"Bonsai" kecantikan abadi

"Bonsai" kecantikan abadi

Last updated: 13 Disember 2018

Pada masa kini "bonsai" juga terkenal di luar negara. Ia menggambarkan seni menghias pokok dari sekecil-kecil pokok kepada bentuk yang halus pembuatannya. Ia bermula dengan budaya berkebun dan kini telah menjadi sebagai hobi oleh ramai penduduk Jepun. Bonsai juga boleh dibeli dan dijadikan sebagai hiasan rumah anda. Anda boleh menanam biji benihnya atau membeli anak pokok dan menjaganya.

Menjadikan bonsai daripada pokok

Menjadikan bonsai daripada pokok

Secara teknikalnya, bonsai boleh dihasilkan daripada mana-mana tumbuhan yang berusia 2 tahun keatas. Keadaan yang membolehkan ia diletak dalam pasu yang kecil atau digantung dengan dawai secara mudah menyebabkan ia mungkin sesuai untuk tumbuhan tertentu. Membuat bentuk dawai tertentu adalah untuk menggambarkan keadaan semulajadi walaupun di dalam pasu yang kecil. Mungkin bonsai dijaga daripada biji benih tetapi secara asas kebanyakannya adalah dengan cara menyambungkan pokok atau mencantas. Menjaga pokok yang kecil didalam pasu dalam masa yang lama dan setiap hari menjaganya dengan teliti (membuat dawai penyangkut dan sebagainya) adalah asas menjaga bonsai. Melalui penukaran tanaman dalam beberapa tahun dan melalui pelbagai pameran yang disertai, pasu akan ditukar mengikut kesesuaian untuk pameran. Perkataan bonsai merujuk kepada “bon” yang bermaksud talam.

Sejarah bonsai

Sejarah bonsai

Asal usul nama bonsai dikatakan diambil dari perkataan China iaitu "bonkei (taman kecil)"dan bermula sejak dari kurun ke 8 lagi. Idea pengecilan pokok daripada asal diceritakan bermula sejak kurun ke 3 di mana wujud ajaran yang melihat pemandangan daripada kaca mata kecil. Bonkei mula tersebar ke Jepun semasa kurun ke 6. Pada zaman tersebut, diplomat atau ahli akademik yang dihantar dari China telah membawa pulang “bonkei” dan seterusnya telah sebati menjadi “bonsai” yang merupakan seni Jepun tersendiri .

Dunia bonsai yang mempunyai makna mendalam

Dunia bonsai yang mempunyai makna mendalam

Bonsai bukan sekadar seni berkebun sahaja. Bonsai kecil dalam alam semulajadi tiruan menggambarkan rasa hormat kepada alam semulajadi dan mensyukuri kehidupan dalam bentuk yang canggih. Ia menjadi koleksi kejayaan Jepun. Setelah sekian lama menjaga bonsai dengan cermat menunjukkan ketelitian pembuatnya.

Pada masa kini, falsafah disebalik bonsai telah menjadikan semua benda berguna dan penting. Bonsai telah menjadi jenama antarabangsa dan disamping itu sudah tentu ia dinilai dari segi aspek fisiologinya. Dengan memerhatikan bonsai yang lengkap, anda akan dapat belajar tentang ketuhanan dan falsafah Jepun dengan lebih jelas.

Pengalaman bonsai yang sebenar

Pengalaman bonsai yang sebenar

Artis bonsai yang terkenal iaitu Kobayashi Kunio merupakan seorang pengarah di muzium bonsai musim bunga. Terdapat lebih 1,000 jenis bonsai yang dipamerkan di sini. Bermacam-macam jenis pokok dan bentuk termasuklah hasil karya bonsai yang pernah memenangi anugerah. Jika bernasib baik, di sini anda juga mungkin dapat melihat para artis bonsai menggayakan bakat masing-masing. Melihat keindahan bonsai sambil menikmati teh hijau dan pencuci mulut Jepun juga pasti amat menenangkan jiwa.
Di muzium bonsai, musim bunga bukan hanya di luar tetapi juga di dalam muzium, anda boleh menyaksikan bonsai di kios yang didirikan. Terdapat bonsai dan penyangkut yang dihias mengikut musim di bilik ala Jepun yang dilengkapi lantai yang dipanggil “tokonoma”.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari