HOME Asakusa Ringkasan aktiviti Tokyo pada bulan April
HOME Tsukiji Ringkasan aktiviti Tokyo pada bulan April
HOME Narita Ringkasan aktiviti Tokyo pada bulan April
Ringkasan aktiviti Tokyo pada bulan April

Ringkasan aktiviti Tokyo pada bulan April

Update: 2 November 2016

Akhirnya tiba musim bunga. Banyak aktiviti yang menyingkapkan tradisi, budaya dan sejarah Jepun dirancang di kawasan Tokyo.

Shirasagi no mai (tarian burung bangau)

Shirasagi no mai (tarian burung bangau)

Pada bulan November 1968, untuk menyambut ulang tahun ke-100 pembukaan bandar Tokto, "Shirasagi no mai" dimulakan di Asakusa dan Asakusaji. Berdasarkan rekod lama di kuil Buddha tersebut, perayaan ini disertai tarian dengan kostum yang berbentuk burung bangau. Memang berbaloi jika anda pergi dan melihatnya kerana tarian itu sungguh indah dan cantik. Bagi tahun 2016, ianya akan diadakan pada tanggal 10 April (Ahad).

  • Senso-ji Temple
    • Address 2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3842-0181

Asakusa-Yabusame

Asakusa-Yabusame

Samurai pada masa lampau memakai kostumnya untuk memburu binatang dengan memancarkan anak panah dari atas kuda yang sedang berlari, inilah "Yabusame". Mengawal kuda yang sedang berlari laju sambil menangkap sasaran dengan anak panah, sungguh menakjubkan. Aktiviti ini diadakan pada setiap tahun baru semenjak era 1800-an, dan masih diamalkan hingga ke hari ini pada tarikh yang berlainan. Bagi tahun 2016, ianya akan diadakan pada tanggal 16 April (Sabtu).

  • Sumida Park
    • Address Sumida-ku, Tokyo, 131-0033
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      5 minutes on foot

Narita taikomatsuri (pesta gendang)

Narita taikomatsuri (pesta gendang)

Pesta gendang Jepun yang terkemuka dan disertai seramai 1,500 orang yang datang dari seluruh bahagian Jepun. Anda pasti berasa kagum dengan bunyi persembahan gendang Jepun di Kuil Naritasan Shishoji dan kawasan Omotesando. Persembahan yang paling diminati ramai ialah "Sennenyorubutai". Persembahan ini akan berlangsung dalam kegelapan dengan cahaya api yang bernyala, dan anda dapat menikmati suasana aneh yang cukup mistik. Bagi tahun 2016, ianya akan diadakan pada tanggal 9 April (Sabtu) dan 10 April (Ahad).

Bunkyo tsutsujimatsuri (pesta azalea)

Bunkyo tsutsujimatsuri (pesta azalea)

Nezu Jinja (Kuil Nezu) mempunyai sejarah yang lebih daripada 300 tahun sebagai tempat yang terkenal dengan pokok tsutsuji (azalea). Pemandangan taman ini yang dipenuhi dengan kira-kira 100 jenis pokok dan 3,000 batang pokok yang berbunga, bagaikan taman firdaus di alam yang lain. Tempoh operasinya ialah dari 9 April 2016 (Sabtu) hingga 5 Mei 2016 (Khamis).

Kameidotenjinja fujimatsuri (pesta bunga wistaria)

Kameidotenjinja fujimatsuri (pesta bunga wistaria)

Bunga wistaria mula berkembang mekar pada hujung bulan April. Bunga berwarna ungu ini yang berbentuk seperti bunga yang melimpah keluar, disukai orang Jepun, dan juga pernah menjadi subjek ukiyo-e (lukisan tradisional Jepun yang menggambarkan kehidupan seharian di zaman Edo). Bunganya dicerminkan di permukaan air kolam di bawah pokok wistaria, menjadikan perbezaan ini begitu cantik sekali. Disyorkan juga untuk melawat ketika lewat petang sewaktu matahari hampir terbenam kerana anda akan dapat melihat suasana yang berlainan apabila lampu di pasang. Seperti biasa, tempoh beroperasinya ialah pada hujung bulan April 2016 hingga ke awal bulan Mei 2016.

Shunkireitaisai (pesta terpenting pada musim bunga)

Shunkireitaisai (pesta terpenting pada musim bunga)

Shunkireitaisai merupakan pesta terpenting antara semua pesta dalam setahun di Yasukuni Jinja (Kuil Yasukuni). Pelbagai upacara diadakan selama 3 hari. Marilah merasai suasana yang diselubungi sunyi senyap di kuil ini. Di bahagian dalam kawasan kuil, tarian dan muzik dipersembahkan kepada tuhan, dan pameran bunga pada masa yang sama. Pesta ini akan dilangsungkan dari 21 April 2016 (Khamis) hingga 23 April 2016 (Sabtu), sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

  • Yasukuni Jinjya
    • Address 3-1-1, Kudankita, Chiyoda-ku, Tokyo, 102-8246
      View Map
    • Nearest Station Kudanshita Station (Tokyo Metro Tozai Line / Tokyo Metro Hanzomon Line / Toei Shinjuku Line)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3261-8326

Hanamatsuri (pesta bunga)

Hanamatsuri (pesta bunga)

Upacara untuk menyambut hari kelahiran Buddha. Menurut cerita tradisi, "hujan madu" diturunkan dari langit semasa kelahiran Buddha, oleh itu, teh akan dituangkan kepada patung Buddha dalam upacara ini. Selain itu, kedai makan berdekatan dan pasar Tsukiji membuka gerai-gerai di dalam kawasan kuil, dan suasana akan menjadi meriah dengan orang ramai. Pesta ini akan diadakan pada awal bulan April.

Pesta "Nihonbashi"

Pesta "Nihonbashi"

Nihonbashi dibina pada tahun 1604 semasa bandar Edo dibuka. Jambatan ini sungguh indah sehingga ia dikelaskan sebagai khazanah budaya negara. Untuk kemajuan kawasan dan pemeliharaan jambatan, kedai yang telah beroperasi ratusan tahun dan barangan terbaik daripada seluruh Jepun dikumpulkan di sini. Pada hari pesta, aktiviti untuk mengalami budaya Edo Jepun diadakan, dan anda dapat menikmati suasana zaman lama yang indah.

  • Nihonbashi Hashizume square
    日本橋橋詰広場
    • Address 1 Chome-1 Nihonbashimuromachi, Chuo, Tokyo 103-0022, Japan

Earth Day Tokyo 2016 (Hari Bumi Tokyo 2016)

Earth Day Tokyo 2016 (Hari Bumi Tokyo 2016)

Bermula dari tahun 1970, sebanyak 175 buah negara di serata dunia, dan kira-kira 500 juta orang menyertai festival terbesar di dunia ini. Di festival ini, diadakan pameran dan promosi oleh organisasi yang sedang berusaha menyelesaikan masalah seperti simbiotik antara alam semula jadi dengan manusia, keadaan bumi, sosial dan kedamaian. Melalui bengkel yang unik dan gerai-gerai yang dibuka, marilah berfikir tentang bumi. Festival ini akan berlangsung pada Hari Sabtu dan Ahad, 23 dan 24 April 2016.

Outdoor Japan

Outdoor Japan

Acara aktiviti luar yang terbesar di Jepun. Anda tidak akan berasa bahawa aktiviti ini sedang berlangsung di tengah-tengah bandar Tokyo, tetapi anda akan mengalami suasana seolah-olah anda berada di kawasan perkhemahan yang kaya dengan kehijauan. Acara ini akan berlangsung pada 9 April (Sabtu) hingga 10 April 2016 bermula pada pukul 10:00 hingga 17:00.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini