HOME Ningyocho / Monzen-Nakacho / Kasai Perisik Bakufu? Mari kita jejaki kesan peninggalan sejarah "Matsuo Basho"!
Perisik Bakufu? Mari kita jejaki kesan peninggalan sejarah "Matsuo Basho"!

Perisik Bakufu? Mari kita jejaki kesan peninggalan sejarah "Matsuo Basho"!

Update:

Terdapat pelbagai peristiwa-peristiwa bersejarah yang telah mengambil tempat di Oedo Tokyo. Jika anda adalah seorang rakyat Jepun, anda semestinya mengetahui tentang penyajak yang sangat terkenal iaitu Matsuo Basho. Tetapi, itu hanyalah tidak lebih dari sekadar identiti pinjaman bagi melindungi identiti sebenar beliau. Terdapat desas-desus yang mengatakan beliau sebenarnya adalah seorang perisik yang telah menerima tugas khas dari kerajaan Bakufu (kerajaan pada zaman pemerintahan Shogun). Untuk mengenali lebih lanjut mengenai Matsuo Basho, saya telah berjalan-jalan di Fukagawa iaitu tempat tinggal beliau pada ketika itu.

Titik permulaan "Oku no Hosomichi"

Titik permulaan "Oku no Hosomichi"

Teori Matsuo Basho adalah perisik. Dikatakan bahawa, "Oku no Hosomichi (boleh diterjemahkan sebagai "Jalan sempit di kawasan hujung ke dalam")" sebenarnya bukan perjalanan mencari inspirasi atau idea untuk karya, tetapi sebenarnya adalah untuk merisik tujuan dan pergerakan Sendai Datehan. Pada ketika itu, Datehan telah ditugaskan untuk membaikpulih Kuil Nikko Toshogu. Kerajaan Bakufu merasakan ada keperluan untuk merisik Datehan supaya tidak timbul sebarang pergolakan menentang Bakufu, atas rasa tidak puas hati terhadap tugas yang sangat berat itu. Maka, atas sebab seperti ini, berkemungkinan Matsuo Bashou telah dipilih untuk menjalankan tugas tersebut.

Kejadian tugas perisikan diserahkan kepada penyajak atau penyair yang menjelajahi negeri-negeri di Jepun dikatakan telah pun berlaku banyak kali sebelum itu. Basho telah memulakan perjalanannya pada tahun 1689 ketika berusia 45 tahun. Pada zaman Edo (1603-1868), walaupun umur tersebut sudah pun dikategorikan sebagai warga emas, terdapat hari-hari di mana Basho telah berjalan sejauh lebih dari 50 km untuk satu hari. Namun, terdapat pula kejadian pelik di mana Basho telah menetap untuk jangka masa beberapa hari di Sendaihan. Tedapat juga perbezaan di antara rekod yang dicatit oleh pengikutnya yang menjelajah bersama beliau iaitu Kawai Sora di dalam diarinya. Tambahan pula, Matsuo Basho juga berasal dari kampung yang begitu terkenal dengan ninja iaitu Iga Ueno. Jika dilihat pada bukti-bukti peristiwa tersebut, teori yang mengatakan bahawa beliau adalah seorang perisik boleh dirasakan bukan sekadar cerita kepercayaan karut yang telah direka.

Titik permulaan bagi perjalanan "Oku no Hosomichi" adalah di Fukagawa 1-Chome. Ia adalah "Saitoan" yang terletak di kawasan yang menghadap jambatan Umibe-Bashi. Dari sini, Basho telah menaiki sampan dan meniti Sungai Sumida menuju ke Senju. Persisiran sungai bagi jambatan Umibe-Bashi di mana terletaknya
"Sejarah Saitoan" yang telah diselenggara sebagai "Basho Haiku no Sampomichi (Laluan bersiar-siar penyajak Basho)". Di sini perjalanan santai sambil melihat sajak Basho yang tertera di papan kayu dapat dinikmati, antara lain sajak beliau adalah 'Shizukasaya Iwa ni Shimiiru Semi no Koe (Dendangan reriang yang menusuk celahan batu di dalam kesunyian)".

Seterusnya, perjalanan diteruskan menuju "Basho Inari Jinja (Kuil Shinto Basho Inari)" dengan menyeberangi Kiyosumi Teien. Dahulu, di sini dikatakan terdapat Bashoan, iaitu tempat kediaman di mana Basho telah menetap.

Setelah kematian beliau, ia telah menjadi tempat tinggal bagi para samurai, fakta mengenai ia sebagai kediaman Basho telah dilupakan sehingga berlaku tsunami yang melanda kawasan itu pada tahun 1917 (zaman Taisho tahun ke-6), di mana katak buatan batu kesukaan Basho telah dijumpai. Kini, katak buatan batu yang dijumpai menerusi aktiviti ekskavasi arkeologi itu dipamerkan di tingkat 2 Museum Basho.

Seterusnya, apabila berjalan terus menghala ke utara sepanjang Sungai Sumida, akan kelihatan "Taito-ku Basho Kinenkan (Museum Basho Taito-ku)". Di sini, selain terdapat bilik pameran bagi kehidupan hayat Matsuo Basho, terdapat juga bilik-bilik seperti perpustakaan, bilik mesyuarat, bilik penyelidikan dan sebagainya.

Terletak bersebelahan dengan Basho Inari Jinja adalah "Shiseki Tenbou Teien (Taman Mengenang Peninggalan Sejarah)", di mana kedua-dua Sungai Sumida dan Sungai Onagi dapat dilihat dengan meluas, di sini juga terdapat Tugu Basho. Tugu ini akan berputar arah pada pukul 5 petang. Tugu ini akan disinari dengan lampu-lampu menjadikan ia kelihatan seperi seorang perisik yang melindungi Sungai Sumida!

Seterusnya, jika berjalan terus menghala ke utara sepanjang Sungai Sumida, akan kelihatan "Taito-ku Basho Kinenkan (Museum Basho Taito-ku)". Ia menjadi suatu misteri mengapa Basho yang pada asalnya menetap di Nihonbashi secara tiba-tiba berpindah ke Fukagawa. Satu teori mengatakan bahawa Jutei, iaitu gundik kepada Basho telah lari berkahwin dengan Toin, iaitu anak saudara kepada Basho, menyebabkan beliau telah berpindah secara tiba-tiba ke Fukagawa.

Jika perjalanan menjejaki sejarah peninggalan Basho diteruskan dengan sudut pandangan bahawa beliau adalah seorang perisik, satu pandangan lain yang memperlihatkan Basho sebagai seorang pakcik biasa, yang memiliki gundik pula dapat dilihat. Tokoh-tokoh ternama lain yang biasa didapati dalam buku teks juga, jika dilawat kawasan tinggalan mereka dengan sudut pandangan yang berbeza, ia mungkin akan jadi menarik kerana kewujudan mereka juga tiba-tiba akan terasa seolah-olah orang kenalan terdekat. Bagi mereka yang tidak berminat dengan sejarah juga, anda amat digalakkan!

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini