HOME Akihabara Huraian menyeluruh "bandar elektrik" yang maniak!
Huraian menyeluruh "bandar elektrik" yang maniak!

Huraian menyeluruh "bandar elektrik" yang maniak!

Update:

Akihabara merupakan bandar elektrik yang bukan sahaja terkenal di Jepun, malah juga di dunia. Di sini menempatkan pelbagai kedai yang menjual barangan khusus, selain daripada pelbagai barangan elektrik pada harga yang murah. Mari kita mencari barangan berharga yang hanya boleh didapati di sini.

Kedai khusus barangan robot pertama di Jepun!

Kedai khusus barangan robot pertama di Jepun!

Tsukumo Robot merupakan kedai khusus yang bukan sahaja menjual robot siap dipasang malah juga menjual komponen-komponennya. Kedai khusus ini juga menjual pelbagai barangan lain seperti robot bipedalisme berbentuk manusia, robot untuk pertandingan, dan sebagainya. Kit pembinaan elektronik turut dijual untuk kegunaan kanak-kanak.

  • Tsukumo Robot Kingdom
    • Address PC head office II the second floor, 1-9-7, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021
      View Map
    • Nearest Station Akihabara Station (JR Sobu Main Line / JR Keihin-Tohoku Line / JR Yamanote Line / Tokyo Metro Hibiya Line / Tsukuba Express)
      4 minutes on foot
    • Phone Number 03-3251-0987

Membina audio tiub vakum tersendiri

Membina audio tiub vakum tersendiri

Kedai khusus Amtrans yang telah beroperasi selama 25 tahun ini menawarkan pelbagai barangan amplifier tiub vakum. Terdapat pelbagai pilihan baru dan lama keluaran dalam dan luar negara. Barangan buatan original juga turut dijual. Pakar audio tiub vakum akan mengajar anda mengenai cara memilih komponen-komponen di sini.

  • Amtrans
    アムトランス秋葉原店
    • Address 1-14-2, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Pelbagai barangan daripada komputer hingga ke audio!

Pelbagai barangan daripada komputer hingga ke audio!

Walaupun kedai ini lebih tertumpu kepada komponen elektronik, daya tarikannya terletak pada kepelbagaian barangan lain daripada komponen audio tiub vakum hinggalah ke komponen komputer. Selain daripada barangan-barangan khusus, terdapat juga barangan elektrik dijual seperti pemain MP3, menjadikannya sesuai untuk pengunjung yang ingin melihat pelbagai barangan. Kedai ini dapat dikunjungi dengan seronoknya walaupun tiada pengetahuan khas.

  • WakamatsuTsuusyou
    若松通商 秋葉原駅前店
    • Address 1-15-16 Raziokaikan5F, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Mari mencari barangan komputer terpakai!

Mari mencari barangan komputer terpakai!

Akihabara Electric Parts, kedai yang menjual komputer dan komponen terpakai, merupakan antara kedai persendirian yang terletak di dalam bangunan Tokyo Radio Department. Barangan komputer yang agak lama juga mungkin boleh didapati pada harga yang murah di sini. Marilah cuba mencari komponen komputer yang berharga yang dimuatkan di dalam wagon sini!

  • Akihabara Electric Parts
    秋葉原エレクトリックパーツ
    • Address 1-10-11 Toukyouraziodepa-toB1F, Sotokanda, Chiyoda-ku, Tokyo, 101-0021, Japan

Pelbagai permainan retro seperti NES boleh didapati di sini!

Pelbagai permainan retro seperti NES boleh didapati di sini!

NES, SEGA SATURN, dan pelbagai permainan video yang lain boleh didapati di Super Potato Akiba. Terdapat juga pelbagai barangan berkaitan seperti buku panduan strategi serta barangan lain yang pasti memuaskan hati peminat. Di tingkat 5 pula terdapat Retro Game Center di mana pengunjung dapat menikmati permainan video retro.

*Maklumat semasa artikel ditulis

Kongsi artikel ini