HOME Asakusa Cara berjalan di Senso-ji
Cara berjalan di Senso-ji

Cara berjalan di Senso-ji

Update:

Lokasi pelancongan yang tidak dapat dipisahkan dengan Tokyo ialah Asakusa. Sekurang-kurangnya setengah hari diperlukan untuk melawat kawasan sekitar Kaminarimon yang juga merupakan simbol pelancongan Tokyo dan juga deretan kedai menuju ke Senso-ji.

Kuil tertua di Tokyo, Senso-ji

Senso-ji adalah tempat pelancongan utama di Asakusa. Ia merupakan kuil tertua di bandar Tokyo yang dibina pada tahun 628, dan dikunjungi oleh hampir 30 juta orang pelancong dari dalam dan luar negara setiap tahun. Pelbagai acara mengikut musim telah diadakan di sini sejak dari dahulu lagi, dan ianya merupakan lokasi terbaik untuk merasai suasana Edo.

Simbol Asakusa, Kaminarimon

Simbol Asakusa, Kaminarimon

Anda akan melihat tanglung merah besar yang menjadi tanda Kaminarimon setelah keluar dari stesen kereta api bawah tanah Asakusa. Terdapat patung Fujin dan Raijin yang menyerupai dewa angin dan guruh di kedua-kedua belah pintu. Anda pasti berasa kagum melihat tanglung yang berketinggian 3.9m, berdiameter 3.3m dan mempunyai berat 700kg, dengan lebih dekat.

Membeli-belah di "Nakamise-dori"

Membeli-belah di "Nakamise-dori"

Setelah melewati Kaminarimon, anda akan melalui Nakamise-dori yang mempunyai sebanyak 88 buah kedai di sepanjang jalan menuju ke Senso-ji. Pusat beli-belah yang wujud sejak ratusan tahun dahulu menjual barangan Ukiyo-e (lakaran zaman Edo) dan aksesori Jepun. Selain itu, anda boleh membeli makanan ringan Jepun untuk dibawa pulang. Tetapi, pastikan anda menghabiskan makanan yang sedang dimakan terlebih dahulu atau dibungkus untuk dibawa pulang kerana membawa makanan ke dalam kedai adalah dilarang.

Tarikan di Hozomon

Tarikan di Hozomon

Bahagian utama kuil terletak di pintu gerbang Hozomon iaitu gerbang selepas Kaminarimon. Terdapat dua patung penjaga di kiri kanan Hozomon. Dua patung penjaga ini mempunyai peranan untuk mengawal kuil dan melindungi Buddha dari anasir buruk. Ciri-ciri patung ini ialah mempunyai wajah yang kuat seolah-olah boleh bergerak. Di bahagian belakangnya dipamerkan "waraji" (selipar yang diperbuat daripada tali jerami) berukuran 4.5m.

Membersihkan diri sebelum masuk ke kuil

Membersihkan diri sebelum masuk ke kuil

Sebelum melawat "Kan-on Sama" (dewa Buddha) di Senso-ji, bersihkan diri seperti mencuci tangan dan kaki di "omizuya". Sila buat persediaan sebelum melawat kuil dengan mencedok air yang mengalir daripada mulut 8 ekor naga. Untuk tatacara semasa menggunakan omizuya, sila rujuk lukisan penerangan yang disediakan.

Sucikan diri dengan asap

Sucikan diri dengan asap

Terdapat "jokkoro" yang dipenuhi kepulan asap di hadapan bahagian utama kuil. Mengikut kepercayaan rakyat dahulu, asap yang dikenakan pada bahagian badan yang sakit boleh menyembuhkan bahagian tersebut. Bagi yang ingin membakar senko (colok), anda boleh mendapatkannya di bangunan sebelah dengan harga 100 JPY sebatang.

Melawat bahagian utama kuil

Dikatakan pada 1300 tahun yang lalu, Kan-on Sama telah termasuk ke dalam jaring adik-beradik yang sedang memancing di Sungai Sumida. Kan-on Sama pada ketika itu kini disembah di bahagian utama kuil. Bangunan pada masa kini adalah bangunan pada tahun 1958 yang dibina semula. Masuk ke dalam pintu kuil yang dibuka dan rapatkan tangan anda perlahan-lahan.

Menarik omikuji (kertas tilikan nasib)

Selepas melawat Kan-on Sama, anda boleh cuba menarik "omikuji". Berbeza dengan menilik nasib, omikuji dikatakan merupakan mesej dari Kan-on Sama. Terdapat batang yang tertulis nombor 1 hingga di dalam 100 bekas kayu. Goncang bekas tersebut sehingga nombor keluar, ambil kertas mengikut nombor dan lihat nasib anda pada masa depan.

"Gojunoto" (pagoda lima tingkat) berketinggian 48 meter

Selepas selesai melawat kuil, mari bersiar-siar di sekitar kawasan bahagian dalam kuil. Walaupun pagoda lima tingkat tidak boleh dimasuki, pemandangan langit dengan dihiasi pagoda yang tersergam indah amat menarik dan sesuai sebagai lokasi mengambil gambar. Terdapat tulang patung Buddha terletak di tingkat teratas. Pagoda yang dinyalakan lampu selepas matahari terbenam sehingga pukul 11 malam juga kelihatan cantik.

  • Senso-ji Temple
    • Address 2-3-1, Asakusa, Taitou-ku, Tokyo, 111-0032
      View Map
    • Nearest Station Asakusa Station (Tokyo Metro Ginza Line / Toei Asakusa Line / Tobu Isesaki Line (Tobu Sky Tree Line) / Tsukuba Express)
      5 minutes on foot
    • Phone Number 03-3842-0181
*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini