HOME Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) Seni estetika "bonsai" di Jepun yang menarik!
Seni estetika "bonsai" di Jepun yang menarik!

Seni estetika "bonsai" di Jepun yang menarik!

Update:

Keindahan tumbuhan yang diterapkan dalam kehidupan seharian iaitu "bonsai" juga terkenal di luar negara. Ia bermula dengan budaya berkebun yang datang dari negara Eropah dan berkembang ke Jepun sebagai bonsai yang dijadikan sebagai hobi oleh ramai penduduk Jepun. Bonsai juga merupakan hasil seni yang boleh mengajar diri sendiri erti keseronokan. Marilah kita menyingkap keunikan bonsai.

Daya tarikan bonsai

Daya tarikan bonsai

Bonsai adalah satu seni Jepun untuk memaparkan tumbuh-tumbuhan yang hidup di alam semulajadi ke kawasan yang terhad seperti di dalam pasu. Contohnya, rupa bentuk pokok-pokok yang besar seperti pokok pain dan azalea juga boleh di'lahir'kan semula ke dalam pasu setelah melalui proses pencantasan. Untuk mengawal tumbesarannya, ia perlu selalu dicantas dan ada ketikanya ranting-rantingya ditetapkan dengan wayar serta diletakkan lumut dan batu-batu. Perkara-perkara tersebut lebih tepat dikenali sebagai seni penjagaan. Keunikan bonsai yang paling menarik adalah hanya terdapat satu sahaja hasil karya bonsai di dunia yang dihasilkan oleh tangan sendiri.

Sejarah bonsai

Asal usul bonsai dikatakan dari perkataan dari China iaitu "bonkei (taman kecil)". Bonkei mula tersebar ke Jepun semasa zaman Heian. Pada zaman tersebut, ia merupakan hobi kelas atasan yang hanya terkenal di kalangan golongan bangsawan. Beberapa ratus tahun lepas, ia mula dipanggil sebagai "bonsai". Sejak dari itu, bonsai mula berkembang dengan ciri-ciri tersendiri Jepun dan pada masa kini, ia telah digemari di seluruh dunia seiring dengan perkataan "BONSAI" yang telah banyak digunakan di luar negara.

Menikmati bonsai di "Shunkaen BONSAI Museum"

Menikmati bonsai di "Shunkaen BONSAI Museum"

Artis bonsai yang terkenal iaitu Kobayashi Kunio merupakan seorang pengarah di muzium bonsai di Tokyo. Di muzium ini, para pengunjung boleh merasai keindahan dunia bonsai. Terdapat lebih 1,000 jenis bonsai yang dipamerkan di sini termasuklah hasil karya bonsai yang pernah memenangi anugerah. Di sini anda juga dapat melihat para artis bonsai menggayakan bakat masing-masing secara dekat. Melihat keindahan bonsai sambil menikmati teh hijau dan pencuci mulut Jepun juga pasti amat berbaloi.

Rumah tradisional Jepun yang menarik

Rumah tradisional Jepun yang menarik

Dalam kawasan muzium, terdapat sebuah rumah tradisional Jepun. Di dalam rumah ini, terdapat satu sudut yang lebih tinggi daripada lantai di bahagian hadapan dalam bilik jenis Jepun yang disebut sebagai "tokonoma". Bonsai yang memaparkan empat musim di Jepun akan dihias di sini. Sambil bersantai menghirup udara segar, penghuni rumah juga boleh menikmati keindahan seni bonsai di sini bersama-sama dengan keunikan rumah tradisional Jepun yang lain seperti tatami (lantai jerami), shoji (pintu, tingkap atau pemisah daripada kertas tradisi Jepun) dan skrol yang bergantungan.

Cabaran membuat bonsai!

Cabaran membuat bonsai!

Bonsai sering dianggap sebagai sesuatu yang susah tetapi sebenarnya sesiapa sahaja boleh menikmati seni bonsai jika mempelajari selok-beloknya. Kelas bonsai selama sehari yang dianjurkan di muzium akan mengajar teknik bonsai secara individu mengikut permintaan dan kemahiran seseorang itu. Kelas tersebut juga terkenal di kalangan warga asing kerana penerangan yang diberikan adalah jelas dan teratur. Peralatan membuat bonsai juga akan dipinjamkan di sini, oleh itu mereka yang berminat bolehlah mencuba cabaran membuat bonsai ini. Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan tempat, sila hubungi muzium tersebut melalui emel.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini