"

"Oedo Antique Market"

< 5 Jun (Ahad) dan 19 Jun (Ahad) >
Ia merupakan sebuah acara yang bermula sejak tahun 2003 di Kottouichi yang bermatlamatkan "Melihat semula barangan lama dan mencari semula kebudayaan Jepun serta merupakan tempat orang ramai dan seni budaya berkumpul" Ia diadakan pada hari Ahad minggu pertama dan ketiga setiap bulan. Ia merupakan kebanggaan Jepun dengan bilangan kedai yang berskala besar kira-kira 250 buah kedai. Bukan sahaja barangan antik dari Jepun seperti tembikar, kimono dan ukiran yang terdapat di sini, malahan barangan antik dari Barat juga boleh didapati di sini. Ia juga akan diadakan di Keyaki Namiki di Yoyogi Park pada 26 Jun (Ahad).

"MOTTAINAI Fiesta 2016"

"MOTTAINAI Fiesta 2016"

< 11 Jun (Sabtu) dan 12 Jun (Ahad) >
Tempat pesta ini adalah di pusat beli-belah Akihabara UDX yang mempunyai restoran, kedai dan tempat festival. MOTTAINAI Fiesta adalah sebuah acara yang bertujuan untuk memperkenalkan konsep "MOTTAINAI (tidak membazir)" dari Akihabara ke seluruh dunia. Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan di sini seperti pasar percuma kanak-kanak yang disertai oleh pelajar sekolah rendah sahaja dan berhibur sambil belajar tentang ekosistem.

  • Akihabara-udx akiba-hiroba_etc.
    秋葉原UDX アキバ広場、ほか
    • Address 4-14-1, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021

"Hotaru No Yube 2016"

"Hotaru No Yube 2016"

< 17 Jun (Jumaat) sehingga 21 Jun (Selasa) 5:30 petang sehingga 9:00 malam (Masa terakhir masuk adalah 8:30 malam) >
Shibuya-ku Fureai Botanical Centre adalah sebuah taman botanik yang menggunakan tenaga kuasa yang terhasil semasa proses pelupusan sampah daripada kilang-kilang pembersihan di Shibuya sahaja. Terdapat sebatang anak sungai kecil yang mengalir dan kira-kira 200 jenis tumbuhan terutamanya tumbuhan tropika seperti kumpulan sukulen dan tumbuhan karnivor di dalam rumah hijau yang dikenali sebagai "Green Garden" ini. Selain itu, terdapat juga 2 jenis kelip-kelip iaitu luciola lateralis dan luciola cruciata.
Gambar: Yuichi Tomatsu

  • Shibuya City Botanical Garden FUREAI
    渋谷区ふれあい植物センター
    • Address 2-25-37,Higashi, Shibuya-ku, Tokyo, 150-0011

"Tarian Gujo di Aoyama yang ke-23"

"Tarian Gujo di Aoyama yang ke-23"

< 24 Jun (Jumaat) dan 25 Jun (Sabtu) >
Ia merupakan sebuah perayaan untuk merasai tarian Gujo yang merupakan tradisi turun temurun dari Hachiman-cho, Gujo-shi yang terletak hampir di tengah-tengah Gifu-ken yang diadakan di Aoyama, Tokyo. Tarian Gujo ini mempunyai sejarahnya tersendiri selama 420 tahun. Terdapat 10 jenis tarian daripada tarian Gujo ini dan kesemua tarian tersebut diiktiraf sebagai warisan kesenian tidak ketara negara Jepun. Tarian Gujo akan bermula pada jam 5 petang pada kedua-dua hari tersebut dan akan berakhir pada jam 8:30 malam pada 24 haribulan dan 8 malam pada 25 haribulan. Selain itu, kedai-kedai yang menjual barangan tempatan dari Gujo-shi juga akan mula dibuka pada jam 1 petang.

  • Chichibunomiya Rugby Stadium Parking
    秩父宮ラグビー場 駐車場
    • Address 2-8-35 Kita-Aoyama, Minato-ku, Tokyo 107-0061

"Festival Kagurazaka Rakugo yang ke-8"

"Festival Kagurazaka Rakugo yang ke-8"

Rakugo merupakan salah satu seni tradisional Jepun yang menyampaikan pelbagai cerita menggunakan bahasa lenggok tubuh dan ayunan tangan secara berseorangan.
● 25 Jun (Sabtu) di "Bishamon yose" (Perlu membuat tempahan awal)
Ia dipersembahkan di sebuah bilik di dalam kuil Zenkoku-ji Bishamonten yang telah dibina di kawasan ini sejak tahun 1792. Persembahan akan diadakan sebanyak 2 kali dalam sehari iaitu pada jam 2 petang dan 6 petang.

  • Bishamonten Zenkoku-ji Shoin
    毘沙門天善國寺 書院
    • Address 5-36, Kagurazaka, Shinjuku-ku, Tokyo, 162-0825

● 2 Julai (Sabtu) di "Futari kai"
Ia diadakan di Dewan Ushigome Tansu Kumin, Shinjuku-ku. Persembahan akan diadakan sebanyak 2 kali dalam sehari iaitu pada jam 2 petang dan 6 petang.

  • Shinjukukuritsu Ushigometansu Hall
    新宿区立牛込箪笥区民ホール
    • Address 15, Tansumachi, Shinjuku-ku, Tokyo, 162-0833

"Perayaan Tanabata"

"Perayaan Tanabata"

< 7 Julai (Khamis) >
Perayaan ini diadakan di Tokyo Daijingu yang dikatakan mempunyai Tuhan yang boleh memberi restu dalam sesebuah ikatan perhubungan. Di Jepun, 7 haribulan Julai disebut sebagai tanabata dan dikatakan bintang Hikoboshi dan Orihime hanya akan bertemu sekali dalam setahun pada tarikh ini. Terdapat satu adat untuk menulis sebarang permintaan di atas sejalur kertas dan menggantungkan ia di anak pokok buluh. Di Tokyo Daijingu, terdapat satu perayaan untuk mendoakan semua permintaan yang diingini menjadi kenyataan pada hari tanabata tersebut. Jalur kertas untuk menulis permintaan disediakan dari 1 haribulan Jun sehingga 7 haribulan Julai. Jalur kertas yang siap ditulis akan digantung pada anak pokok buluh dan diletakkan di hadapan dewan doa sehingga 7 haribulan Julai. Ia juga akan disinari dengan cahaya lampu sehingga jam 9 malam setiap hari sehingga tiba hari tanabata tersebut.

  • Tokyo daijingu
    東京大神宮
    • Address 2-4-1, Fujimi, Chiyoda-ku, Tokyo, 102-0071
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini