HOME Tokyo dan Kawasan Persekitarannya Tokyo Roppongi Pengenalan yang mendalam tentang Tokyo Tower yang berevolusi
Pengenalan yang mendalam tentang Tokyo Tower yang berevolusi

Pengenalan yang mendalam tentang Tokyo Tower yang berevolusi

Last updated: 24 Disember 2020

Tokyo Tower merupakan tempat pelancongan utama di Tokyo. Tempat ini dilawati ramai pelancong, dan di sini anda bukan sahaja dapat menikmati pemandangan indah bandar Tokyo, tetapi juga persembahan di dalam dek pemerhatian seperti hiasan percahayaan iluminasi yang berbeza pada setiap musim. Marilah kita mengenali dengan lebih mendalam lagi tentang Tokyo Tower yang dikasihi ramai dari dahulu sehinga sekarang!

Sejarah Tokyo Tower

Sejarah Tokyo Tower

Tokyo Tower yang siap dibina pada tahun 1958 ialah menara telekomunikasi yang memancarkan gelombang televisyen dan siaran radio FM, dan berketinggian 333m. Selama 51 tahun, ia marupakan bangunan yang tertinggi di Jepun, sehingga TOKYO SKYTREE(R) dibina. Setelah siaran TV analog berakhir pada tahun 2011, peranannya sebagai menara telekomunikasi telah berkurangan, namun ia masih dikasihi rakyat Jepun sebagai menara simbolik Jepun. Selain daripada dek pemerhatian, terdapat tarikan seperti pameran anime "One Piece" dan akuarium di dalam menara, yang pasti menyeronokkan pengunjung yang datang bersama keluarga mahupun pasangan!

Pasangan yang melihat penutupan cahaya lampu dikatakan bakal menjadi bahagia

Pasangan yang melihat penutupan cahaya lampu dikatakan bakal menjadi bahagia

Lampu Tokyo Tower dinyalakan dari saat matahari terbenam sehingga pukul 0 pagi. Biasanya lampu warna oren digunakan, manakala warna-warna lain seperti warna pelangi dan merah jambu dapat dilihat pada hari-hari yang tertentu. Lampu ditutup pada pukul 0 pagi, dan ramai orang percaya bahawa pasangan yang melihat penutupan cahaya lampu Tokyo Tower bakal menjadi bahagia, jadi terdapat banyak pasangan yang datang untuk melihatnya.

Memandangi bandar dari tengah-tengah Tokyo!

Memandangi bandar dari tengah-tengah Tokyo!

Tokyo Tower mempunyai "dek pemerhatian besar" yang terletak di ketinggian 150m dan "dek pemerhatian istimewa" yang terletak di ketinggian 250m. "Tangga naik" terbuka pada hari Sabtu, hari Ahad dan cuti umum, dan anda boleh mencubanya jika anda yakin dengan keadaan kesihatan anda. Setelah menikmati ruang di atas langit yang seperti alam angkasa ini, nikmatilah minuman teh di kedai kopi yang terletak di dek pemerhatian besar!

Tempat di mana anda dapat menikmati muzik di Tokyo Tower

Tempat di mana anda dapat menikmati muzik di Tokyo Tower

"CLUB333" yang terletak di tingkat 1 di dek pemerhatian ialah tempat di mana anda dapat menikmati muzik sambil melihat pemandangan malam Tokyo. Selain daripada aktiviti seperti persembahan muzik Jazz dan sebagainya, kadang kala tempat ini digunakan untuk rakaman siaran radio awam. Aktiviti berbeza setiap minggu dan anda boleh menyemak tentang rancangannya dengan melayari laman web.

Dapatkan produk terhad Tokyo Tower

Dapatkan produk terhad Tokyo Tower

Banyak produk original dijual di Tokyo Tower. Contohnya, produk yang sesuai untuk dijadikan cenderamata seperti alat tulis atau manisan yang berbentuk Tokyo Tower. Gambar menunjukkan Tower's Bottle iaitu botol yang diisi gula-gula atau coklat dan berbentuk Tokyo Tower.

*This information is from the time of this article's publication.
*Prices and options mentioned are subject to change.
*Unless stated otherwise, all prices include tax.

Kongsi artikel ini

Cari