HOME Ebisu / Naka-Meguro Bersiar-siar sambil bersantai! Lawati seni bina yang cukup menakjubkan!
Bersiar-siar sambil bersantai! Lawati seni bina yang cukup menakjubkan!

Bersiar-siar sambil bersantai! Lawati seni bina yang cukup menakjubkan!

Update: 14 Oktober 2016

Perjalanan yang hanya memakan masa 3 minit sahaja dari Stesen Meguro dengan berjalan kaki. Walaupun terletak di tengah hiruk-pikuk kota metropolitan, alami suasana mewah sambil bersantai di Meguro Gajoen. Pelajari serba sedikit tentang budaya Jepun melalui lukisan Jepun moden dalam suasana aman dengan akses yang begitu mudah sekali.

Meguro Gajoen yang penuh dengan sejarah silam.

Meguro Gajoen yang penuh dengan sejarah silam.

Sejarah asal penamaan Meguro Gajoen boleh disingkap melalui sejarah asalnya yang diambil dari Bahasa Cina yang bermaksud "satu kawasan di mana individu-individu yang berpelajaran tinggi mahupun yang mempunyai hobi tidak sedikit pun akan berasa bosan walaupun bersantaian di situ sepanjang hari". Justeru itu, kawasan ini telah dibina dengan tahap ketelitian yang cukup tinggi yang boleh diperhatikan melalui hiasan-hiasan di setiap sudut bangunan yang boleh dinikmati ketika bersiar-siar.

Koridor berserta papan ukiran berwarna.

Koridor berserta papan ukiran berwarna.

Koridor ini adalah "sajian" pertama bagi mata anda setelah memasuki bangunan ini. Dinding koridor ini telah dihiasi dengan ukiran berwarna sejak dari mula pembukaan Meguro Gajoen iaitu pada tahun 1931. Warna-warna telah dicerap di atas permukaan kayu yang diukir menjadikan ianya satu lukisan bersifat 3 dimensi apabila diperhatikan dari jarak dekat. Koridor sepanjang 100 meter yang padat dengan ukiran-ukiran kayu berwarna ini menjadikan ia satu karya seni yang cukup agung. Tetapi, jangan lupa untuk melantunkan pandangan ke siling yang dihiasi seni potret-potret wanita zaman feudal yang cukup cantik.

Maneki no Oomon (Pintu Besar Maneki)

Maneki no Oomon (Pintu Besar Maneki)

Apabila anda meneruskan perjalanan menerusi koridor tersebut, "Maneki no Mon" atau kata lainnya Pintu Jemputan akan muncul di dalam suasana aneh yang cukup mistik. Pintu ini adalah pintu lama Meguro Gajoen yang telah dipindahkan. Di bahagian atas bumbung berjubin pintu tersebut, terdapat satu hiasan yang berbentuk satu ikatan, yang membawa maksud "cinta yang saling melengkapi antara satu sama lain". Di bahagian belakang dan siling pintu juga dihias dengan perhiasan yang cantik. Jangan lupa untuk mencari perhiasan ini!

Apa yang ada di seberang jambatan agaknya? hmm....

Apa yang ada di seberang jambatan agaknya? hmm....

Sebenarnya, apa yang terdapat nun di seberang "Maneki no Mon" bukanlah tempat rehat tetapi adalah tandas lelaki! Tandas lelaki ini merupakan bekas bilik solekan terkenal di Meguro Gajoen (bangunan lama) dan telah direproduksi semula. Di bahagian dalamnya, terdapat jambatan yang menjadikan ianya satu seni binaan yang memberikan suasana mewah. Suasananya yang amat selesa sehinggakan anda terasa untuk terus melepak di dalamnya.

Ehh, air terjun di tengah-tengah kota metropolis!? Jom bersiar-siar di sebalik taman!

Ehh, air terjun di tengah-tengah kota metropolis!? Jom bersiar-siar di sebalik taman!

Selepas melalui Maneki no Mon, akan kedengaran deruan air terjun apabila anda memasuki kawasan taman dari penjuru pintu masuk menghala ke restoran. Di situ, anda akan menyaksikan tersergamnya air terjun yang sungguh menggamit pandangan sehinggakan akan terlupa bahawa anda sebenarnya berada di tengah-tengah kota metropolis. Jangan lepaskan peluang untuk bersiar-siar di trek kecil di sebalik air terjun tersebut!

Meja pusing elegan.

Meja pusing elegan.

Di dalam Meguro Gajoen, terdapat restoran masakan cina "Shinyuki" di mana di dalamnya terdapat bilik tetamu khas yang diberi nama Tamashiro. Mungkin anda akan tertarik dengan potret wanita elegan yang terpapar di dinding bilik tetapi, halakan pandangan anda ke meja bulat! Di atasnya terdapat meja bulat yang kebiasaannya dilihat di restoran-restoran cina. Ini merupakan meja bulat pertama yang telah dibaikpulih. Di permukaan meja tersebut, berkilauan warna emas dan juga merah hati hasil kerja tangan yang cukup teliti yang membuatkan anda merasakan bahawa ianya adalah seperti satu kraftangan tetapi realitinya, ia adalah sebuah meja makan yang sangat mewah.

"Hyakudan Kaidan" yang membawa maksud seratus anak tangga in pasti membuatkan anda tercungap-cungap menggapai udara.

"Hyakudan Kaidan" yang membawa maksud seratus anak tangga in pasti membuatkan anda tercungap-cungap menggapai udara.

"Hyakudan Kaidan" ini telah digazetkan oleh kerajaan sebagai salah satu dari aset tradisional yang hanya boleh diakses ketika pameran ataupun lawatan sambil belajar. Apabila anda melihat anak tangga ini dari bawah sehingga ke puncaknya, anda akan dapat melihat susur galur anak tangga yang membentuk lencongan bersahaja. Dikatakan tempat ini dahulunya adalah sebuah dewan jamuan dan supaya tetamu yang mabuk kerana minum arak tidak takut ketika menuruni tangga, ianya telah dibina sedemikian rupa . Hyakudan Kaidan menyambungkan 7 buah bilik. Ketika awal pembukaannya, selain bilik di bahagian puncak, kesemua bilik digunakan untuk majlis jamuan. Di setiap bilik dihiasi dengan hasil seni daripada pelukis kebanggaan negara Jepun seperti Itakura Seiko dan Hashimoto Seisui.

Sepanjang-panjang Hyakudan Kaidan ini, dari atas hinggalah ke bawah kesemuanya memang menarik! Kalau mahu diceritakan memang tidak akan habis tetapi, salah satu daripadanya ialah tingkap dan pemegang tangga "Soukyu no Ma" yang terletak di permulaan Hyakudan Kaidan.

Walaupun namanya Hyakudan Kaidan yang membawa erti seratus anak tangga, tetapi sebenarnya hanya terdapat 99 anak tangga. Terdapat pelbagai teori atau pendapat tentang perkara ini dan di antaranya ialah, wujud desas desus mengatakan bahawa ianya melambangkan seperti bulan purnama yang hampir mengambang penuh yang juga membawa maksud seseorang boleh mencapai lebih kemajuan pada masa akan datang bukannya berhenti di suatu titik sahaja.

Terdapat tujuh jenis ruang atau pun "ma" di sepanjang "Hyakudan Kaidan" dan di dalam ketujuh-tujuh ruang tersebut "Gyosho no Ma" mempunyai hiasan yang cukup mewah dan sepastinya menarik perhatian bagi sesiapa sahaja yang tiba ke ruang tersebut. Anda pasti terkejut apabila melihat antara hasil kerja seni yang cukup bermutu tinggi di mana salah satunya adalah tiang-tiang daripada pokok yang telah diukir menjadi hiasan 3 dimensi.

Di ruang "Jippo no Ma" anda akan merasakan satu perasaan kebunga-bungaan bercampur baur dengan keadaan suram yang cukup mistikal. Di ruang tersebut, terdapat satu lukisan bunga-bungaan dan burung empat musim yang dihasilkan oleh Araki Jippo. Apabila anda melihat keseluruhan lukisan ini, anda akan merasakan bahawa walaupun anda diberi sebanyak mana pun masa, masa yang ada masih tidak mencukupi untuk menghayati lukisan tersebut. Di Meguro Gajoen, anda boleh menikmati makanan tengahari dan manisan pada harga yang berpatutan di samping membeli-belah coklat original di "Mezon de Tokyo" dan pelbagai tempat-tempat menarik. Ini merupakan salah satu destinasi yang wajib disinggahi setiap kali anda tiba di Tokyo.

  • Meguro Gajoen
    • Address 1-8-1, Shimomeguro, Meguro-ku, Tokyo, 153-0064
      View Map
    • Nearest Station Meguro Station (JR Yamanote Line / Tokyo Metro Namboku Line / Toei Mita Line / Tokyu Meguro Line)
      3 minutes on foot
    • Phone Number 03-3491-4111
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini