HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) Penemuan kafe kucing 3D latte art yang menarik!
Penemuan kafe kucing 3D latte art yang menarik!

Penemuan kafe kucing 3D latte art yang menarik!

Last updated: 21 Oktober 2020

Memperkenalkan kehebatan dunia 3D latte art "Oshiage Nyanko", sebuah kafe terpencil yang ditemui di kawasan perumahan yang berhampiran TOKYO SKYTREE(R) pasti menarik minat pencinta kucing. Ada juga pelawat yang sanggup datang dari jauh seperti Hokkaido dan Fukuoka!

3D latte art yang sedap dan menyeronokkan

3D latte art yang sedap dan menyeronokkan

Minumlah minuman yang sedap dan nikmati suasana yang menggembirakan. Itulah perasaan yang digambarkan ketika mula menghasilkan latte art. Pemilik kafe, Encik Ishikawa mula menghasilkan minuman Nyato 3D latte art secara bersungguh-sungguh setelah pertemuannya dengan sebuah syarikat majalah. Ianya bermula dari persoalan "bolehkah saya menghasilkan latte art kucing?" . Walaupun pada asalnya ia adalah hobi, beliau secara beransur-ansur dapat menghasilkan latte art berbentuk kucing dengan gaya tersendiri melalui penyelidikannya sendiri mengenai jenis susu dan suhu yang sesuai. Khas untuk kali ini sahaja, kami ditunjukkan cara menghasilkan "soy au lait dengan susu lembut" yang kelihatan sangat comel.

Yang pertama ialah kopi. Sebagai latte art, Encik Ishikawa mahu menghasilkan minuman yang juga sedap diminum, bukan hanya cantik untuk dilihat. Dari situlah timbulnya idea untuk menggunakan kacang yang dipanggang sendiri. Sebaik sahaja lembut, aroma kopi yang terhasil sangat mengharumkan.

Dan ini pula adalah susu soya. Setelah beberapa kali percubaan, kami dengan sendirinya dapat mengenalpasti suhu serta penghasilan buih yang sesuai. Untuk memastikan kopi tidak menjadi cepat sejuk, kerja perlu dilakukan dengan pantas dan penuh cermat.

Tuangkan kopi ke dalam cawan yang telah dipanaskan terlebih dahulu, kemudian barulah tuangkan susu soya yang berbuih di atasnya. Cawan yang digunakan juga merupakan cawan buatan tangan yang dihasilkan oleh tukang cawan. Ini kerana gaya kedai ini yang ingin memastikan keistimewaan buatan tangan satu per satu dirasai oleh setiap pelanggan.

Orang yang mahir mengendalikan lidi buluh dengan tangan tanpa menggunakan sebarang alat istimewa sudah semestinya seorang yang pakar. Menurut Encik Ishikawa, dengan sedikit latihan sahaja anda sudah boleh mencubanya di rumah. Tetapi, gerak hati ataupun bakat adalah penting.

Kaki dan telinga beransur-ansur membentuk rupa kucing. Apabila memerhatikan proses pembuatannya dari awal, ia kelihatan seperti menjalankan proses menghidupkan seekor kucing.

Menu hangat "soy au lait dengan susu lembut" akhirnya selesai! Ia kelihatan seperti seekor kucing sedang bersantai dan berendam dalam kolam mandi! Sungguh tidak sanggup untuk menghancurkannya dan minum. Apabila melihatnya dengan mata sendiri, terdapat rasa gembira yang tidak terkata.

Tambahan pula, kami ditunjukkan cara bagaimana untuk membuat "iced Viennya coffee" khas buat kali ini . Sekali lagi sang pencinta kucing pasti gembira dengan nama seperti itu. Kacang yang digunakan dalam kopi ais ini dikatakan dihasilkan sendiri oleh pemilik kafe, Encik Ishikawa. Selepas meletakkan whipped cream, Encik Ishikawa akan membentuknya seperti seekor kucing.

Dan inilah "iced Viennya coffee" yang telah siap! Dengan wajah yang tampak elegen, ianya mengingatkan kepada kucing Parsi. Namun, apabila diminum rasanya seperti rasa badam (kacang 'almond') dengan rasa yang pekat.

Memperkenalkan juga sebahagian menu daripada buku menu. Encik Ishikawa membuatnya dengan teliti untuk setiap cawan, jadi ia mungkin mengambil masa yang agak lama untuk siap. Tetapi, oleh kerana minuman ini sangat istimewa, sila tunggu dengan lebih sabar daripada biasa.

  • Oshiage Nyanko
    押上猫庫(おしあげにゃんこ)
    • Address 3-10-9, Oshiage, Sumida-ku, Tokyo
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari