HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Shinbashi Kedai pertama di dunia! Kafe di mana anda boleh nikmati teh bersebelahan dengan kereta mewah luar negara Porsche
Kedai pertama di dunia! Kafe di mana anda boleh nikmati teh bersebelahan dengan kereta mewah luar negara Porsche

Kedai pertama di dunia! Kafe di mana anda boleh nikmati teh bersebelahan dengan kereta mewah luar negara Porsche

Date published: 3 Mei 2019

"The Momentum by Porsche" di Ginza merupakan kedai makan pertama di dunia yang dibuka oleh pengeluar kereta mewah Porsche. Sentimen jenama antarabangsa yang menghiasi setiap genap ruang dan menu, pasti akan mendebarkan perasaan semua, peminat kereta ataupun tidak.

Peminat pasti seronok dan terpesona!

Peminat pasti seronok dan terpesona!

Di saat ketika memasuki kedai, anda pasti terus teruja! Tahukah anda, di lampu-lampu gantung yang menerangi kedai dihiasi dengan kereta mini Porsche. Bilangannya pula, adalah 156 buah! Walaupun dengan imej "jenama antarabangsa" dan "kereta mewah", anda pasti akan terpersona dengan jiwa "bermain" Porsche dan dengan cepatnya anda akan tertawan hati dengan Porsche.

Terimalah manisan yang mengambil bentuk Porsche

Terimalah manisan yang mengambil bentuk Porsche

Ambil tempat duduk dan tahan dahulu perasaan ingin melihat dengan lebih persekitaran dalam kedai. Sedang anda mencari-cari di mana hendak duduk, tiba-tiba kelihatan Porsche yang sebenar! Sebenarnya di kedai ini, terdapat bilik pameran "Porsche Center Ginza" bersebelahan dengannya, yang anda boleh ulang alik ke sana tanpa ada sebarang halangan.

Anda boleh menerima menu popular Cafe Time "Original Dessert Assortment Plate" di tempat duduk khas. Kandungannya berbeza mengikut hari, namun pada hari ini dihidangkan kek sifon dengan tat labu, parfait mini, macaron dan sebagainya yang disusun dengan cantik! Sementara itu, aiskrim yang terletak di atas parfait mini adalah aiskrim "MINORIYA" Karuizawa yang merupakan kegemaran John Lennon. Walaupun berperisa aiskrim vanila tetapi ia kaya dengan rasa seperti karamel, sensasi cair dalam mulut yang menyegarkan adalah yang terbaik. Di dalam bandar, hanya di sini sahaja boleh mendapatinya.

Kopi campuran original yang sedap! Kopi yang menyegarkan dan lembut rasanya, mudah untuk diminum walaupun untuk orang yang tidak biasa dengan kopi hitam. Kopi dititis secara teliti sebaik sahaja mendapat pesanan. Kedengaran ramai juga peminatnya.

Boleh pandu cuba Porsche setelah makan!?

Boleh pandu cuba Porsche setelah makan!?

Setelah menikmati Cafe Time yang agak lain daripada biasa, anda boleh terus mengunjungi bilik pameran di sebelah. Kalau bukan kerana peluang seperti ini, keberanian untuk masuk kedai Porsche dari pintu depan tentulah rendah, dan ia mendapat sambutan menggalakkan dari pasangan muda. Dengan cara ini anda dapat duduk di kerusi dan merasai secubit pengalaman seorang pemilik Porsche. Keselesaan tempat duduk yang sangat menakjubkan membuatkan anda ingin membawanya balik sebagai sofa! Kereta kelas pertama dunia sememangnya berbeza.

Waktu operasi Cafe Time "The Momentum by Porsche" adalah pada hujung minggu sahaja. Inilah ruangan bagi peminat dan bukan peminat kereta untuk bersuka ria dengan layanan mesra beraneka jenis Porsche yang penuh dengan jiwa bermain.

  • The Momentum by Porsche
    The Momentum by Porsche
    • Address 1F Shiodome City Center, 1-5-2, Higashishimbashi , Minato-ku, Tokyo, 105-002
*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari