HOME Roppongi Bersantai sambil menikmati Roppongi
Bersantai sambil menikmati Roppongi

Bersantai sambil menikmati Roppongi

Update:

Walaupun Roppongi terkenal sebagai kawasan hiburan malam, sebenarnya ia juga kaya dengan kehijauan dan terdapat kawasan di mana anda dapat menghabiskan masa dengan hati yang tenang. Mari mencuba bersiar-siar di kawasan Roppongi.

Menghayati seni

Menghayati seni

Muzium Kesenian Kebangsaan mempunyai ruangan pameran yang terbesar di dalam Jepun. Pantulan kehijauan di dinding tirai kaca dan bangunan itu sendiri juga adalah seni! Ia tidak mempunyai koleksi barangan sendiri, dan pelbagai pameran diadakan dengan koleksi yang dipinjam dari dalam dan luar negara.

Makan tengahari di galeri seni

Makan tengahari di galeri seni

Di Muzium Kesenian Kebangsaan, anda boleh menikmati makanan dan teh apabila berehat sebentar ketika menghayati pameran seni, dalam suasana yang tenang dan ruang yang terbuka. Di dalam atrium galeri, bahagian atas kon besar yang menjulang tinggi menempatkan restoran di mana anda boleh merasai masakan chef yang bertaraf tiga bintang.

  • BRASSERIE PAUL BOCUSE Le Musee
    ブラッスリー・ポール・ボキューズミュゼ
    • Address 7-22-2 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-8558, Japan

Menikmati kehijauan dan seni

Menikmati kehijauan dan seni

Kawasan tumpuan yang mesti dilawati ketika bersiar-siar di Roppongi adalah Roppongi Hills. Di sini anda dapat menjumpai hidangan lazat, membeli-belah, galeri seni, dek pemerhatian dan lain-lain dalam satu kompleks yang besar. Dari luar ia kelihatan seperti bangunan yang biasa kelihatan dalam bandar, tetapi di dalamnya terdapat banyak kehijauan dan ciri-ciri kesenian. Disyorkan untuk berjalan mengelilinginya sambil menghayati semua ciri-ciri tersebut dengan teliti.

Objek yang menarik

Objek yang menarik

Objek "Maman" di plaza 66 dan berdekatan pintu masuk utama Roppongi Hills. Ia merupakan hasil seni daripada artis kelahiran Perancis, Louise Bourgeois. Di dalam objek yang diperbuat daripada gangsa ini, terdapat 20 biji telur batu marmar putih yang berkilat. Ia melambangkan inspirasi terhadap ibunya sendiri.

Bangku juga kaya dengan ciri-ciri kesenian!

Bangku juga kaya dengan ciri-ciri kesenian!

Jalan utama di Roppongi Hills adalah "Jalan Keiyakizaka". Laluan pejalan kaki ini, adalah hasil kolaborasi antara 12 orang pereka dalam menghasilkan "Streetscape " yang pertama dunia. "Batu Anna" yang mempunyai lengkungan yang mengagumkan adalah direka berdasarkan ilham yang didapati semasa melancong ke kepulauan Stockholm.

  • Keyakizaka St.
    けやき坂通り
    • Address 6 Roppongi, Minato-ku, Tokyo 106-6108, Japan

Berehat di taman ala Jepun

Berehat di taman ala Jepun

"Taman Mori" merupakan ruangan terbuka yang merangkumi separuh kawasan di Roppongi Hills. Di sini, merupakan taman yang dahulu dikatakan letaknya rumah samurai. Terdapat kolam, air terjun, sakura dan ginkgo di ruangan semula jadi yang luas ini. Mari merasai empat musim Jepun dan sejarah yang lahir di antara ruangan bangunan.

  • Mori Garden
    • Address 6-10-1, Roppongi, Minato-ku, Tokyo, 106-0032
      View Map
    • Nearest Station Roppongi Station (Tokyo Metro Hibiya Line / Toei Oedo Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-6406-6000
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini