HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Chiba Pinggir bandar Chiba Pertama kali ke Tokyo Disney Sea! Perkara penting yang harus tahu sebelum lawatan
Pertama kali ke Tokyo Disney Sea! Perkara penting yang harus tahu sebelum lawatan

Pertama kali ke Tokyo Disney Sea! Perkara penting yang harus tahu sebelum lawatan

Last updated: 19 Februari 2018

"Tokyo Disney Sea(R)" dibina atas inspirasi daripada cerita dan legenda yang berkonsepkan laut. Adakah anda tahu taman tema yang bertemakan laut hanya ada di Jepun. Di sini pengenalan kepada perkara yang perlu diketahui sebelum melawat dunia imaginasi yang dibawakan oleh watak karakter-karakter Disney.
(C) Disney

Gambar kenangan di Aquasphere

Gambar kenangan di Aquasphere

Perkara pertama yang akan kelihatan jika masuk ke kawasan taman adalah simbol kepada Tokyo Disney Sea "Aquasphere". Kedatangan pelawat akan disambut oleh watak karakter-karakter Disney yang berada di sekeliling. Karakter mana yang boleh dijumpai, ia hanya boleh diketahui pada hari tersebut.
Aquasphere
アクアスフィア

3 pilihan tempat lawatan

Tokyo Disney Sea yang terletak bersebelahan dengan Tokyo Disneyland (R), serta menghadap ke arah Teluk Tokyo, terdiri daripada 7 buah pelabuhan. Di setiap pelabuhan tema terdapat tempat-tempat tarikan yang penuh dengan pelbagai idea. Di sini pengenalan kepada 3 tempat tarikan yang harus dilawati semasa pergi ke Tokyo Disney Sea akan diberikan.

"Toy Story Mania!"

"Toy Story Mania!"

Jika anda meneruskan perjalanan ke dalam pintu masuk yang terletak pada mulut besar watak utama "Toy Story", Woody, yang terbuka luas, tanpa disedari anda telah bertukar ke saiz yang sama dengan mainan kanak-kanak!? Nikmati permainan tembak (shooting game) dunia mainan kanak-kanak, di bawah katil manusia.
(C)Disney/Pixar
Toy Story Mania!
トイ・ストーリー・マニア!

"Tower of Terror"

"Tower of Terror"

Latar belakang adalah New York pada tahun 1912. "Tower of Terror" yang mula mendapat gelaran sebagai hotel yang menyeramkan, sejak kejadian kehilangan tuan pemilik hotel yang berlaku pada tahun 1899. Tetamu yang menyertai lawatan untuk melihat hotel, akan terus menuju ke tingkat teratas menaiki lift. Pengalaman yang sangat menyeramkan menunggu anda di tempat tarikan seram yang popular ini.
Tower of Terror
タワー・オブ・テラー

"Raging Spirits"

"Raging Spirits"

Tempat tarikan jenis roller coaster, yang akan melalui tapak pengalian berhala Tuhan purba yang kelihatan hampir runtuh dengan kelajuan yang sangat laju. Pengalaman mengejutkan ini akan terasa seperti langit dan bumi terbalik sungguh mengasyikkan dan anda mungkin akan ketagih dengannya!
Raging Spirits
レイジングスピリッツ

Terpegun dengan pertunjukan dan perarakan yang dahsyat!

Pelbagai pertunjukan dan perarakan diadakan, berpusatkan Mediterranean Harbor, iaitu salah satu pelabuhan tema. Hiburan secara langsung (live entertainment) yang indah sangat menakjubkan sehingga akan mengusik jiwa kembara yang ada pada setiap manusia, dan menjadikan benar-benar ingin keluar belayar ke laut.

Keseronokan di waktu malam "Fantasmic!"

Keseronokan di waktu malam "Fantasmic!"

Hiburan malam (night entertainment) yang menakjubkan dengan berlatarkan Mediterranean Harbor, di mana ia melakarkan kisah Mickey yang menjadi anak murid kepada ahli sihir, mempercayai kuasa imaginasi dan cuba menghasilkan dunia fantasi Disney. DI sini dapat menikmati dunia fantasi yang dahsyat dengan adanya kesan khas seperti skrin air (water screen) yang besar serta sinar laser, bara api dan cahaya.
Fantasmic!
ファンタズミック!

Cahaya seperti bunga mekar di langit "Happiness on High"

Cahaya seperti bunga mekar di langit "Happiness on High"

Bunga api berkembang mekar di ruang langit malam bersama pelbagai kenangan pada hari itu. Muzik yang mengkagumkan bersama dengan bunga api menghasilkan pemandangan fantasi yang tidak dapat dilupakan.
Happiness On High
ハピネス・オン・ハイ

Makan sambil berjalan hidangan ambilan (take out gourmet) yang popular

Tokyo Disney Sea bukan sekadar penuh dengan pertunjukan, perarakan serta tempat tarikan, malah terdapat banyak juga tempat-tempat makanan sedap. Di sini pengenalan kepada sebahagian daripada pelbagai makanan ambil (take out gourmet) yang boleh dibeli di van makanan (food wagon) dan restoran akan diberikan.

"Smoked Turkey Leg"

"Smoked Turkey Leg"

Restoran yang bercirikan halaman dalam kubu, "Refrescos" menyediakan juga hidangan beralkohol. Antaranya adalah "Smoked Turkey Leg". Nikmati rasa makanan yang diselai yang terbaik.
Refrescos
リフレスコス

"Mickey Churros"

"Mickey Churros"

Manisan yang sesuai dimakan sambil berjalan sudah tentulah churros. Ia menjadi popular seiring dengan bertih jagung (popcorn). Ciri utamanya adalah potongan yang berbentuk seperti muka Mickey.
Open Sesame
オープンセサミ

"Ukiwaman"

"Ukiwaman"

Di van yang terletak di pelabuhan tema Port Discovery yang melakarkan bandar masa hadapan, dapat menikmati pau China yang berbentuk seperti pelampung air. Anda pasti akan berasa seronok dengan rasa udang yang segar.
Seaside Snack
シーサイドスナック

Cenderamata yang harus dibeli bawa pulang

Di Tokyo Disney Sea juga terdapat pelbagai jenis hadiah dan barangan. Membeli-belah yang mengujakan hanya dengan melihat juga salah satu keseronokan di sini. Antara cenderamata yang sesuai untuk keluarga, kawan dan diri-sendiri adalah seperti berikut.

Set pen warna (Colour pen set)

Set pen warna (Colour pen set)

Cenderamata Tokyo Disney Resort yang sudah lazim adalah peralatan tulis (stationary). Antaranya adalah set pen warna (colour pen set). Pilihlah yang mana anda suka daripada pelbagai pilihan yang ada.
Il Postino Stationery
イル・ポスティーノ・ステーショナリー

Cawan bersama straw (Cup with straw)

Cawan bersama straw (Cup with straw)

Item yang boleh menambah keseronokan meja makan juga sangat digalakkan. Cawan bersama straw (Cup with straw) yang popular sangat digemari kanak-kanak.
Venezian Carnival Market
ヴェネツィアン・カーニバル・マーケット

Botol minuman (Drink bottle)

Botol minuman (Drink bottle)

Barangan rumah yang boleh menyeronokkan kehidupan harian juga antara item yang harus dibeli. Terdapat pelbagai jenis barangan, daripada item yang berwarna-warni sehinggalah kepada yang simple dan menenangkan. Botol minuman (drink bottle) dengan karakter kegemaran tentu ingin dibawa ke mana-mana.
Villa Donald Homeshop
ヴィラ・ドナルド・ホームショップ

Mari keluar mengembara!

Satu-satunya taman tema Disney yang menjadikan laut sebagai temanya, "Tokyo Disney Sea". Jika mengelilingi ketujuh-tujuh pelabuhan, pasti pengalaman pengembaraan dan romantik mengujakan anda. Jika anda datang melawat ke Disney Sea semasa tiba di Jepun, pasti kenangan itu akan menjadi lebih bersinar.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari