HOME Ueno Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam
Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam

Mari kita menyelami Yanesen yang masih kekal dengan suasana Jepun masa silam

Update:

Kawasan ini dipanggil "Yanesen" dengan mengambil huruf permulaan tiga bandar, iaitu, Yanaka, Nezu dan Sendagi. Sekitar kawasan Yanesen, terdapat tempat-tempat di masa silam Jepun yang masih kekal.
Apabila anda melawat kawasan-kawasan itu, anda dapat merasakan masa silam Jepun. Mari kita meninjau Yanesen yang mempunyai daya tarikan yang berbeza.

"Tinggalan sebuah pagoda lima tingkat" di laman yang luas

"Tinggalan sebuah pagoda lima tingkat" di laman yang luas

"Tanah perkuburan Yanaka" dibina pada tahun 1872 sebagai tanah perkuburan awam di bekas tapak Kuil Yanaka Tennoji. Terdapat beberapa orang yang terkenal dikebumikan di tapak yang menjangkau kira-kira 10 hektar ini, seperti pemimpin samurai di zaman Edo dan bekas perdana menteri. Di dalam kawasan ini juga terdapat tinggalan sebuah pagoda lima tingkat yang didirikan di atas tempat suci Tennoji Yanaka. Pagoda lima tingkat ini didirikan pada tahun 1644, tetapi terbakar di dalam kebakaran pada tahun 1771. Kemudian, ia telah dibina semula selepas 20 tahun. Ia menempuhi peperangan dan gempa bumi, tetapi pada tahun 1957 ia telah dibakar dengan sengaja. Kini, sisa sisa peninggalannya kekal di tengah-tengah Tanah Perkuburan Yanaka.

  • Yanaka Cemetery
    谷中霊園
    • Address 7-5-24 Yanaka, Taito-ku, Tokyo 110-0001, Japan

Kafe "Kayaba Coffee" mengambil kesempatan daripada rumah yang berusia 100 tahun

Kafe "Kayaba Coffee" mengambil kesempatan daripada rumah yang berusia 100 tahun

Ini adalah sebuah kafe yang asalnya dibuka pada tahun 1938 di sebuah rumah yang telah dibina pada tahun 1916. Kafe ini dikendalikan oleh tiga orang ahli keluarga, sebagai tempat berehat dan bersantai yang popular di kawasan kejiranan, juga perbincangan seni di kalangan pelajar Tokyo Universiti Kebangsaan Seni Halus dan Muzik yang terletak di kawasan berhampiran. Ia ditutup pada tahun 2006, tetapi dua tahun kemudian, ia telah dihidupkan semula oleh orang-orang yang ingin melihat ia beroperasi semula. Kawasan-kawasan yang mengalami penuaan telah dibaiki, manakala penampilan, kerusi, tiang, kaca tingkap, pinggan, dan lain-lain dikekalkan seperti asal. Ia telah mewujudkan satu ruang yang mengekalkan suasana ketika masa awal pembukaannya dahulu.

Menu popular yang dihasilkan dengan cita rasa masa lalu

Menu popular yang dihasilkan dengan cita rasa masa lalu

Menu yang popular adalah "Sandwic Telur" dan "Lucien." Pemilik kafe telah mencipta semula menu dengan meminta pendapat daripada pelanggan tetap untuk merasa dalam usaha untuk menghasilkan rasa yang asal. Lucian adalah campuran kopi dan koko dalam nisbah yang sama. Rasanya seperti kopi Mocha versi yang lebih ringan. Tingkat kedua kafe ini mempunyai bilik tatami (tikar tradisional Jepun daripada jerami), di mana anda boleh menikmati suasana silam. Ketika musim bunga, pemandangan bunga sakura dan kehijauan yang subur yang begitu cantik boleh dinikmati melalui tingkap.

  • Kabaya Coffee
    カヤバ珈琲
    • Address 6-1-29 Yanaka, Taito-ku, Tokyo 110-0001, Japan

"Tsuiji-bei (Dinding Tsuiji)" yang memberikan suasana bandar kuil di Yanaka

"Tsuiji-bei (Dinding Tsuiji)" yang memberikan suasana bandar kuil di Yanaka

Terdapat pagar 2.06 meter tinggi dan 37.6 panjang di sebelah selatan Kuil Kannonji. Tsuiji-bei adalah dinding tanah liat yang telah didirikan dengan menyusun tanah dan jubin bumbung berselang seli, kemudian untuk atapnya disusun lagi jubin bumbung. Ia dikatakan dibina lebih daripada 400 tahun yang lalu. Suasana bandar lama dapat dirasai di sepanjang jalan yang melalui Tsuiji-bei ini.

  • Tsuiji wall
    築地塀(観音寺)
    • Address 5-8-28 Yanaka, Taito-ku, Tokyo 110-0001, Japan

"Nezu Jinjya (Kuil Nezu)", salah satu aset kebudayaan yang penting di negara ini

"Nezu Jinjya (Kuil Nezu)", salah satu aset kebudayaan yang penting di negara ini

Kuil Nezu dikatakan dibina lebih daripada 1900 tahun yang lalu di tanah Sendagi. Kemudian, ia telah dipindahkan ke tempat semasa di bandar Nezu pada tahun 1706. Kesemua 7 buah bangunan termasuk kuil dan pintu gerbang Karamon masih bertahan tanpa kerosakan di mana-mana bahagian. Kuil Nezu mempunyai hubungan mendalam dengan penulis-penulis yang mewakili Jepun, yang tinggal di kawasan itu. Oleh itu terdapat tapak peninggalan "Bungou Ikoi no Ishi (sejenis batu)", di mana penulis dikatakan berkumpul di sekitar batu tersebut dan merangka konsep kerja.

Bangunan gaya Barat "Gereja Nezu" yang dibina pada tahun 1900-an

Bangunan gaya Barat "Gereja Nezu" yang dibina pada tahun 1900-an

Terdapat sebuah gereja kayu bercirikan menara gereja yang kecil, yang berdiri di antara kawasan perumahan yang tenang tidak jauh dari jalan Shinobazu. Pada asalnya, ia dibina pada tahun 1919 sebagai gereja kecil Amerika. Ia terselamat daripada gempa bumi Kanto yang besar dan sebarang kejadian peperangan, yang membawanya kepada masa kini. Ia telah didaftarkan dalam warisan budaya yang nyata dari Jepun sebagai sebuah bangunan berharga yang menyampaikan seni bina gaya-barat Jepun antara tahun 1912 dan 1926. Papan tindih gaya Inggeris yang diletakkan pada dinding membuat bangunan itu mempunyai gaya tersendiri.

  • Nezu Chapel
    根津教会
    • Address 1-19-6 Nezu, Bunkyo-ku, Tokyo 113-0031, Japan

"Pokok Cedar Himalaya" yang berusia 90 tahun

"Pokok Cedar Himalaya" yang berusia 90 tahun

Apabila anda berjalan ke puncak cerun Miyakezaka dan selanjutnya, ada sebuah pokok cedar yang besar, berusia lebih daripada 90 tahun berdiri di sebelah sebuah bakeri. Datuk kepada pemilik bakeri ini menanam pokok cedar di dalam pasu. Kini, ia telah menjadi sebuah pokok besar yang boleh mencapai 20 meter tinggi. Pada zaman dahulu, penganut Buddha dan peniaga tinggal di sekitar kuil di kawasan di mana cedar ditanam. Kawasan itu kemudiannya berkembang menjadi sebuah bandar kuil. Pokok cedar Himalaya yang terus berkembang dan terlepas dari bencana walaupun ketika gempa bumi besar dan peperangan dan membawanya kekal wujud ke hari ini. Diingatkan untuk tidak membuat bising ketika mengunjungi kawasan ini bagi mengelakkan gangguan kepada orang lain.

  • Himaraya Sugi
    ヒマラヤ杉
    • Address 1-6-15 Yanaka, Taito-ku, Tokyo 110-0001, Japan

Mencuba roti hot dog yang gebu di "Taiheiseipan" bakeri

Mencuba roti hot dog yang gebu di "Taiheiseipan" bakeri

Terdapat sebuah bakeri kecil yang terletak di hadapan perhentian bas "Sendagi 2-chome" di jalan Shinobazu. Bakeri itu di ubahsuai dari sebuah kedai alat tulis. Produk utamanya adalah roti hot dog berbentuk bujur yang dipanggil "Koppe-pan". Koppe-pan telah dicipta di Jepun pada awal 1990-an, di mana ketika itu roti masih kurang dikenali di Jepun. Ketika itu, Koppe-pan dimakan bersama dengan jem atau marjerin. Roti yang dibuat dengan kaedah tradisional ini mempunyai rasa yang seimbang. Diingatkan bahawa adalah dilarang untuk mengambil gambar di sini.

  • Taiheiseipan
    大平製パン
    • Address 2-44-1 Sendagi, Bunkyo-ku, Tokyo 2-44-1, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini