HOME Ikebukuro Menerokai Otome Road yang penuh dengan kepelbagaian barang Anime
Menerokai Otome Road yang penuh dengan kepelbagaian barang Anime

Menerokai Otome Road yang penuh dengan kepelbagaian barang Anime

Update: 19 Oktober 2016

Otome Road adalah kawasan yang terletak di belah barat Sunshine 60-doori. Di kawasan ini tertumpu kedai-kedai barang anime. Apa yang membuatkan kawasan ini lain daripada kawasan lain yang menumpukan budaya anime adalah, barangan anime di sini lebih fokus kepada barangan peminat . Anda dapat bertemu barang-barang edisi terhad dan juga komik yang diminati di sini.

Bangunan yang menarik perhatian di Otome Road

Bangunan yang menarik perhatian di Otome Road

Di Animate Sunshine yang menjadi lambang di Otome Road, semua tingkat dari tingkat 1 hinggalah ke tingkat 8 menjual pelbagai barang- barang anime. ACOS, kedai khas yang menjual baju dan rambut palsu untuk cosplay dan juga Animate Cafe, restoran yang bertemakan anime juga terdapat di sini . Di sini menjadi tempat berkumpul bagi peminat anime dan juga peminat cosplay.

Tempat di mana peminat BL (Boy's Love) pasti ingin melawat

Tempat di mana peminat BL (Boy's Love) pasti ingin melawat

Mandarake adalah kedai yang menjual komik-komik lama dan pelbagai barangan anime. Di sini juga ada dijual doujinshi BL (doujinshi : buku yang diterbitkan sendiri oleh peminat , BL : singkatan kepada Boy's Love). BL yang bertemakan karakter anime terkenal juga banyak terdapat di sini. Di samping itu, anda juga berpeluang bertemu dengan pekerja kedai yang memakai pakaian cosplay di sini .

  • Mandarake
    まんだらけ池袋店
    • Address B1F, Raionzumansyonikebukuro, 3-15-2, Higashiikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 170-0013, Japan

Marilah berkunjung ke sini jika anda ingin mencari barang-barang cosplay!

Marilah berkunjung ke sini jika anda ingin mencari barang-barang cosplay!

Kedai K-BOOKS yang juga terdapat di Akihabara menjual barang-barang anime dan juga doujinshi (buku yang diterbitkan oleh peminat ). Di K-BOOKS Ikebukuro Cosplay Shop ini adalah kedai khas yang menjual barang-barang cosplay. Hampir 2,000 jenis barangan cosplay iaitu rambut palsu, baju dan juga aksesori kecil dan lain-lain ada dijual di sini. Anda juga boleh melawat kedai-kedai lain yang menjual barang-barang anime di sini.

  • K-books
    K-BOOKS池袋コスプレ館
    • Address Higasiikebukuro Bld.1F, 3-11-1, Higashiikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 170-0013, Japan

Kafe dimana para ikemen (lelaki segak) mengadakan persembahan

Kafe dimana para ikemen (lelaki segak) mengadakan persembahan

St. Giuliano Music Academy adalah sebuah kafe yang berkonsepkan sekolah fiksyen. Di situ, pekerja kafe ikemen berpakaian seperti pelajar bidang muzik dan tarian. Anda juga boleh bercakap dengan mereka. Di kafe ini, pentas disediakan untuk memberikan persembahan nyanyian dan tarian mereka. Terdapat juga servis di mana anda boleh mengambil gambar bersama dengan mereka. Berlainan dengan maid cafe, di sini anda boleh sesuatu yang lain, iaitu menikmati suasana yang penuh dengan daya tarikan ikemen.

  • St.Giuliano Music Academy
    聖ジュリアーノ音楽院
    • Address Asahikaikan Bld.7F, 1-12-11, Higashiikebukuro , Toshima-ku, Tokyo, 170-0013, Japan
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini