HOME Ryogoku / TOKYO SKYTREE(R) Ingin tahu dengan lebih lanjut! Pendedahan mendalam tentang TOKYO SKYTREE(R)
Ingin tahu dengan lebih lanjut! Pendedahan mendalam tentang TOKYO SKYTREE(R)

Ingin tahu dengan lebih lanjut! Pendedahan mendalam tentang TOKYO SKYTREE(R)

Update:

"TOKYO SKYTREE(R)" merupakan mercu tanda terbaru di Jepun. Pada ketika artikel ini ditulis, Mac 2016, menara ini merupakan menara penyiaran pertama di dunia yang dilengkapi dengan dek pemerhatian yang membolehkan para pengunjung menikmati pemandangan keseluruhan Tokyo di samping terdapat restoran dan kedai cenderamata. Memperkenalkan "mengapa" yang tidak diketahui di TOKYO SKYTREE(R) dan cara untuk menikmatinya!

Apakah asal usul nama TOKYO SKYTREE(R)?

Nama TOKYO SKYTREE(R) berasal daripada gambaran seolah-seolah "pokok besar yang menghala ke langit." Ia juga merupakan keinginan untuk melihat manusia berkumpul dan bersatu hati di sekitar "pokok" ini.

Direka bentuk oleh siapa?

Penyeliaan TOKYO SKYTREE(R) telah dipertanggungjawabkan kepada pengukir, Kiichi Sumikawa. Lengkuk pada pedang Jepun yang dikenali sebagai "sori" dan benjolan yang boleh dilihat pada tiang kuil dan candi yang dikenali sebagai "mukuri" juga diguna pakai sebagai salah satu reka bentuk bercirikan Jepun.

Berapakah ketinggiannya?

Berapakah ketinggiannya?

Ketinggian TOKYO SKYTREE(R) adalah 634m. Ia merupakan menara penyiaran tertinggi di dunia yang amat dibanggakan (pada Mac 2016). Pada 17 November 2011, ia telah diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia oleh Guinness World Records.

Mengapakah ia dibina?

Gelombang radio untuk penyiaran digital yang utama pada masa kini sukar untuk dicapai apabila terdapat sebarang halangan. Terdapat menara komprehensif "Tokyo Tower" yang digunakan sejak 1958, namun ia telah dibanjiri dengan bangunan-bangunan pencakar langit di sekelilingnya. Bimbang dengan keadaan Tokyo Tower tersebut yang mungkin tidak dapat berfungsi dengan baik sebagai menara penyiaran, lahirlah keputusan yang memerlukan sebuah menara berketinggian lebih dari 600m. Maka, menara penyiaran terbaru iaitu TOKYO SKYTREE(R) pun dibina.

Seluas manakah boleh dilihat dari dek pemerhatian?

Seluas manakah boleh dilihat dari dek pemerhatian?

Ketinggian dek pemerhatian adalah 350m manakala koridor pemerhatian pula adalah 450m. Bergantung kepada cuaca dan situasi, para pengunjung boleh melihat sejauh 75km dari koridor pemerhatian semasa cuaca baik, malahan kemegahan Gunung Fuji juga akan kelihatan. Selain itu, pemandangan bandar Tokyo yang dilimpahi kemerahan senja dan suasana malam juga amat disyorkan.

Berjalan-jalan di "koridor pemerhatian"

Berjalan-jalan di "koridor pemerhatian"

Koridor pemerhatian TOKYO SKYTREE(R) mempunyai cerun berkaca di sepanjang koridornya. Dengan ketinggian 450m dari aras tanah, para pengunjung boleh menikmati suasana seperti berjalan di atas langit apabila melalui koridor ini.

Ke puncak tertinggi "Sorakara Point"

Ke puncak tertinggi "Sorakara Point"

"Sorakara Point" yang disediakan di puncak tertinggi iaitu 452.1m dilengkapi dengan ruangan produksi yang bercahaya dan berkaca yang membolehkan para pengunjung merasai pengalaman berada di tempat luas yang luar biasa dan terapung serta keadaan sfera bumi.

Berselera di "Sky Restaurant 634"

Berselera di "Sky Restaurant 634"

"Sky Restaurant 634" yang terletak di dek pemerhatian di tingkat 345 merupakan sebuah restoran yang mempunyai pemandangan yang indah berketinggian 345m dari aras tanah. Ia menyediakan menu masakan yang berasaskan teknik masakan dari Perancis selain mengambil kira Edo Tokyo dengan menggabungkan cita rasa Jepun juga. Para pengunjung boleh menikmati pemandangan indah sambil merasai masakan baru Jepun yang mengutamakan "semangat dan suasana pusat bandar."

Cenderamata yang disyorkan (1) Monaka

Cenderamata yang disyorkan (1) Monaka

Di tingkat 1 dan 5 serta dek pemerhatian di tingkat 45 TOKYO SKYTREE(R), terdapat kedai rasmi TOKYO SKYTREE(R) yang menjual pelbagai barangan asli TOKYO SKYTREE(R). Cenderamata yang disyorkan adalah kuih tradisi Jepun iaitu "monaka" yang boleh didapati di kedai masakan Jepun "Nadaman" yang telah lama wujud. Ia merupakan kuih yang menyihatkan ditambah pula dengan kemanisan kacang merah yang menjadi "pes kacang merah."

Cenderamata yang disyorkan (2) Long roll

Cenderamata yang disyorkan (2) Long roll

"TOKYO SKYTREE Long Roll" merupakan sejenis kuih yang terkenal sejak pembukaan TOKYO SKYTREE(R). Panjang bungkusannya adalah 1/1000 daripada saiz sebenar menara iaitu 63.4cm. Pisau asli dan pengangkat yang mempunyai bentuk seperti TOKYO SKYTREE(R) juga amat comel.

Lebih mengujakan apabila mengetahui lebih lanjut tentang TOKYO SKYTREE(R)

TOKYO SKYTREE(R) terletak di bandar yang penuh dengan pelbagai suasana di "Oshiage." Peluang untuk menikmati panorama berlatarkan langit Tokyo dari ketinggian ini amat jarang didapati. Oleh itu, jika anda melancong ke Jepun, marilah pergi ke TOKYO SKYTREE(R)!

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini